Jika anda peminat setia tudung bawal, anda mesti tahu jenama tudung popular iaitu Tudung Ruffle dan pengasasnya yang cantik iaitu Hanis Arif atau lebih dikenali sebagai @nononesss di instagramnya. Jika dilihat di instagramnya, Hanis tetap kekal aktif dengan dunia perniagaannya walaupun kini sedang berbadan dua dan langsung tidak menjadikannya sebagai halangan untuk terus berjaya.
Baru-baru ini, dia ada berkongsi tips hamil di instagramnya untuk tatapan semua. Ternyata tips yang diberikan sangat bermanfaat dan bukan hanya perlu dilakukan apabila bergelar isteri sahaja, namun kita juga sudah boleh berusaha sebelum mendirikan rumah tangga lagi. Mari kita ikuti perkongsiannya.
Perkongsian Hanis ini sememangnya membuka mata kita untuk sentiasa berusaha dan berharap kepada Allah untuk mendapatkan apa yang dihajati. Tak salah untuk kita mencuba asalkan sentiasa berada di landasan yang betul. Semoga Hanis dan kandungan sentiasa sihat selalu. Tak sabar melihat anak yang bakal lahir nanti. Pasti akan comel seperti ibunya juga!