Kecantikan

Penting Bezakan Antara Klinik Estetik Atau Spa Estetik Sebelum Menjalani Rawatan Muka Secara Estetik

Share

Rawatan Estetik Muka tidak lagi menjadi rawatan orang kaya dan terkenal, kini lebih merangkumi dan meluas lebih dari sekadar suntikan ke dahi untuk menghilangkan garis-garis atau permasalahan wajah yang lain.

Ketika mempertimbangkan jenis rawatan kulit, terumatanya rawatan wajah, anda haruslah memilih klinik estetik yang sesuai. Terdapat pelbagai jenis perkhidmatan estetik menular di pasaran sekarang dan bukan kesemuanya adalah klinik yang menawarkan rawatan yang tulen, tepat atau efektif. Adalah penting untuk meneliti latar belakang klinik dan doktor estetik dan berbincang secara lanjut mengenai masalah kulit atau wajah anda, sebelum membuat keputusan untuk menjalani sebarang rawatan.

Menariknya perkongsian hijabista bersama Dr Chin dari TrueClinic yang mempunyai lulusan dari Rusia pada tahun 2012 dan menjalani perkhidmatan wajib selama 4 tahun di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), untuk mempelajari teknik dan cara betul melakukan rawatan estetik. Elak teperdaya dengan pengiklanan di media sosial, penting anda tahu langkah-langkah ini:

Beza antara klinik estetik dan estetik SPA

Apabila bercadang melakukan rawatan estetik, anda perlu tahu fungsi dan beza antara rawatan klinik atau rawatan spa. Tawaran mungkin kedengaran sama tetapi keberkesanan dan keselamatan perlu diberi keutamaan. Menurut Dr Chin, “anda dinasihati memilih klinik medikal yang sah untuk rawatan wajah dan kulit, kerana peralatan dan mesin yang digunakan di klinik telah mendapat perlesenan dan pengesahan daripada badan-badan yang berkenaan. Klinik yang sah juga mempunyai doktor pakar estetik yang berlesen yang dilatih dalam bidang estetik”.

SPA
Klinik

Klinik biasanya menawarkan khidmat nasihat secara percuma kepada pelawat mereka yang ingin mengetahui lebih mengenai rawatan estetik. Ini merupakan cara terbaik untuk meneliti klinik dan doktor. Datang dengan banyak soalan dan perhatikan sama ada kakitangan dapat menjawab soalan-soalan tersebut.

Anda perlu meneliti latar belakang klinik atau spa yang menawarkan rawatan estetik, “Satu senario yang mengelirukan pengguna adalah nama pelabelan pusat itu sendiri, di mana kebanyakkan spa kecantikan akan meletak perkataan ‘estetik’ dalam nama mereka,” ujar Dr Chin. Sebaiknya carilah rawatan estetik di sebuah klinik berlesen dan bukannya di pusat rawatan spa.

Kenali masalah kulit

Di kebanyakan pusat rawatan estetik, anda boleh mudah terpedaya dengan hasil yang dijanjikan dari pusat rawatan tersebut mahupun bukan klinik estetik. Berhati-hatilah dengan mana-mana pusat rawatan yang tidak mahu berbincang mengenai kesan sampingan sebarang rawatan, komplikasi, jangkaan tempoh rehat selepas rawatan, dan kos perkhidmatan. Anda harus diberitahu dengan mendalam dan memahami segala risiko dan faedah setiap rawatan.

“Terdapat dua perbezaan klinik estetika di Malaysia ini yang dapat saya perhatikan, satu adalah jenis yang bertujuan komersial dan satu lagi bertujuan untuk merawat masalah kulit anda”.

Salah satu langkah yang penting agar anda tidak tersilap membuat keputusan, penting anda teliti masalah kulit yang dhadapi dan juga apakah harapan hasil rawatan yang anda jangkakan.

“Sebaiknya jika anda berjumpa dengan pakar atau doktor kecantikan, tidak perlu tanya apa yang anda perlu buat, yang penting adalah untuk pastikan keputusan yang hendak dicapai dengan sebarang rawatan, dan bersetuju dengan doktor tentang program atau pelan rawatan (treatment plan) yang dicadangkan,” sarankan Dr Chin.

Secara lazim, doktor pakar estetik akan tanya anda soalan-soalan berikut sebelum mencadangkan rawatan yang sesuai untuk anda. Sebagai contoh:

  • Rutin penjagaan kulit anda sekarang
  • Produk apa yang anda gunakan sekarang
  • Prosedur apa, jika ada, yang telah anda lakukan
  • Ubat semasa termasuk makanan tambahan
  • Keadaan kesihatan semasa dan masa lalu, termasuk pembedahan dan kerja pergigian
  • Belanjawan
  • Apa yang anda selesa dengan prosedur bukan invasif vs invasif)
  • Tahap keselesaan anda dengan waktu henti
  • Diet dan cara pemakanan
  • Sekiranya anda hamil, menyusu atau cuba hamil
  • Sebarang acara khas akan datang
  • Kisah anda tentang apa yang telah membawa anda ke klinik.

Rawatan estetik bukan sekadar jarum suntikan

sumber gambar: Sixt Street Dental

Bertukar dari rawatan muka seperti produk tradisional ke estetik, pasti anda mempunyai pelbagai tanggapan pantang atau tabo. Seperti yang dibincangkan, tidak semua rawatan estetik menggunakan jarum, sebaliknya rawatan estetik bergantung pada permasalahan kulit atau wajah yang anda alami.

Mesin yang digunakan

Satu soalan paling gemar diajukan pada pakar kecantikan: adakah rawatan estetik berbentuk laser boleh menipiskan kulit? Ini tidak dinafikan oleh Dr Chin, tetapi ia bergantung kepada permasalahan kulit anda, kekerapan anda menjalani rawatan, serta jenis rawatan yang dijalankan. Bukan semua rawatan laser adalah sama, terdapat banyak jenis mesin yang direka khas untuk menangani masalah-masalah kulit tertentu. Teramat penting jika anda tahu mesin apa yang digunakan sebelum membuat rawatan estetik.

Kenalilah DiscoveryPico – laser Picosecond paling berkesan di pasaran! DiscoveryPico berfungsi dengan memancarkan teknologi laser nadi ultra pendek yang menembusi lapisan luar kulit, memecah pigmen kulit yang lebih gelap tanpa merosakkan tisu kulit di sekitar kulit yang dirawat.

DiscoveryPico sesuai untuk peremajaan kulit, pembentukan semula kulit yang rosak, menghilangkan parut jerawat, masalah pigmentasi, dan bahkan cukup berkuasa untuk memadamkan tatu dan tanda lahir. Yang pentingnya DiscoveryPico hanya boleh dikendalikan oleh doktor yang berkelayakan dan terdapat di klinik terpilih. Laser inovatif ini boleh digunakan pada wajah dan badan, sesuai untuk wanita atau lelaki, dan juga untuk jenis dan warna kulit (termasuklah kulit gelap)! Dengan mengurangkan penampilan tisu kulit yang rosak, kulit kelihatan lebih licin dan lebih cerah sejurus selepas rawatan.

Pastikan klinik anda bercakap mengenai harga

Sumber gambar: Aesthethic Journal

Perkhidmatan estetik boleh jadi mahal, itu kenyataan. Anda harus memastikan bahawa hasil yang ingin anda kecapi, bernilai pelaburan kewangan yang anda bayari, di samping itu masa dan emosi yang juga anda laburkan berbaloi dengan keseluruhan prosedur. Kenal pasti klinik atau doktor yang berbincang dengan anda mengenai kos rawatan. Mereka juga boleh memberi beberapa pilihan yang berlainan dalam julat harga yang berbeza. Oleh itu, penting untuk memahami kos rawatan secara keseluruhan, serta jangka masa yang berpatutan, untuk mencapai hasil yang anda inginkan.

Sumber gambar: Berman plastic Surgery & Spa

Pakar estetik perubatan harus menasihati anda mengikut bajet dan jangkaan anda, serta memberi saranan mengenai rawatan yang bersesuaian untuk mencapai hasil yang terbaik. Pelan penjagaan kulit yang komprehensif biasanya merangkumi anggaran selama beberapa bulan atau bahkan setahun. Daftar untuk mendapatkan buletin klinik dan tanyakan apakah prosedur tertentu yang akan muncul dengan harga istimewa dalam beberapa bulan akan datang.

Secara keseluruhan, cara terbaik untuk memastikan anda mencari klinik yang berlesen dan terkenal yang sesuai dengan keperluan anda, adalah dengan membuat kajian teliti. Ini termasuklah mengkaji laman web mereka, laman media sosial dan bertanya sendiri mengenai konsultasi dan rawatan yang ditawarkan. Pastikan anda sentiasa merasa selesa dengan kakitangan klinik dan semua soalan anda telah dijawab dengan puas hati.

Konsultasi yang menyeluruh dari doktor boleh mendedahkan pilihan yang ideal dan sesuai untuk anda, seterusnya membolehkan anda menyesuaikan tahap keselesaan  dan anggaran mengikut kehendak hati.

 

Published by
SH