Berita

Penggemar Sukan SORAYA LARASATI Kongsi Cara Memilih Tudung Yang Sesuai Untuk Bersukan

Share

Bagi sis yang berhijab dan seorang yang mengamalkan gaya hidup aktif adalah penting untuk memilih pakaian yang sesuai.

Salah satunya ialah jenis tudung yang betul.

Kredit Foto: sorayalarasat1

Jangan hanya mementingkan pakaian kerana tudung yang dipakai pun perlu yang selesa untuk bersenam.

Selebriti dan peminat sukan, Soraya Larasati menyarankan kepada para hijabi agar memilih tudung khusus untuk bersukan.

Sejak 2019, Soraya Larasati telah mengambil bahagian dalam acara maraton di pelbagai negara. Salah satunya ialah Tokyo Marathon.

Menurutnya, pemilihan tudung yang sesuai untuk larian amat penting bagi menyokong keselesaan.

Kredit Foto: sorayalarasat1

Berikut adalah tips memilih tudung untuk bersukan menurut Soraya Larasati: –

Tudung Jenis Dry Fit
Elakkan memakai tudung biasa untuk bersukan. Menurutnya, untuk aktiviti bersukan atau berpeluh sebaiknya pakailah tudung jenis dry fit

.

“Sekarang ada banyak pilihan tudung dry fit,” kata Soraya Larasati.

Kredit Foto: sorayalarasat1

Dia menyatakan kini pelbagai jenama tempatan turut mengeluarkan tudung dry fit untuk sukan.

Mengapa anda memerlukan tudung dry fit?

“Tudung dry fit mempunyai teknologi untuk menyokong aktiviti sukan,” jelasnya.

Tudung dry fit juga mempunyai pori-pori dan bahannya mudah menyerap peluh.

Kredit Foto: sorayalarasat1

Walaupun terkena peluh, material dry fit juga mudah kering, menjadikan ia selesa dipakai.

Itulah nasihat Soraya Larasati. Maka, pastikan anda sebagai hijabi memakai tudung dry fit

untuk bersenam!

BACA JUGA: Hijab Sukan Yang Versatil, Pelengkap Pakaian Kasual Harian Anda. Labuh Dan Menutup Dada!

Published by
Amy Mohd