Kerja sampai bila-bila pun tidak akan habis. Mungkin kita terlalu memaksa tubuh untuk melakukan banyak pekerjaan sehingga badan menjadi lesu. Jadual harian sentiasa padat dengan tugasan sehingga waktu makan dan tidur terabai.
Sebenarnya tubuh manusia mempunyai jadual waktu sistem badan. Ada waktunya untuk kita berehat, tidur, bersenam dan sebagainya. Namun kerap kali kita tidak mengikut jadual yang sepatutnya.
Jadual Waktu Sistem Badan Manusia
Waktu Pagi
3:00 pagi – 5:00 pagi
Paru-paru – Ini adalah waktu terbaik untuk bangun dari tidur. Ketika ini terdapat lebih banyak kandungan ozon di udara. Ini akan memberi satu sumber tenaga yang baru jika mengamal latihan pernafasan, yoga serta bertakafur. Mereka yang mempunyai asma tidak patut tidur waktu ini dan boleh merasai kesukaran bernafas.
5:00 pagi – 7:00 pagi
Usus Besar – Mereka yang bangun tidur pada waktu ini tidak akan menghadapi masalah sembelit. Jika membuang air besar dan mandi dengan air sejuk diselesaikan dalam waktu ini, masalah kegugupan boleh dihindarkan.
7:00 pagi – 9:00 pagi
Perut – Sarapan patut diambil dalam tempoh masa ini.
9:00 pagi – 11:00 pagi
Limpa – Tidak minum dan makan waktu ini walaupun setitik air. Jika makan pada waktu ini akan mengakibatkan suhu badan meningkat, menambahkan keletihan dan mengurangkan tahap pencernaan. Ini lebih terserlah pada pengidap diabetes yang akan merasa kegigilan dan mengantuk.
Waktu Tengahari
11:00 tengahari – 1:00 petang
Jantung – Hanya air sahaja yang diambil pada ketika ini. Tidak sepatutnya melakukan kerja berat atau tidur di masa ini. Jika tidak lebih karbon dioksida akan bercampur dengan oksigen. Ini akan meningkatkan kemungkinan terkena serangan jantung, lumpuh atau kesakitan badan. Kebiasaannya pihak hospital akan lebih berjaga-jaga pada waktu ini kerana pesakit jantung dan diabetes berkemungkinan diserang sakit jantung berbanding pada waktu lain.
Petang
1:00 petang – 3:00 petang
Usus kecil – Makan tengahari pada waktu ini. Selepas itu duduk dan tutup mata untuk rehat selama 5 minit. Elakkan dari tertidur.
3:00 petang – 5:00 petang
Pundi Kencing – Sesuai untuk mengambil minuman seperti jus buah atau teh.
5:00 petang – 7:00 malam
Buah Pinggang – Ini adalah masa untuk bersantai dan rehat dari kerja harian. Jika tidak akan memudaratkan ginjal dan jangkitan salur kencing.
Waktu Malam
7:00 malam – 9:00 malam
Dinding Jantung – Makan malam patut diambil pada waktu ini. Jika tidak akan menimbulkan getaran atau sakit di dada.
9:00 malam – 11:00 malam
Ini adalah masa untuk mengembalikan semula tenaga organ-organ yang bekerja sejak pagi. Oleh itu sebaiknya waktu ini seseorang itu hendaklah baring dan bersedia untuk tidur. Elakkan dari membaca buku, menonton tv atau bekerja.
11:00 malam – 1:00 pagi
Hempedu – Waktu tidur. Jika masih berjaga akan menyebabkan badan kekurangan tenaga untuk bekerja di hari esoknya.
Waktu Lewat Malam
1:00 pagi – 3:00 pagi
Hati – Waktu tidur lena. Jika tidak akan memberi kesan kepada penglihatan dan badan lesu.
Inilah ringkasan jadual waktu badan manusia. Seeloknya cubalah ikut peraturan yang sepatutnya bagi tujuan untuk menjaga kesihatan tubuh. Jangan paksa badan kita untuk melakukan pelbagai kerja dalam satu-satu masa. Tubuh juga perlukan rehat.
Sumber kredit: Pintu Rezeki