Penting Dalam Rejim Kecantikan, Kenali Jenis & Fungsi Kapas Muka

Share

Kapas muka memang menjadi satu keperluan untuk rutin kecantikan setiap wanita. ia diperlukan untuk mengaplikasikan produk perawatan wajah mahupun untuk tujuan membersihkan soelakn pada kulit wajah. Di pasaran, ada banyak jenis kapas muka dan tentunya fungsinya juga berbeza-beza.

Dengan adanya kapas muka, ritual perawatan wajah jadi lebih efektif. Haslinya barulah kulit kelihatan segar dan berseri. Oleh itu amat penting untuk anda mengetahui tentang jenis-jenis kapas muka yang anda perlukan. Berikut dikongsikan jenis-jenis kapas muka dan fungsi penggunaannya.

JENIS-JENIS KAPAS MUKA

Kapas muka (facial cotton )amat berguna dalam kehidupan seharian kita. Ia banyak digunakan untuk mengaplikasi toner (penyegar) ataupun untuk membersihkan sisa-sisa kesan mekap. Mari kita lihat jenis-jenis kapas muka dan kegunaannya.

FACIAL COTTON WOOL
Facial cotton wool digunakan untuk menyapu penyegar selepas pencucian wajah. Cotton wool adalah segumpal kapas yang bulat dan ia mampu menyerap penyegar dengan lebih berkesan. Cotton wool yang telah dibasahkan dengan penyegar (toner) ini diratakan ke seluruh wajah anda supaya kulit menjadi lembab dan lebih bersedia untuk disapukan krim muka. Di samping membersihkan solekan, kapas jenis ini juga sesuai digunakan untuk menyapu bedak tabur, losen, dan baby oil pada kulit kulit.

FACIAL COTTON PAD EMPAT SEGI
Facial cotton pad ialah kapas muka nipis yang berbentuk empat segi. Ia lebih sesuai untuk menanggalkan sisa-sisa mekap. Pedapkan cotton pad pada eye make up remover (penanggal mekap mata) dan bersihkan maskara, eye shadow serta kesan celak pada mata. Gunakan juga dengan susu pembersih wajah (facial cleansing milk) untuk membersihkan bedak asas (foundation), pemerah pipi (blusher) dan juga lipstik.

FACIAL COTTON BULAT
Kapas ini berbentuk bundar dan nipis berbanding kapas empat segi. Kapas bundar merupakan kapas hypoallergenic dan sangat sesuai digunakan pada kulit sensitif. Ia bertekstur lembut, bebas serat, kuat, dan berdaya tahan lama. Bagi mereka yang sedang mengalami masalah jerawat, anda disarankan untuk menggunakan kapas ini saat membersihkan wajah bagi mengelakkan kulit wajah iritasi.

Sebenarnya, kapas bulat dan kapas empat segi kedua-duanya sesuai untuk mengaplikasikan cleanser dan toner serta membersihkan solekan. Ada sesetengah kapas bulat dilengkapi dengan permukaan berteknologi microhead exfoliating surface. Ia membantu untuk mengangkat sel-sel kulit mati dan sangat sesuai untuk proses deep cleansing.

COTTON BUD
Cotton bud (putik kapas) kebiasaannya digunakan untuk membersihkan telinga. Namun ia juga boleh digunakan untuk mengaplikasi mekap. Gunakan putik kapas untuk meratakan eye shadow dan lipstik. Ia akan mengadun pigmen mekap anda supaya lebih serata dan tahan lama. Ia juga penting bagi tujuan perubatan dan kecemasan untuk menyapu ubat luka, krim dan sebagainya.

Kini anda sudah tahu jenis dan fungsi kapas untuk kegunaan perawatan kecantikan. Dengan cara ini anda boleh memilih kapas yang sesuai dengan keperluan rutin kecantikan anda.

Sumber kredit: perihalcantik.blogspot.com

Published by
Norhasliza