Putera William bersama Kate Middleton telah ‘meminjamkan’ suara mereka kepada BBC Radio 1 (BBC Newsbeat) bersempena Hari Kesihatan Mental Sedunia pada 10 Oktober yang lalu. 

Bersempena Hari Kesehatan Mental Sedunia, Putera William dan Kate Middleton telah mengambil bahagian untuk berdiskusi dengan lebih mendalam mengenai ‘makna kesihatan mental’ di BBC Radio 1.

Diskusi bersama pasangan diraja ini turut di sertai oleh peguam bela kesihatan mental António Ferreria, Emma Hardwell dari badan amal ‘The Mix’, ahli terapi muzik Ben Cowley dan Dr. Abigail Miranda dari Pusat Kanak-Kanak dan Keluarga Anna Freud.

‘Penjagaan Mental Sangat Penting!’, Tegas Putera William Dan Kate Middleton Bersempena #WorldMentalHealthDay
Sumber gambar dari BBC

Putera William telah menggesa semua orang supaya membina ‘toolbox‘ tersendiri. Ia merupakan satu analogy yang bermaksud satu teknik dan strategi untuk membantu anda menangani masalah yang tidak dijangka.

Ramai orang tidak menyedari apa yang mereka perlukan sehingga ia benar-benar datang,” kata Prince of Wales itu.

“Anda boleh menjalani satu kehidupan biasa dalam seminit dan dengan tiba-tiba satu perkara boleh berubah secara drastik, dan ketika itu anda sedar bahawa anda tidak memiliki ‘peralatan’ atau pengalaman untuk menanganinya.” Oleh itu, memiliki ‘toolbox’ adalah kunci kehidupan.

Jika anda tidak dapat menjaga diri anda sendiri, nescaya anda tidak akan dapat menangani isu atau masalah yang anda akan lalui setiap hari,” sambungnya lagi.

Ads

Kate kemudian bertanya kepada tetamu yang lain mengenai cara mereka menjaga kesihatan mental mereka. Sebagai balasan, seorang tetamu memberitahunya bahawa perkara paling penting bagi mereka lakukan ialah ‘menyedari’ kesihatan mental mereka.

“Tidak setiap hari indah, seperti menjadi bunga mawar dan bunga matahari(not every day is going to be roses and sunflowers).. Saya akui terdapat beberapa hari saya perlu menolak awan untuk melihat matahari itu semula,” kata lelaki itu.

“Anda tidak boleh lari daripadanya, kadang-kadang anda perlu benar-benar menghadapi dan menakluki mereka. Dengan latihan, ada kemajuan (with practice, there’s progress).”

Ads

Artikel berkaitan: Kate Middleton Punyai 2 Helah Yang Membantunya Berdiri Di Tumit Tinggi Selama Berjam-Jam

‘Penjagaan Mental Sangat Penting!’, Tegas Putera William Dan Kate Middleton Bersempena #WorldMentalHealthDay
Sumber gambar Mark Cuthbert/Getty

Kate juga bersetuju dan menambah,

“Tiada betul atau salah. Perkara yang berbeza akan berkesan untuk orang yang berbeza, dan kadangkala dengan mencuba kaedah yang berbeza, peluang yang berbeza pula akan datang kepada anda untuk membantu dan sokong diri anda dengan lebih baik.”

“Setiap orang perlu menjaga kesihatan mental sama seperti menjaga kesihatan fizikal. Untuk menjaga kesihatan fizikal kita akan pergi ke gim… untuk menjaga kesihatan mental, kita perlu belajar memupuk MINDA kita” katanya.

Ads

Artikel berkaitan: ‘Tiada Kentang, Nasi Atau Pasta Untuk Makan Malam!’ Diet Di Raja Yang Paling Ketat Tapi Bukan…

Pasangan diraja itu telah lama berdedikasi untuk memperjuangkan isu kesihatan mental ini. Bahkan terdahulu, pasangan ini telah melancarkan inisiatif Heads Together’ pada 2016 iaitu kempen untuk menamatkan stigma mengenai kesihatan mental.

‘Penjagaan Mental Sangat Penting!’, Tegas Putera William Dan Kate Middleton Bersempena #WorldMentalHealthDay
Dari kiri: Putera William, Kate Middleton dan Putera Harry

William dan Kate tidak pernah berhenti memperjuangkan isu kesihatan mental ini dan pernah menganjurkan rancangan bertaraf bintang semasa Minggu Kesedaran Kesihatan Mental dengan melawat pusat kanak-kanak seterusnya telah memeriksa pekerja kesihatan tahun lepas untuk memberikan sokongan kepada mereka. 

Sumber info dan gambar: People dan Google

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

https://www.youtube.com/watch?v=PgE-FVaFR3w

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI