PIC: IG SELEBRITI

Teknologi ternyata jadi salah satu solusi terkini dari pelbagai brand kelas dunia untuk menghindari cetak rompak. Tindakan yang boleh merugikan industri fesyen hingga 10 peratus penjualan membuat mereka mencari cara untuk menjaga keaslian produknya. Hal ini juga dilakukan untuk mendidik pembeli agar lebih berhati-hati memilih barang tanpa pembaziran.

Dengan itu wujud satu teknologi dalam bentuk microchips yang mengandung radio frequency identification (RFID). Chip ini juga dilengkapi kod unik yang boleh di-scan untuk mendaftarkan barang yang dibeli melalui smartphone. Salah satu jenama yang sudah mengaplikasikan teknologi ini adalah Moncler di koleksi Spring Summer pada 2016. Sekiranya kod ini tidak dapat dikesan, ada kemungkinan barang yang dibeli adalah palsu.

Bukan hanya Moncler, dua tahun sebelumnya, Salvatore Ferragamo juga sudah menanamkan chips RFID pada koleksi pre-fall, ditampal pada kasut sebelah kiri. Selain itu, pelbagai item fesyen lain juga diberi chips seperti beg tangan dan koper, juga kasut lelaki dan pelbagai aksesori kulit.

PIC: Fashionista

Sebenarnya, teknologi ini tidak benar-benar baru. Walmart dan Marks & Spencer juga meletakkan RFID di tag untuk membantu mereka menyenaraikan item dan pengurusan mereka. Jadi, semua barang masuk dan keluar boleh dikesan sekiranya data yang dimiliki tepat.

Kesan penggunaan teknologi ini ternyata sangat bagus untuk penjualan. Jenama pakaian wanita yang berasal dari Jerman Gerry Webber yang memletakkan RFID mulai 2011 mengalami kenaikan penjualan kerana pengumpulan data yang tepat. Selain itu, pelbagai jenama lain juga boleh mengukur stok barang dan mencegah para supplier memproduksi stok cetak rompak yang dijual dengan bebas.

IKLAN

Industri barang mewah tentunya tidak mahu ketinggalan dalam hal ini. Mereka sedar bahawa teknologi boleh menangani cetak rompak, isu serius yang selalu jadi pemasalahan mereka. Beberapa negara di Eropah juga sudah mempratikkan penggunaan RFID agar barang yang dijual benar-benar asli dan boleh melindungi hak pembeli. Hebat Bukan?

Tip kenali beg tangan tangan asli dengan yang palsu

Hijabista juga berpendapat sekiranya penjenamaan Malaysia mengambil langkah yang sama seperti jenama antarabangsa. Tiada lagi isu jenama ‘fake’! Nah

PIC: IG selebriti

Nah, supaya kamu tidak mudah tertipu, berikut ini 11 tip membezakan beg tangan yang asli dengan beg tangan palsu menurut Amelia Masniari, seorang personal shopper yang juga penulis buku Miss Jinjing. Jom semak!

1. Bentuk Beg Tangan

Pertama anda mesti perhatikan adalah struktur beg tangan itu sendiri. Walaupun sama-sama diperbuat dari kanvas atau kain, beg tangan yang asli memiliki struktur yang sangat kukuh. Pola jahitan serta tulang rangkanya dijahit dengan pola double stitch dengan benang dua rangkap dan dijahit sebanyak dua kaki.

2. Tulisan ‘Made in’

Beg tangan Chanel asli biasanya memiliki tulisan made in Italy atau made in France. Jangan tertipu ya, barang asli tidak ditulis Made in Paris. Untuk model tertentu, seperti flapbag Chanel biasanya semuanya ditulis Made in France.

IKLAN

3. Protective metal base

Pada beg tangan yang berjenama asli, biasanya memiliki protective metal base pada bahagian dasar beg tangan yang fungsinya untuk mencegah beg tangan tidak mudah tergores. Beberapa jenama bahkan memiliki standard tertentu atau biasanya di emboss dengan logo dari jenama tersebut.

4. Number Siri

Number siri yang biasanya terdiri dari huruf dan angka ini tersembunyi di bahagian dalam beg tangan dan memiliki ertinya. Misalnya beg tangan bernumber seri LV SP0048 merupakan beg tangan yang dibuat pada bulan April tahun 2008. Untuk menyemak keaslian number siri, kamu boleh mengunjungi http://purseblog.com, www.mypoupette.com atau www.caroldiva.com.

5. Pembungkus Beg tangan

Dustbag (pembungkus beg tangan) biasanya memiliki bahan dengan tekstur yang halus serta berukuran lebih besar dari beg tangan. Jika kamu menemukan beg tangan dengan dustbag yang ukurannya sama seperti beg tangan yang dijual, sebaiknya batalkan niatmu membeli ya? Selain itu, dustbag produk asli biasanya disertai lap pembersih di setiap sarungnya.

6. Pelapis dalam

Salah satu yang yang jadi perhatian anda saat memilih beg tangan adalah dengan memerhatikan pelapis beg tangan bahagian dalam. Misalnya, kain pelapis pada beg tangan Prada atau Gucci biasanya bermotif logo dan nama jenama di mana setiap musim memiliki motif yang berbeza-beza.
Kamu juga perlu mengenal pasti logo serta bentuk huruf dari jenama tersebut, kerana yang palsu sangat jauh berbeza bentuk dari yang asli.

7. Resleting

Kamu juga boleh memerhatikan bahagian zipper atau resleting. Produk asli memiliki bahan yang cenderung agak kasar dengan kait yang di emboss dengan logo dari jenama tersebut. Bahkan setiap musim berganti, biasanya selalu diikuti dengan perubahan bentuk atau model resleting.

IKLAN

8. Tag

Setiap barang berjenama biasanya memiliki tag atau label yang berbentuk seperti kad kredit yang berhologram atau timbul. Beberapa jenama tertentu seperti Gucci, Chanel, atau Louis Vuitton biasanya juga disertakan bekas kecil yang berisi informasi mengenai jenis beg tangan dan cara perawatannya. Kalau tiada, sebaiknya batalkan niat anda untuk membeli ya!

9. Warna kulit

Kamu boleh membezakan mana beg tangan asli mana yang merupakan produk palsu juga boleh dari warna kulitnya. Meski sama memiliki warna hitam, kepekatan warna produk asli sangat sulit untuk dipalsukan.

10. Harga barang

Seperkara ini memang tidak dapat nak tolong! Jangan pernah percaya kalau ada store atau butik yang menjual beg tangan berjenama asli dengan harga 30 peratus di bawah harga yang sebenar.

Asal kamu tahu, beg tangan berjenama seperti Louis Vuitton (LV) tidak pernah diskaun di outlet rasminya, kecuali potongan harga khusus bagi pekerjanya itu pun tidak selalu diberikan setiap saat. Jenama Chanel di Asia pun jarang sekali memberikan diskaun kepada pembeli, kalau pun ada diskaun biasanya diberikan untuk barang yang sudah out of season.

11. Pergi ke outlet rasmi

Cara terakhir, kamu boleh membawa beg tangan berjenama anda ke outlet rasmi dari jenama tersebut. Biasanya mereka menyediakan khimat professional untuk mengetahui barang yang kamu miliki benar-benar produk asli atau palsu.

Selamat membeli-belah sistur!

Sumber: BRILIO

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI