Penggemar Asam, Elak Beli 3 Produk Ini Kerana Disahkan Bahaya Pada Kesihatan. Juga Jadi Penyebab Kanser!

Share

Memang menjadi tabiat kaum wanita yang gemar makan asam atau jeruk sebagai kudapan terutama ketika sedang membuat kerja. Namun sebenarnya ada antara produk makanan asam yang digemari ini merbahaya kepada kesihatan. Malah KKM sendiri turut mengeluarkan amaran tentang betapa bahaya produk makanan jenis ini.

Jadi bagi mereka yang gemar makan asam, pastikan tidak mengambil tiga produk yang diberitahu ini bagi mengelak sebarang masalah kesihatan. Malah siasatan pihak KKM mendapatu pengeluar produk ini adalah palsu.

Jadi diingatkan agar orang ramai tidak membeli produk ini dan jika nampak dijual di pasaran mohon agar maklumkan kepada Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan dan pejabat kesihatan tertera bagi tujuan rampasan dan pelupusan.

Maah bagi mereka menjual atau mengedar tiga produk ini dianggap satu kesalahan di bawah seksyen 13(B)(2) Akta Makanan 1983 yang boleh didenda RM20 ribu atau penjara tidak kurang 5 tahun jika sabit kesalahan atau kedua-duanya sekali.

AMARAN KKM TENTANG PRODUK MAKANAN MERBAHAYA KESIHATAN

Pihak Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman ingin mengeluar amaran KKM tentang penjualan produk makanan yang didapati membahaya kesihatan.

Nama produk: 
1. ASAM CELAGI SIRA BOTOL mengandungi siklamat (Kelantan)
2. ASAM MANGGA SIRA BOTOL mengandungi siklamat (Kelantan)
3. NATURAL DRIED SEAWEED mengandungi Kadmium (Perak)
Rujuk Gambar dan maklumat produk disertakan

Produk ini telah diambil sampel dan analisa makmal mendapati mengandungi *siklamat* sejenis pemanis tanpa zat dan *Kadmium* yg boleh beri kesan kepada kesihatan

Siasatan pihak KKM mendapati maklumat pengeluar produk ini adalah PALSU. Orang awam yang mengesan produk ini dijual di pasaran dipohon tidak membeli dan perlu memaklumkan kepada Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman di talian 09-8504243 bagi tujuan rampasan dan pelupusan.

Mana-mana orang yang menjual atau mengedar produk ini adalah menjadi satu kesalahan di bawah seksyen 13(B)(2) Akta Makanan 1983.. Sabit kesalahan boleh di denda RM 20,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya. 

Harap maklum. Terima kasih.

Rentetan dari posting ini oleh laman facebook PQ Community telah mendapat maklum balas dari netizen apabila mendapat lebih 8 ribu butang share serta 2 ribu lebih butang komen dan suka.

Pihak PC Community juga turut memberi penjelasan lanjut mengenai perkara ini. Juga kesan sampingan jika makan produk yang mengandungi bahan Siklamat sebagai pemanis tanpa zat yang boleh mengundang penyakit kanser.

MAKLUMBALAS ISU 3 PRODUK MAKANAN AMARAN BAHAYA KESIHATAN

Terima kasih keatas semua pelayar FB Mysihat diatas keperihatinan dan komen anda semua. Berikut adalah penjelasan admin bagi pencerahan semua.

1. Amaran kesihatan ke atas 3 produk ini dibuat oleh pihak Keselamatan & Kualiti Makanan (BKKM) KKM bagi tindakan di seluruh Malaysia. Makluman ini dibuat secara proaktif khususnya kepada pengguna di Daerah Kemaman dan tindakan juga di buat di daerah2 lain di seluruh Malaysia mengguna pelbagai kaedah pendekatan masing-masing.

2.Persempelan makanan merupakan salah tugas utama yg dijalankan oleh BKKM di seluruh Pejabat Kesihatan Daerah bagi mempastikan semua makanan yg dijual dipasaran adalah selamat. Semua makanan akan dibuat sample secara berjadual dan perancangan tahunan. 3 sample yang terlibat ini diambil secara rasmi pegawai berkuasa yg menjalan persempelan makanan rutin ke atas makanan ini dan dihantar ke makmal mendapati ia positif dengan Siklamat dan Kadmium.

3. Makanan ini dikesan melalui sampel yang dibuat di Kelantan dan Perak. Semua pelanggaran akan diambil tindakan mahkamah keatas pengilang /pengimport berdasarkan label pengeluar/pengimport

“Salah satu strategi yang digunakan oleh segelintir pengeluar (pengilang) adalah penipuan dengan menggunakan alamat palsu pada label produk makanan mereka. Ini bagi menyukarkan pihak berkuasa mengesan dan mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka yang terbabit.

Bagi produk ini pula, ia juga masih dalam siasatan pihak KKM termasuklah untuk mengenalpasti pengimport /pengeluar/pengilang yang terlibat.”

4. Siklamat adalah pemanis tanpa zat yg 30-50 kali manis daripada gula biasa.Manakala Kadmium, cemaran logam yg boleh ada secara semulajadi atau pencemaran dalam proses penyediaan makanan. Kedua produk ini tidak dibenar hadir dalam makanan dan ia menyalahi peraturan 133(3) dan 38 (1A) Peraturan -Peraturan Makanan 1985

5. Siklamat boleh memberi risiko kanser Ia biasanya dapat memberi kesan jangka panjang terutama penyakit kanser.


https://healthyeating.sfgate.com/side-effects-sodium…

Manakala Kadmium: boleh sebabkan toxicity pada manusia. https://www.fda.gov/…/foodborneillne…/metals/default.htm

6. Amaran ini HANYA merujuk kepada BATCH dan PRODUK yang tertera sahaja yang khusus kepada produk yang dianalisa makmal. Produk lain atau batch yang berbeza adalah tidak berkaitan. Namum pihak kami menasihatkan pengambilan makanan seumpama ini adalah tidak sesuai untuk kesihatan terutama kandungan penggunaan bahan pengawet, pemanis dan pewarna yg tidak diketahui statusnya.

7. Orang ramai yang telah mengambil makanan terutama daripada jenama dan batch tertera dinasihatkan hentikan serta merta kerana ia memberi kesan jangka pangjang terhadap kesihatan.

8. Penjual dan pengedar dinasihatkan memberhentikan penjualan makanan ini. Pihak berkuasa Pejabat Kesihatan boleh mengambil tindakan terhadap mana-mana orang yang masih menjual produk ini. Sabit kesalahan boleh di denda sebanyak RM 20K atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya di bawah Akta Makanan 1983.

Layari FB Mysihat untuk mendapat berita-berita dan info kesihatan terkini.

Sekian terima kasih.
Admin Mysihat

 

Published by
Siti Zurina