Mungkin ramai yang kurang peduli akan pemilihan warna hijab mengikut tona kulit anda. Betul, bukan? Jika tidak kena warna hijab dan tona kulit anda, pastinya anda kelihatan ‘tidak naik seri’ dan kurang menyerlah.
Jom, semak apakah tip yang HIJABISTA lampirkan buat anda si hijabi! Penampilan anda akan suram tanpa sebarang calitan warna yang menawan. IKut cara selebriti ini yang sentiasa bijak mencari padanan hijab bersesuaian dengan kulit wajah mereka.
a. Warna yang sesuai untuk yang berkulit cerah adalah warna gelap dan terang.
b. Anda akan nampak lebih cerah apabila menggayakan rona-rona hitam, biru, kelabu, ungu, kuning dan merah.
c. Elakkan memakai warna-warna pastel, putih, dan beige, kerana warna itu akan menampakkan anda kelihatan pucat.
Warna yang tepat buat anda adalah warna-warna pastel, biru tua, merah manggis, ungu dan hitam. Elakkan warna merah, kuning, hijau gelap dan coklat.
a. Untuk yang memiliki tona kulit kuning langsat, hijab berona merah, merah jambu dan biru adalah yang sesuai buat anda.
b. Warna- warna seperti coklat, oren, dan beige akan buatkan raut wajah anda kelihatan senada dengan hijab yang dipakai.
a. Bagi yang berkulit sedikit gelap, warna-warna lembut akan menampakkan wajah anda lebih cerah.
b. Pemakaian hijab berona coklat, hitam, dan oren akan buatkan wajah anda tampak lebih gelap dan kusam.
EKSTRA TIP:
2. Tidak lupa, padanan warna hijab juga mestilah bersesuaian dengan warna busana yang akan anda gayakan. Ingat! Jangan melebihi daripada tiga warna didalam penampilan anda.
3. Jika anda kurang arif, anda boleh bertanya kepada rakan sama ada rona hijab yang digayakan sesuai dengan anda ataupun tidak. Pendapat orang sekeliling harus diambil tahu juga, ya!
Bagi hijabi yang sukar untuk membuat keputusan dalam pemilihan warna hijab, moga informasi ini dapat bermanfaat.