Gadis kelahiran Kelantan ini, apa sahaja yang dilakukan menjadi trending dan pasti mendapat perhatian sehingga beberapa kali mencetus fenomena. Bahkan fesyen pakaian dan tudung yang Neelofa gayakan pasti menjadi ikutan.

Tidak hairanlah jenama tudung Naelofa mempunyai pengikut yang ramai bukan kerana tren yang di bawa oleh beliau malah personaliti yang menarik menidolakan segenap usia di dalam dan luar negara.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa) on

Penjenamaan Semula Sempena harijadi Neelofa

Baru sahaja meraikan sambutan hari lahir pada 10 Februari lalu, selebriti popular Neelofa muncul menyerlahkan identiti baru. Nafas segar itu diterjemahkan oleh Neelofa menerusi penjenamaan semula jenama hijabnya, Naelofar dimulakan semenjak tahun 2014.

Ads

Menyifatkan perkara terbabit sebagai hadiah hari jadi untuk dirinya, Neelofa memberikan sentuhan yang lebih edgy, feminist dan juga moden seiring dengan kehendak wanita sekarang.

“Ini hadiah hari jadi saya yang paling bermakna. Dengan arah tuju baru ini, saya berharap jenama hijab saya dapat memberi inspirasi untuk merubah persepsi masyarakat terhadap pilihan wanita dalam era dan zaman moden ini.

Ads

“Saya juga mahu mereka tahu bahawa mereka tidak perlu takut untuk maju ke hadapan dan tidak membiarkan jarak membataskan mereka kerana satu-satunya halangan untuk berjaya adalah diri sendiri,” kata Neelofa.

Ads

Dalam pada itu, peminat berpeluang untuk berjumpa dan bermesra dengan Neelofa serta mengambil foto menarik dengan ‘art installation’ di Level 1, Menara Ken, Taman Tun Dr Ismail, Damansara dalam acara Naelofar Go Far Event pada Ahad, 16 Februari ini!

Berlangsung pada jam 10 pagi sehingga 5 petang, Neelofa bakal mengadakan sesi ‘meet and greet’ pada pukul 2 petang dan anda turut berpeluang melihat koleksi terbaru jenama hijab ini yang diberi nama Go Far!

Lagi Fakta Menarik Mengenai Neelofa

  • Lulusan Ijazah Sarjana Muda Perdagangan Antarabangsa & Pemasaran di Kolej University Sunway di Bandar Sunway.
  • Anak ketiga daripada 9 adik beradik (lima adik berlainan bapa)
  • Neelofa yang disapa Lofa di kalangan keluarga, diilhamkan daripada nama “Niloufar’ membawa maksud bunga teratai.
  • Pernah meraih 5A dalam UPSR, manakala sewaktu melanjutkan pengajian di sekolah menengah di Maktab Rendah sains MARA (MRSM) Langkawi, beliau mendapat 8A dalam PMR dan 10A dalam SPM.
  • Menjuarai Pertandingan DEWI REMAJA 2009/2010 mengalahkan beberapa nama antaranya seperti Izara Aishah, Anzalna Nasir dan Ramona Zamzam.
  • Menempah nama sebagai pelakon di dalam filem popular seperti Azura, SAM: Saya Amat Mencintaimu, Hantu Kapcai dan Pilot Café. Pernah juga berlakon di dalam drama popular seperti Jiwa Dan Lara, Tahajjud Cinta, Kau Yang terindah, Suri Hati Mr.Pilot, Red Velvet dan Til Amo Sweetheart 100 Hari.
  • Sebagai anak seni pencapaian terbaik beliau dengan meraih beberapa anugerah antara yang terbesar termasuk Pengacara TV Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke -27, 28 dan 29, Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29, Top Top MeleTOP (Wanita) di Anugerah MeleTOP Era ke-4 dan ke-5 dan banyak lagi.
  • Pada Disembar 2017, beliau dilantik sebagai Pengarah Bebas bukan Ekskutif di Syarikat Air Asia Bhd.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI