Pelakon dan juga pengarah filem Prof. Dr Azhari Zain yang kembali ke rahmatullah dan menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 12.05 malam tadi akibat serangan angin Ahmar telah selamat dikebumikan sebentar tadi.
Menurut Setiausaha Agung Seniman Malaysia, pelakon itu meninggal dunia setelah sembilan bulan terlantar kerana menghidap penyakit sama.
Arwah Meninggal Dunia Pada Usia 50 Tahun
Seniman berkata, arwah meninggal dunia di Sunway Alam Suria, Shah Alam, Selangor iaitu rumah kediaman milk keluarganya.
Setelah dimandikan dan disempurnakan di Masjid Ar-Raudhah, Seksyen U10, Shah Alam, jenazah telah selamat disemadikan di di Tanah Perkuburan Islam Jalan Paip Meru, Klang, Selangor.
Ads
Terdahulu, Azhari dikhabarkan telah diserang strok sehingga terpaksa dirawat di hospital kerana mengalami fasa kritikal kerana mempunyai pendarahan di kepala sehingga mengakibatkan saluran darah dalam otak tersumbat.
Ini sekaligus telah melumpuhkan pergerakkan badan termasuklah tidak mampu untuk berkomunikasi.
Bagaimanapun, setelah berada di dalam pemantauan doktor selama tiga bulan, dan kembali stabil, Azhari telah dibenarkan pulang ke rumah.
Meskipun mempunyai pergerakkan terhad, iaitu menggunakan isyarat mata sahaja, allayarham Azhari tetap positif dan bersemangat meneruskan kehidupan. Namun, keadaan kesihatannya mulai merundum sejak minggu lepas.
Sebagai rekod, Azhari mula berkecimpung dalam dunia seni dengan memulakan kerjaya penerbitan pada 2004.
Beliau kemudiannya diberi kepercayaan sebagai penulis skrip dan pelakon pembantu filem. Antara filem yang oernah dibintanginya adalah Tangkai Jering, Potret Mistik, Anak Mami Kembali, Nana Tanjung, Otai dan Duyung.
Selain bergiat aktif di hadapan layar, Azhari juga kerap membantu di beberapa produksi di belakang tabir, antara produksi yang mendapat sentuhan tanganya adalah filem Santau, Zoo, Hantu Dalam Botol Kicap, Mantra, Flat 3A, Seram Sejuk, Salam Cinta, Minyak Dagu, Sabda Kekasih, Hantu Kelima dan Siku 12: Langkah Derhaka.
Ads
Selepas itu, Allahyarham Azhari melebarkan sayapnya dalam bidang pendidikan dengan mencurahkan ilmu sebagai Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar di Fakulti Filem, Teater dan Animasi di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan telah mengarahkan sebanyak 20 filem.
Bila dah meningkat usia ni, pasti ramai yang takut untuk nampak tua dari usia. Lebih-lebih lagi kaum wanita. Orang kata, bila nampak tua, susah sikit untuk mencari pasangan. Kalau yang dah berpasangan pun, risau juga jika nampak tua, takut-takut pasangan mencari yang nampak muda! Alamak!
Usah risau..bukan sahaja dengan pemakaian produk, tetapi rutin harian yang tepat juga membantu untuk menjadikan anda nampak muda dari usia. Barulah cantik macam artis!
Minum air kosong
Memang dari kecil kita tahu tentang kebaikan air kosong ni. Bukan sahaja bagus untuk kulit tetapi ia juga bagus untuk aspek dalaman tubuh badan. Tak susah pun untuk amalkannya! Untuk wajah yang awet muda, disarankan untuk minum 8 hingga 10 gelas sehari bersamaan 2 sehingga 2.5 liter. Lagi bagus kalau bangun tidur awal-awal pagi, tanpa gosok gigi terus pergi minum air kosong dalam segelas dua.
2. Tidur secukupnya
Bukan sahaja dapat menjadikan minda sihat, malah tidur yang cukup amat penting untuk memberi kesegaran kepada tubuh badan. Ramai juga tahu bahawa tidur yang cukup dapat mengurangkan masalah jerawat. Malah, ia juga membantu untuk menjadikan anda nampak lebih muda! Ini adalah kerana tidur yang cukup dapat memberi rehat yang secukupnya.
3. Kekal aktif
Tidak kiralah samaada anda pergi ke gim, membuat senaman di rumah mahupun di pejabat, ia membantu anda untuk tampak lebih muda! Senaman seperti berlari, zumba, yoga ataupun berjalan kaki merupakan antara senaman yang amat disarankan untuk mengeluarkan peluh. Tidak perlu melakukan senaman yang berat jika anda tidak mempunyai masa. Cukup sekadar anda bergerak aktif dan mengeluarkan peluh. Seminggu 3 kali pun sudah mencukupi! Tak perlu tiap-tiap hari.
4. Jangan lupa krim malam
Sebelum tidur, selepas membasuh muka, pastikan anda menyapu krim malam di wajah anda. Ini adalah kerana krim malam dapat mengakfitkan sel-sel kulit untuk menghilangkan segala kesan kedutan di wajah. Jika selalu diamalkan ia mampu untuk menjadikan wajah anda tampak muda dari usia!
5. Ulam-ulaman
Pemakanan juga memainkan peranan penting untuk memastikan wajah sentiasa nampak segar, sihat dan muda. Jangan dilupakan nasihat orang tua kita tentang kebaikan memakan ulam-ulaman seperti petai, timun, peria, dan juga kacang panjang. Bukan sahaja bagus untuk aspek dalaman, malah ia membuatkan kulit kita lebih berseri-seri! Jadi, setiap kali nak makan tu, pastikan anda mengambil ulam-ulaman ini ya!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Kulit wajah yang cerah, bersih dan berseri sememangnya menjadi idaman ramai kaum wanita. Untuk mendapatkna kulit wajah yang sihat dan berseri tentunya memerlukan penjagaan yang rutin.
Selain mengggunakan produk perawatan wajah yang sedia ada di pasaran, kita juga boleh menggunakan bahan-bahan semula jadi untuk dijadikan rejim kecantikan. Sebenarnya banyak bahan-bahan semula jadi di persekitaran kita yang boleh dijadikan rejim untuk merawat kecantikan.
Berikut perkongsian Fyza Shah yang boleh dijadikan amalan.
Kulit sangat tenang, nyaman selesa. Cerah dari biasa.
Bila cuaca panas, tekak kita akan cepat rasa haus. Sama ja dengan keadaan kulit kita, akan hilang air dengan lebih mudah dan buat kulit jadi lebih kering.
Jadinya kak Fyza buat #masker_sejuk yang boleh digunakan untuk tambah semula kandungan air pada kulit. Mampu buat kulit tenang -tenang saja.
Hanya guna tiga bahan dapur ini, kulit korang akan rasa sejuk dingin dan segar.
OAT
Kandungan ‘saponin’ dalam oat bantu singkirkan kotoran dalam pori. Bersifat anti radang dan menyembuh.
Lemak dalam oat sangat berguna untuk melembapkan kulit.
Vitamin A dalam oat boleh mencerahkan tompokan hitam pada wajah, dan parut jerawat. Juga berkesan untuk mencerahkan kulit akibat kesan sunburn
TIMUN
Vitamin C dan caffeic acid keduanya akan melegakan kulit yang sedang iritasi atau luka-luka kecil dan kurangkan bengkak pada kulit. Yang ada jerawat aktif tu elok sangat tau pakai timun ni. Kuranglah bengkak-bengkak jerawat tu.
Ia menyejuk, mengurang lingkaran hitam bawah mata dan mereda kantung mata.
Kandungan air dalam timun yang sangat tinggi, menambahkan kandungan air pada kulit kita. Kulit jadi segar, anjal dan lebih sihat.
.
LEMON
Kaya vitamin c, mencerahkan kulit. Haluskan pori kulit.
Campur dan kisar sampai jadi pes. Pakai di muka 15 minit, bilas dengan air sejuk biasa.
Amalkan selalu dan anda akan nampak hasilnya. Paling utama petua semula jadi ini tidak meninggalkan kesan sampingan sebaliknya menjadikan kulit wajah segar dan berseri.
Sumber kredit: Fyza Shah
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Di pejabat, perhatian sering terganggu oleh sesuatu. Sama ada kerana arahan secara tiba-tiba, tiba-tiba pihak atasan marah dan rakan sekerja yang menjengkelkan. Perkara-perkara ini sering menyebabkan anda berada dalam mood yang tidak baik di tempat kerja. Mood pasti mempengaruhi bagaimana kerja berjalan pada hari itu.
Menangani emosi juga penting dalam dunia pekerjaan.Satu silap langkah, mood buruk yang anda rasa sebenarnya membuatkan anda kehilangan diri sendiri. Berikut ialah beberapa cara untuk menangani mood yang tidak baik di tempat kerja di pejabat.
Jika anda tidak dapat mengawal emosi anda, satu-satunya cara untuk mengatasi mood buruk di tempat kerja ialah mencari tempat yang tenang di pejabat. Anda boleh mencari di sana untuk perkara yang akan membuat anda melupakan mood buruk anda.
Contohnya bumbung pejabat, kafe terdekat atau sekadar tempat berehat di pejabat. Cuba elakkan orang supaya kau tak banyak cakap.
Lebih Baik Diam Seketika
Mereka berkata diam adalah emas. Ia boleh menjadi sempurna apabila anda berada dalam mood yang tidak baik. Menyebut ayat atau bercakap dengan rakan sekerja sering membangkitkan emosi. Berdiam diri selama beberapa saat untuk mengawal kerengsaan anda.
Apabila anda berasa lebih baik, anda boleh berkomunikasi dengan orang di sekeliling anda.
Cari Mood Booster
Apabila anda berada dalam mood yang tidak baik, tidak ada salahnya mencari penambah mood. Anda boleh membeli coklat atau makanan yang akan menggembirakan anda. Walaupun ia agak biasa, kami menjamin bahawa ia akan membantu anda menangani mood yang tidak baik di tempat kerja.
Jangan lupa kongsi dengan rakan anda jika anda membeli lebih banyak!
Cari Aktiviti Selain Kerja
Anda mencari aktiviti di luar kerja yang boleh anda lakukan walaupun anda berada dalam mood yang tidak baik. Anda boleh keluar sebentar untuk berjalan di koridor pejabat atau hanya merenung pemandangan dari tingkap, menonton rancangan TV atau menonton video muzik di YouTube.
Aktiviti ini juga dianggap berkesan kerana pada masa ini perhatian anda terganggu daripada apa yang anda lihat.
Tarik Nafas Dalam-Dalam
Cara paling mudah untuk menangani mood yang tidak baik di tempat kerja ialah dengan menarik nafas dalam-dalam. Ia lebih mudah kerana anda tidak perlu ke mana-mana dan melakukan apa-apa. Tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan perlahan-lahan untuk membuat anda berasa lebih santai. Lakukan ini beberapa kali sehingga anda lebih baik daripada sebelumnya.
Bukan mudah untuk mengubah mood yang tidak baik di tempat kerja. Untuk membuat diri anda lebih gembira, cuba rancang aktiviti yang lebih menyeronokkan. Sebagai contoh, anda merancang aktiviti pada hujung minggu dengan menganjurkan kelas membuat bunga atau mengadakan barbeku bersama rakan-rakan.
Saya harap tips di atas adalah langkah selamat untuk mengurangkan bad mood kita di tempat kerja, ok!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...