Kecantikan

Pensyarah Wanita Ini Kongsi Cara Lenyapkan Jeragat, Hanya Guna Kisaran Kentang & Lemon. Rugi Tak Cuba!

Share

Selain jerawat, jeragat juga menjadi salah satu masalah penjagaan kulit wajah yang memang merisaukan setiap wanita. Memang sangat stress kalau wajah kita mengalami jeragat atau tompokan hitam di pipi kanan atau kiri. Memang sukar untuk menghilangkannya kerana ia seperti bersifat kekal di wajah jika tiada usaha untuk merawatnya.

Walaupun pelbagai produk sudah dicuba tetapi jeragat tetap ada di situ. Dan ia sedikit sebanyak akan menyebabkan tahap keyakinan sangat rendah terutama untuk berjumpa orang lain. Lebih-lebih lagi jika jeragat ini sekali pakej dengan bintik-bintik hitam

di muka. Malah ia juga akan menampakkan diri kelihatan lebih tua berbanding usia.

Jeragat juga dikenali sebagai adik kepada jerawat di mana ia kelihatan seperti lekukan kecil pada kulit muka. Ia adalah disebabkan oleh pembentukan minyak, sel-sel kulit yang mati dan juga bakteria di bahagian liang-liang muka terutamanya di bahagian hidung, dahi, dagu dan pipi.

Artikel Berkaitan: Kopi Baik Untuk Kulit Muka & Atasi Wajah Kusam

Admin nak kongsi petua semula jadi yang dikongsi oleh pengguna laman sosial facebook Esyima Zamri yang hanya menggunakan kentang dan lemon sahaja. Beliau yang juga seorang Pensyarah di UiTM, Kampus Seri Iskandar, Perak juga turut memberitahu punca sebenar terjadinya jeragat.

 Korang mesti stress kan bila masalah Jeragat ni tak hilang hilang. Dah cuba 1001 produk tapi langsung tak berkesan.

 Sebenarnya korang kena tau punca jeragat ni terjadi. Baru senang nak atasi.

1) Hormon Di Dalam Badan Tidak Stabil, Terlalu Terdedah Pada Cahaya Matahari

2) Kekurangan Vitamin Dalam Badan Disebabkan Proses Mengandung Dan Penyusuan.

3) Penggunaan Komestik Yang Tinggi Bahan Kimia Juga Menyebabkan Terjadi Jeragat

 Jom Syima nak share petua paling senang nak hilangkan jeragat hanya menggunakan potato dan lemon sahaja.

 Kentang sangat tinggi antioksida untuk rawat jeragat. Ia juga mampu menghalang dari terjadinya pigmentasi seperti melasma, bulatan hitam (dark circles), hyper dan hypo pigmentasi.

Lemon adalah bahan yang amat berkesan untuk merawat tompokan jeragat.

 Jus lemon mempunyai ciri pencerahan kulit

yang baik yang akan bertindak sebagai peluntur kepada bintik-bintik jeragat.

 Cara penyediaan masker ini sangat mudah. Untuk penjelasan sila rujuk gambar

Bahan masker

Potato

Lemon

Blend potato yang telah dibersihkan.

Squeeze 1/2 lemon ke dalam potato yang telah di blend tadi.

Masukkan ke dalam icu cube tray dan masukkan dalam peti ais untuk dibekukan.

Potato masker ini boleh disimpan untuk kegunaan hari hari seterusnya.

VIDEO CARA PENGGUNAAN:

 

 

Published by
Siti Zurina