Sejak mengetahui penyanyi nombor 1, Datuk Seri Nurhaliza ini hamil ramai yang tak sabar menunggu usia kandungan beliau bulan demi bulan. Bukan sahaja empunya diri, malah keluarga terdekat juga tidak sabar menanti detik kelahiran Siti Jr ini nanti. Baru-baru ini kakak ipar dan juga Pengurus Siti, Rozi telah memuat turun foto perkembangan usia kehamilan Siti dari awal hinggalah kini memasuki hamper tujun bulan. Perkongsian di laman sosial ini telah mendapat perhatian netizen.
Pelbagai perkongsian memenuhi ruang komen di instagram Rozie dan juga Siti. Lucu membaca setiap komen yang mana masing-masing cukup teruja untuk melihat bayi ini nanti kelak.
Kebanyakan netizen juga turut tidak sabar menanti kelahiran bayi dijangka Mac nanti. Ramai mendoakan kesejahteraan Siti dan berharap segala urusan dipermudahkan Tuhan.
Ada juga yang mengatakan usia kandungannya
sama dengan tetapi mengalami keguguran. Dan peminat ini mendoakan urusan Siti dipermudahkan nanti.Tidak kurang juga memberitahu hari jadinya sama bulan dengan hari kelahiran bayi Siti nanti.
Ramai juga yang mendoakan bayi bakal lahir ini akan mewarisi sifat yang baik budi pekertinya seperti ibunya nanti.
Sebelum itu Siti memberitahu dia mengikut pesanan orang tua
untuk tidak mendedahkan wajah anak yang baru lahir dan ia memerlukan masa.Artikel Berkaitan: Pengurus Lega Kongsi Berita Kehamilan Siti
Jadi kepada semua peminatnya agar terus mendoakan kesihatan Siti meniti trimester terakhir kehamilannya ini dan segala urusan Siti akan dipermudahkan.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM ROZISANGDEWI