Pening Kepala Fikir Nak Masak Apa Untuk Sahur? Nah, Resepi Kuetiau Goreng Basah Yang Cukup Menyelerakan Ini!

Share

Kaum wanita antara individu yang selalu runsing bila tiba masa untuk memikirkan juadah yang perlu disediakan ketika bersahur dan juga berbuka puasa. Tentunya anda keliru untuk memasak makanan yang boleh dimakan oleh seisi keluarga. Jika anda masih bujang, lebih mudah untuk anda kerana anda tidak perlu bersusah-payah memikirkan menu untuk orang lain.

Okay, usah risau. Di sini Hijabista ingin kongsikan satu resepi yang cukup menyelerakan iaitu Kuetiau Goreng Basah. Alahai sedapnya! Jom kita lihat resepi yang dikongsi oleh Denaihati Network ini.

Bahan-Bahan:

  • Bawang Merah (dihiris)
  • Bawang Putih (diketuk)
  • Cili
  • Cili Boh
  • Sos Tiram
  • Sos Cili
  • Kicap Manis
  • Udang
  • Kerang
  • Telur
  • Kuetiau
  • Taugeh
  • Daun Kucai
  • Air

Cara-Cara:

  1. Tumis 2 biji bawang merah (dihiris), 4 ulas bawang putih (diketuk) dan 2 biji cili.
  2. Dah garing sikit, masukkan 2 sudu cili boh.
  3. Tumis seketika, kemudian masukkan 2 sudu besar sos tiram, 2 sudu besar sos cili dan 3 sudu besar kicap manis.
  4. Masukkan udang dan kerang ( nak letak ayam/daging pun boleh)
  5. Masukkan 2 cawan air
  6. Masak sehingga mendidih, kemudian masukkan 1 biji telur (dipukul sedikit dengan garfu)
  7. Masukkan 1 bungkus kuetiau, segenggam taugeh dan sedikit hirisan daun kucai
  8. Perasakan dengan garam & serbuk/kiub pati ayam secukup rasa
  9. Kacau rata, siap!

Sumber: Facebook Denaihati Network
Published by
Naqiyatul Uzma