Kata orang, sediakan payung sebelum hujan. Terkesan dengan apa yang terjadi kepada masyarakat Greece dan di Malaysia sendiri pada ketika ini menyaksikan nilai mata wang ringgit menjunam jatuh, kita harusnya sedar akan kepentingan membuat simpanan lain selain daripada simpanan tunai di bank semata-mata. Simpanan emas antara yang paling disyorkan dan ayuh ketahui setiap kelebihan dan keistimewaan yang bakal diperoleh.
#1 – Emas Kalis Inflasi
Ketika zaman Nabi dahulu, 1 dinar (emas 4.25 gram) boleh membeli seekor kambing. Sekarang ini, harga 1 dinar sekitar RM670. Secara relatifnya, ia masih mampu membeli seekor kambing. Andaikan 30 tahun dulu, anak-anak sekolah boleh membawa duit 50 sen sehari, cukup untuk mereka makan kenyang. Tetapi hari ni, 50 sen itu hanya mampu untuk beli segelas air sirap sahaja. Nampak atau tidak kesan inflasi ke atas emas berbanding duit kertas?
– Maka analoginya 1 dinar seekor kambing zaman nabi Nisbah emas 1 dinar dengan kambing, tak berubah sampai bila-bila. Nilainya terletak pada fizikalnya. Tapi di manakah pula nilai sebenar duit kertas?
#2 – Senang Ditukar Kepada Tunai
Emas senang ditukar kepada tunai. Sebenarnya, emas seperti duit tunai juga. Ia aset fizikal yang paling mudah dicairkan. Bila menyimpan emas, kita tak perlu risau kalau-kalau mahu menggunakan duit. Emas tersebut boleh dijual pada bila-bila masa, dan di mana sahaja. Kalau membawa emas itu ke luar negara pun, ia tetap laku. Ia “international money” yang diterima sejak zaman berzaman. Sekiranya sayang untuk menjual emas tersebut, anda boleh pajak di Ar-Rahnu untuk dapatkan pinjaman. Selepas itu cari semula wang untuk tebus kembali emas itu.
#3 – Kekayaan Di Tangan Kita
Ads
Bila simpan emas, hakikatnya kekayaan itu ada di tangan kita sendiri. Apa pun berlaku di luar sana, selagi emas tersebut ada di tangan kita, kekayaan itu memang ada dengan kita sendiri kerana nilai emas terletak pada berat dan ketulenan emas itu sendiri. Berbeza dengan duit kertas. Nilai sebenar duit kertas bukan pada kertasnya, tapi ia terletak pada jaminan kerajaan, kestabilan ekonomi dan politik negara.
**Opps!
Masih ingat akan duit syiling RM1 dulu? Bank Negara telah membuat penetapan, ia tak lagi sah untuk digunakan sebagai duit hari ini. Ia hanya sekeping logam yang tidak lagi bernilai.
#4 – Boleh Dijadikan Modal Pusingan
Bila membuat simpanan duit di bank, sebenarnya duit kita itu dipusing oleh bank dengan memberikan pinjaman kepada orang lain (atau kepada kita sendiri!) dengan caj keuntungan yang tinggi. Bank-bank mempunyai sasaran mereka sendiri. Mereka mesti pinjamkan duit itu untuk menjana keuntungan. Kerana itu bank pun mempunyai ‘sales person’ sendiri untuk ‘jual’ pinjaman-pinjaman mereka.
Ads
– Berbeza dengan emas. Kita boleh pusing kekayaan kita sendiri. Bagi orang berniaga, emas tersebut boleh dijadikan modal pusingan. Bila perlukan duit untuk ‘rolling’, pajak sahaja emas itu di Ar-Rahnu untuk dapatkan pinjaman. Apabila selesai urus niaga, tebus semula emas itu. Akhir sekali, kita masih ada emas (yang dijadikan modal pusingan) dan keuntungan tunai (hasil bisnes). Dan yang paling penting, duit modal kita tidak akan bocor.
#5 – Emas Aset Mudah Alih
Emas ialah aset fizikal yang paling mudah alih. Kalau membeli tanah atau rumah-rumah sewa, ia memang tidak boleh dialihkan. Kalau mahu menjual pun, ia memakan masa untuk terjual. Ia berbeza dengan emas. Katakanlah anda bertugas di pedalaman Sabah, tiba-tiba dapat berpindah balik ke Semenanjung, anda boleh membawa pulang emas-emas tersebut. Kalau berpindah lagi, kita boleh bawa emas itu ke mana sahaja.
**Tahu atau tidak?
Ads
Masa peperangan panjang antara US dan Vietnam, ramai rakyat Vietnam lari meninggalkan negara dan menjadi pelarian. Mereka menjual segala harta yang ada dan ditukarkan kepada kepingan-kepingan emas yang dinamakan Vietnam Kim Thant. Kepingan emas tu bentuknya nipis. Mereka boleh sorokkan di dalam jahitan baju. Bila sampai ke negara lain, mereka boleh memulakan hidup baru bermodalkan emas yang mereka bawa. Pada saat peperangan begitu, pastinya duit kertas tak lagi bernilai.
.#6 – Kekayaan Bertahan Lama
Antara sebab kenapa pentingnya simpan emas ialah kekayaan kita akan bertahan lebih lama. Salah satu rahsianya, emas boleh dijadikan sebagai “simpanan untuk dilupakan”. Simpan dan lupa. Dari sudut kewangan, kita harus mempunyai “simpanan untuk dilupakan”. Kalau selalu teringatkan simpanan yang ada, simpanan itu takkan bertahan lama kerana rasa keinginan mahu berbelanja.
– Kesan psikologi berbeza bila simpan emas. Dari sudut psikologi, bila simpan emas, kita rasa sayang untuk menjualnya. Naluri manusia sejak zaman berzaman memang suka kumpul emas sebab ia cantik. Berbeza dengan duit kertas. Seronoknya emas terletak pada kaedah mengumpul dan menyimpannya, tapi seronoknya duit terletak pada cara membelanjakannya. Tak ada orang simpan emas yang fikir mahu belanjakan emas mereka, tapi orang yang simpan duit mesti terfikir-fikir, di mana hendak dibelanjakan duit itu! Jadi itulah sebab kenapa bila simpan emas, kekayaan kita lebih bertahan lama.
SUMBER: www.mohdzulkifli.com
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Anak muda warganegara perancis, berusia 26 tahun dan beragama Islam, Neil Dauxois, telah mencetuskan inspirasi kepada warga dunia apabila berjaya mencapai misinya dengan berjalan kaki sejauh 3,900 kilometer untuk sampai ke Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur.
Hijabista difahamkan bahawa, lelaki berketurunan Algeria itu, telahpun memulakan pengembaraanya dengan berjalan kaki dari Perancis untuk sampai ke Masjid Al-Aqsa pada permulaan bulan mulia, Ramadan Al Mubarak yang lalu.
Neil Dedah Detik Pahit Manis Semasa Pengembaraanya Menuju Al Aqsa!
Menurut agensi berita Anadolu, Neil mendedahkan bahawa dia amat terharu terhadap penerimaan serta layanan yang baik yang diberikan orang ramai sepanjang beliau berkelana untuk menyelesaikan pengembaraanya menuju Masjidil Aqsa.
Tambahnya lagi, adalah lebih sukar bagi dirinya untuk mengharungi pengembaraan berkenaan apabila orang sekeliling tidak memberikan layanan yang mesra dan menyokong tindakan yang dilakukan itu. Ini kerana, Neil mengakui dalam pengembaraan yang dijalaninya dia turut berdepan pelbagai detik pahit dan manis.
“Semasa saya di Turkiye, orang ramai sangat baik dan peramah. Jika bukan kerana bantuan mereka, saya pasti berputus asa”.
“Saya menghadapi lebih banyak kesukaran di tempat di mana orang tidak mesra,” kata Neil.
Mengulas lanjut berkenaan cabaran yang terpaksa ditempuh sepanjang pengembaraanya, Neil berkata dia tidak akan lupa detik-detik sukar adalah untuk berjalan melalui kawasan yang beriklim sejuk seorang diri.
“Sendirian, saya berjaya melalui banyak tempat dengan selamat, terima kasih kepada penduduk tempatan yang baik hati. Saya tidak boleh melakukannya tanpa mereka.”
Neil berkata, sambutan mesra yang diterimanya oleh penduduk Palestin di Baitulmaqdis sejurus berita tentang pengembaraannya tersebar di media merupakan antara detik terindah dalam kehidupanya!
“Ramai rakyat Palestin di sini menjemput saya ke rumah mereka, saya sangat terkejut, namun sangat gembira.
“Ibu saya bimbang, tetapi selepas melihat saya dalam video di media sosial, dia memberitahu saya dia bangga dengan saya,” jelasnya.
Sekadar info, Neil telah mengembara melalui Itali, Slovenia, Croatia, Bosnia-Herzegovina, Montenegro, Albania, Greece, Cyprus dan Jordan.
Misi seterusnya pula, Neil merancang untuk berjalan kaki bagi menunaikan haji dan Umrah di tanah suci Mekah dalam jangkamasa sebulan setengah.
Masalah susah untuk tidur bukanlah perkara yang harus dipandang ringan kerana ia boleh menjejaskan kesihatan tubuh badan kita. Apabila kita sukar untuk tidur, ini bermakna fikiran kita tidak tenang dan akan menyebakan waktu tidur terjejas. Kesannya, pada keesokan pagi, badan akan lesu dan tidak bermaya kerana tidak mendapat tidur yang cukup.
Dalam Islam, setiap masalah yang kita hadapi pasti ada penawarnya. Sudah pasti penawarnya ada di dalam kitab Al-Quran yang sememangnya menjadi rujukan utama buat kita sebagai umat Islam. Ada satu doa yang ingin kami kongsikan kepada kamu yang mengalami masalah sukar untuk tidur, yang sudahpun diajar oleh Rasulullah S.A.W.
Ya Allah, telah malap bintang-bintang, dan telah tenang mata-mata manusia, dan Engkau maha berkuasa, Wahai yang Maha Berkuasa, lelapkanlah mataku dan tenangkanlah malamku ini .
Sedikit penerangan mengenai doa mudah tidur ini, ia diriwayatkan oleh At-Tabraniy dan Ibn al-Sunni, dari Hajjaj bin Imran As-Sadusiy, dari Amru bin Al-Husain, dari Muhammad bin Abdillah dari Thaur bin Yazid dari Khalid bin Ma’dan dari Abdul Malik bin Marwan bahawa:
bapanya pernah mengatakan bahawa Zaid bin Thabit pernah mengadu kepada Nabi saw tentang penyakit tidak boleh tidur malam yang menimpanya, lalu baginda saw mengajarnya doa di atas.
Menurut hadith riwayat Ibnus Sunni, Zaid bin Thabit r.a yang mengalami masalah sukar untuk tidur (insomnia) akhirnya dapat tidur dengan nyenyaknya berkat beramal dengan doa yang diajar oleh Nabi saw ini .
Jadi, bagi kamu yang seringkali mengalami masalah susah untuk tidur atau insomnia, bacalah doa ino supaya diberi ketenangan di malam hari dan dipelihara oleh-Nya.InsyaAllah. Selamat beramal!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Sesiapa sahaja di dunia ini mahukan pengakhiran hidup yang baik dan ingin ditempatkan di syurga. Beruntunglah orang yang berusaha membuat kebaikan dan perbuatannya itu masih dapat memberi manfaat kepada orang lain walaupun sudah tidak hidup di dunia lagi.
Menerusi perkongsian di Twitter oleh @furqanurfaliq, dia telah berkongsikan kisah mengenai Cikgu Hayati Aini Ahmad, seorang guru Matematik Tambahan yang telah meninggal dunia. Namun, amalan kebaikannya masih dipanjang-panjangkan lagi kerana dia telah memuat naik lebih 100 video mengenai topik dalam subjek itu di YouTube.
Videonya telah membantu ramai pelajar yang menghadapai kesukaran dalam subjek itu.
Seorang YouTube tutor baru meninggal dunia. Hayati namanya. She left more than 100 AddMath topics dkt You Tube for any Form 4 & 5 students. Mohon pjgkan her You Tube classes ye. Semoga amal jariah Arwah menjadi bekalan pahala untuknya
— Qan Rajalie [undangan.my] (@furqanurfaliq) March 12, 2019
Menurut sumber, arwah dikatakan telah menghidap barah sejak dari tahun 2017. Syurga buatmu cikgu.
Sesungguhnya orang yang baik itu sentiasa disayangi dan disenangi ramai. Ramai yang terkesan dengan pemergiannya kerana jasanya yang tidak terkira dalam menyebarkan ilmu.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Kisah mualaf cantik dari Indonesia, Arnita Rodelina Turnip boleh dijadikan inspirasi. Sering mendengar ceramah agama di saluran Youtube telah membuka hati Arnita yang menuntut...