Pengumuman Calon PM 10 Diumumkan Hari Ini? Selebriti Tanah Air Turut Rasakan Debaranya!

Share

Semalam rakyat Malaysian digemparkan dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berkenan melanjutkan tempoh masa parti politik untuk membentuk kerajaan.

Parti politik negara yang berjaya pada Pilihan Raya Umum ke-15 perlu mengemukakan senarai sokongan dengan menamakan seorang Ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10, sebelum jam 2 petang, hari ini.

Bagaimanapun, adakah penantian rakyat akan terjawab hari ini? Siapakah bakal dipertanggubgjawabkan menjadi Perdana Menteri Malaysia yang seterusnya?

Bukan Netizen Je Berdebar, Selebriti Juga Tak Sabar

Persoalan ini tidak hanya timbul dikalangan netizen sahaja, malah ia turut menjadi topik hangat yang menjadi perdebatan dikalangan artis tempatan.

Antara selebriti yang lantang bersuara menyatakan pendapat mereka terhadap isu ‘kerajaan tergantung’ ini adalah tiga pengarah tersohor tanah air Michael Ang, Datuk Afdlin Shauki, Erma Fatima dan Selebriti Chef, Datuk Chef Wan.

Menerusi hantaran di laman Instagram, Pengarah dan pelakon Michael Ang membahaskan berkenaan ‘coaliation’ atau gabungan parti politik negara bagi membentuk sebuah kerajaan campuran.

“Apa akan jadi ya kalau BN tak nak menyertai PN atau pun PH? Sebab PN dan Borneo yang sama-sama menyekat PH pun tidak cukup majoriti. Adakah kita perlu keluar mengundi balik?

“Siapa boleh jawab sebab Google juga tidak mempunyai jawapan untuk persoalan ini?” soalnya.

Mengulas isu sama, pengarah dan juga pelawak terkenal, Datuk Afdlin Shauki pula bertindak mempertikaikan sistem Pilihanraya Malaysia.

“Sesuatu yang tidak kena dengan sistem kita. Mungkin, okey bila hanya dua blok politik parti besar. Tapi, bila ada tiga blok besar, kemungkinan benda ni berlaku adalah tinggi (kesukaran memilih).

“Masalahnya kalau tidak ubah legistatif tentang pilihan raya, rata-rata rakyat rasa buang masa sahaja pergi mengundi. PH mempunyai 5.8 juta undian dengan 82 kerusi dan PN pula memiliki 4.7 juta undian dengan 73 kerusi.

“Ingat tagline ini, ‘rakyat memilih, bukan MP sepakat’,” ujar Afdlin.

Artikel Berkaitan: Mira Fillzah Terkilan, Dua Pemimpin ‘Popular’ Negara Kecundang Pada PRU15

Dalam pada itu, Erma Fatima menerusi medium sama juga turut memuat naik tangkap layar artikel sebuah akhbar memaparkan situasi Malaysia, yang dibayangkan ‘hebat’ sekiranya PH bergabung dengan PN dan parti Sabah dan Sarawak.

Namun, menerusi ruangan kapsyen, pada hantaran tersebut, pelakon watak utama Mak Cun itu meragukan perkara itu.

Bagaimanpun, Erma juga menyatakan bahawa dia turut berdebar menantikan keputusan kerajaan baharu yang bakal diumumkan dalam masa yang terdekat ini.

“Yer ke? Tapi PN tak nk PH.  Sarawak tak nak PH, bagaimana? BN nak PH tak agaknya? Berdebar tunggu…,” tulisnya.

Manakala, pelakon veteran yang juga Chef Selebriti, Datuk Chef Wan pula mengulas berkenaan kekecewaanya terhadap situasi Pilihanraya di Malaysia.

“PH menewaskan PN dengan 1.2 juta undian popular. Jika PH tidak berpeluang untuk menubuhkan kerajaan, maka mandat rakyat telah dirompak semula.

“Kuasa sebenar kerajaan terletak di tangan pengundi. Bukan parti atau calon yang menang. Oleh itu, pengundi perlu diberi mandat untuk menubuhkan kerajaan,” katanya.

Melihat kepada perkara ini, Hijabista merasakan setiap rakyat Malaysia mempunyai pandangan dan pendapat masing-masing.

Walaupun terkadang bercanggah fahaman, namun itu tidak mematahkan semangat dan kecintaan kita sebagai satu bangsa Malaysia.

Hijabista berharap agar kerajaan yang baharu dapat ditubuhkan segera dengan barisan kepimpinan yang layak untuk menerajui tampuk kepimpinan negara kearah Malaysia yang lebih baik.

Sumber: Instagram Michael Ang, Afdlin Shauki, Erma Fatima dan Chef Wan

Artikel Berkaitan: Selain DS Wan Azizah, Ini Antara Calon Wanita Yang ‘Berjaya’ Raih Kerusi PRU-15

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Haifa Nasir