Saban tahun, ketika menjelangnya bulan mulia, Ramadan Al Mubarak ramai diantara kita yang berlumba-lumba melakukan kebaikan dan sedaya upaya mencegah kemungkaran. Kerana di bulan Ramadan yang penuh barakah ini, umat Islam dijanjikan dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda, di samping berpeluang membetulkan diri agar lebih dekat dengan Allah SWT.

Bagaimanapun, di sebalik kesibukkan mengejar pahala ini. Masih ada dikalangan kita yang culas berpuasa dan tanpa segan silu membeli makanan di kedai hingga digelar sebagai ‘Geng Plastik Hitam’.

Lebih teruk, apabila terdapat peniaga yang gemar mengambil untung ‘atas angin menjual makanan dan minuman kepada golongan yang tidak berpuasa ini, tanpa cakna berkenaan hukumnya.

Hukum Menjual Makanan Kepada Mereka Yang Tak Puasa!

Mengulas isu ini, pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) telah membuat satu hantaran menerusi laman Facebook miliknya bagi mendidik masyarakat dan menjelaskan hukum berjual beli terhadap orang Islam yang tidak menjalani ibadah puasa.

UAI berkata, hukum jual beli kepada golongan yang tidak berpuasa ini adalah HARAM!

“Jika kita mengetahui individu itu tidak berpuasa dan sedangkan dia dikategorikan sebagai individu yang diwajibkan untuk berpuasa maka haram buat peniaga untuk berjual beli dengannya.

Ads

“Jika kita tahu orang itu akan makan makanan tersebut di siang hari pada bulan puasa (ponteng puasa), sedangkan dia orang yang diwajibkan berpuasa maka haram untuk menjual kepadanya,” kata UAI.

Artikel berkaitan: Puasa Tapi Tinggalkan Solat? Ketahui Hukumnya Menurut Mufti!

Jelasnya lagi, setiap peniaga perlulah cakna berkenaan perkara ini. Jangan hanya mahu mengaut keuntungan semata-mata sahaja tanpa mengambil tahu tentang hukum disebalik perlakuan kita itu.

“Sama ada jual pagi, tengah hari, pukul 6 atau sudah hampir waktu berbuka. Ini kerana individu itu ingin makan sebelum masuk waktu maghrib,” tegasnya lagi.

Ads

Bagaimanapun, UAI berkata peniaga makanan dibenarkan untuk melaksanakan urusan jual-beli kepada individu yang diyakini akan makan apabila telah tibanya waktu untuk berbuka.

Bagaimana Pula Jika Individu Itu Tidak Diwajibkan Berpuasa?

Namun, sekiranya seorang individu itu mempunyai kekangan dan masalah kesihatan yang dibenarkan untuk tidak berpuasa khususnya mereka yang uzur, kanak-kanak, atau mereka yang sakit dan akan memberi mudarat sekiranya dipaksa berpuasa. Maka, urusan jual beli itu dibolehkan.

Ads

“Kerana Allah SWT berfirman jangan kamu tolong-menolong bab dosa seperti ini. Tetapi kalau orang yang nak beli nak makan itu orang yang tak wajib berpuasa maka halal atau sah untuk berjual beli.

“Contohnya orang perempuan yang uzur, orang bermusafir yang tidak wajib berpuasa walaupun dibolehkan untuk berpuasa, dan kanak-kanak maka sah jual beli,” jelasnya.

Sumber: Facebook Ustaz Azhar Idrus

Artikel berkaitan: Sulam Nama ‘Trend’ Popular Masa Kini? Elak Akidah Terpesong, Ini Hukumnya Menurut Islam!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI