Betullah kata orang kalau dah jodoh pasti tidak ke mana. Pelbagai cara Tuhan akan menemukan sesebuah pasangan itu. Seperti pasangan ini yang tidak sangka berjodoh apabila berkenalan ketika menjadi pengapit pengantin walaupun tidak kenal antara satu sama lain pada mulanya. Comelnya!
Nur Adila yang telah selamat melangsungkan pernikahannya baru-baru ini telah berkongsikan kisahnya apabila menjadi ‘bidang terjun’ sebagai pengapit pengantin kepada rakannya. Di situlah dia bertemu suaminya iaitu Muhd Izzat Hilmi.
Alhamdulillah.. Selesai semuanya.. Pertama sekali jutaan terima kasih buat keluarga tercinta.. Terima kasih juga buat suami dan rombongan keluarga.. Tidak lupa ucapan Terima kasih buat sahabat, tetamu dan semua yang sudi hadir ke majlis kami.. Terima kasih juga atas ucapan dan doa yang baik2 buat kami.. Maaf andai ada terkurang di mana mana sepanjang majlis berlansung.. Maaf juga andai tak mampu melayan semua tetamu yang hadir
?? Terima kasih untuk semuanya..
Betul la orang kata kalau jadi pengapit ni lepastu mesti kahwin..
8/9/2018 – pengapit terpaksa yg tak kenal satu sama lain dah selamat pun jadi suami isteri
kredit : Facebook Nur Adila