Kalau dah namanya perempuan, anda tentu suka makan aiskrim kan? Lagi-lagi bila stress. Terus rasa tenang dan gembira. Di pasaran, terdapat pelbagai jenama dan perisa aiskrim yang boleh anda dapatkan.
Menariknya, perisa aiskrim kegemaran juga boleh menggambarkan personaliti seseorang individu. Mungkin anda kerap merasa perisa aiskrim yang terbaru tapi pasti ada satu yang menjadi kegemaran anda.
Jom bongkar peribadi anda berdasarkan perisa aiskrim yang anda suka.
Mungkin aiskrim ini biasa-biasa sahaja pada anda, tapi individu yang sukakan aiskrim ini ternyata seorang yang berperibadi mulia, sederhana, suka memberi pendapat dan berani mengambil risiko terhadap idea yang diberikan.
Penggemar aiskrim ini dikatakan seorang yang boleh bertoleransi, setia, berfikiran logik dan bijak. Selain itu, anda juga dikenali sebagai seorang yang introvert.
Anda yang sukakan aiskrim coklat dikategorikan sebagai seorang yang menggoda. Anda juga seorang yang lincah dan punya aura yang cukup memukau.
Seorang yang bercita-cita tinggi, yakin pada diri, seorang yang berjimat cermat dan bijak mempertahankan diri.
Anda dikatakan seorang yang agresif dan memikat. Selain itu, anda juga merupakan seorang pendengar yang baik dan fokus pada tujuan.
Anda seorang yang periang, dan bersemangat dalam menjalani kehidupan anda. Anda tidak terlalu memikirkan masa hadapan dan hanya enjoy apa yang terjadi pada hari ini.
Peminat aiskrim vanila dengan kepingan coklat adalah seorang yang murah hati, berwibawa dan rajin bekerja.