Betullah kata orang kalau dah jodoh pasti tidak ke mana. Pelbagai cara Tuhan akan menemukan sesebuah pasangan itu. Seperti pasangan ini yang tidak sangka berjodoh apabila berkenalan ketika menjadi pengapit pengantin walaupun tidak kenal antara satu sama lain pada mulanya. Comelnya!
Nur Adila yang telah selamat melangsungkan pernikahannya baru-baru ini telah berkongsikan kisahnya apabila menjadi ‘bidang terjun’ sebagai pengapit pengantin kepada rakannya. Di situlah dia bertemu suaminya iaitu Muhd Izzat Hilmi.
Alhamdulillah telah selamat bernikah!
Alhamdulillah.. Selesai semuanya.. Pertama sekali jutaan terima kasih buat keluarga tercinta.. Terima kasih juga buat suami dan rombongan keluarga.. Tidak lupa ucapan Terima kasih buat sahabat, tetamu dan semua yang sudi hadir ke majlis kami.. Terima kasih juga atas ucapan dan doa yang baik2 buat kami.. Maaf andai ada terkurang di mana mana sepanjang majlis berlansung.. Maaf juga andai tak mampu melayan semua tetamu yang hadir
?? Terima kasih untuk semuanya..
Kalau nak cepat bertemu jodoh, cuba jadi pengapit pengantin!
Betul la orang kata kalau jadi pengapit ni lepastu mesti kahwin.. 2/12/2017 – gambar masa terpaksa jadi pengapit bidang terjun sebab gantikan pengapit asal yg tak dapat datang last minute.. time ni tak kenal pun..
8/9/2018 – pengapit terpaksa yg tak kenal satu sama lain dah selamat pun jadi suami isteri P/s : Buat sesapa yg nak cari jodoh cuba jadi pengapit kawan kawan.. Mana taw berjodoh macam kami
kredit : Facebook Nur Adila
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dah Tak Ada Masa Untuk Rehatkan Diri, Kenapa Seksa Mental Anda Sebegitu Teruk…
Pasti dalam seminggu akan ada hari-hari yang anda menghadapi masalah seperti cepat lesu dan kurang fokus pada hari itu. Banyak kerja tergendala dan anda hanya mengeluh dan termenung sahaja.
Apakah kita sudah mulai menghadapi masalah seperti tiada hala tuju? Apakah mungkin stres di tempat kerja membuatkan lagi emosi terganggu?
Artikel berkaitan: Pernah Alami Stress, Ini ‘Confession’ Siti Nurhaliza Bagaimana Dia Tanganinya
Penat mental lagi teruk dari fizikal
Kehidupan adalah suatu medan peperangan untuk kita yang banyak pancaroba. Ada kalanya, semua berjalan dengan sangat baik, tetapi tidak setiap masa perkara akan jadi seperti yang kita inginkan.
Ramai yang terjejas dengan masalah tekanan mental yang mengganggu kehidupan mereka seharian. Ini kerana kebanyakan dari kita sering ‘menekan’ dan ‘memaksa’ diri untuk lakukan sesuatu benda yang terpaksa kita tempuhi.
Jadi sudah tentu anda ingin tahu apakah tanda-tanda mereka yang sering alami masalah penat mental ini bukan? Di sini kami senaraikan beberapa ciri yang ada pada seseorang yang menghadapi masalah ini.
Cepat meluat dan menjengkelkan
Anda sering rasa perkara yang remeh-temeh itu sangat tidak bermanfaat dan membuang masa. Jadi kebiasaannya, anda akan memberikan reaksi yang negatif dan cepat mengeluh apabila anda yang menganggu.
Sentiasa kurang waktu dan lambat
Masa seolah-olah cepat sahaja berlalu, anda pula terpaksa berkejaran. Bahkan, anda pula tidak punyai masa untuk menenangkan diri sendiri dan lakukan hobi yang anda minat. Jadi masa itu hanya berlalu pantas sahaja tanpa anda sedari dan telah bazirkan sejumlah yang banyak.
Sentiasa rasa diri ini kurang dan tiada keyakinan diri
Setiap apa yang anda lakukan pasti akan jadi masalah–itulah tanggapan anda buat diri sendiri. Tidak rasa yakin dan percaya pada diri kerana anda tahu ia akan salah dan tetap salah. Persoalan pada diri sering menikam seperti, “adakah aku baik”, “Kenapa aku selalu buat salah”, dan sebagainya yang boleh mengacau fikiran dan emosi.
Susah untuk tidur
Setelah penat menjalani kehidupan seharian, anda tidak pula dapat melelapkan mata dan rehat sepenuhnya. Ini semuanya kerana terlalu sangat memikirkan hal-hal yang menjadi kegusaran buat anda.
Kerap alami masalah anxiety yang melampau
Terlalu bimbang akan perkara yang belum tentu terjadi, meski pun ia hanya sekecil-kecil perkara. Anda kerap berfikir dan terus berfikir tanpa memberi ruang untuk merehatkan diri seketika. Fikiran anda akan mulai kusut dan tidak boleh nak berfikir secara rasional sehinggakan diri tidak terurus.
Artikel berkaitan: Sedih Dan Stres Sepanjang Hari, Cuba Dengar Lagu Untuk Gembirakan Hati Yang Luka
Menangis tanpa sebab
Kadang kala, anda dengan secara tiba-tiba menitiskan air mata dan rasa seolah-olah kosong. Tanpa penjelasan yang kukuh, anda alami rasa sakit itu sendiri dan kepenatan yang anda harus tanggung.
Secara kesimpulannya, anda perlukan rehat, kenapa rehat? Salah satu punca utama adalah anda kurang memberikan ruang untuk diri anda rehat dari berfikir, membuat kerja, bahkan anda memaksa diri untuk lakukan perkara yang tidak diingini. Kami harap anda rehat secukupnya dan jumpa bersama pakar psikatris atau kaunseling untuk bantu dengan lebih mendalam.
Sumber: Diva.my
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Instafamous Adira Salahudi Selamat Bernikah, Kongsi Kisah Lucu Saat Mula Kenal Suami Di Twitter
Baru- baru ini, instafamous iaitu Adira Salahudi telah bergelar seorang isteri kepada suaminya yang tercinta iaitu Ammar Azizan. Kelihatan sungguh cantik di hari bahagianya, Adira yang juga seorang ahli perniagaan sempat berkongsi kisah cinta sewaktu mula-mula berkenalan dengan suami.
Bertemakan warna pink lembut bagi majlis resepsi, Adira yang berasal dari Terengganu telah selamat bernikah dengan jejaka pilihan hatinya dengan hanya sekali lafaz.
View this post on InstagramA post shared by 𝐀𝐃𝐈𝐑𝐀 𝐒𝐀𝐋𝐀𝐇𝐔𝐃𝐈 (@adirasalahudi) on
View this post on InstagramA post shared by 𝐀𝐃𝐈𝐑𝐀 𝐒𝐀𝐋𝐀𝐇𝐔𝐃𝐈 (@adirasalahudi) on
Cantiknya Adira! Kalau dah cantik tu, pakai apa pun cantikkan?
View this post on InstagramA post shared by 𝐀𝐃𝐈𝐑𝐀 𝐒𝐀𝐋𝐀𝐇𝐔𝐃𝐈 (@adirasalahudi) on
Berkongsi kisah mereka berkenalan, rupa-rupanya Adira memaklumkan bahawa mereka mula berkenalan di laman sosial Twitter. Namun, pada ketika itu Adira agak keberatan untuk memberikan nombor telefonnya. Jual mahallah katakan… Hahaha!
View this post on InstagramA post shared by 𝐀𝐃𝐈𝐑𝐀 𝐒𝐀𝐋𝐀𝐇𝐔𝐃𝐈 (@adirasalahudi) on
Walaupun sukar untuk mendapatkan nombor Adira, nampaknya Ammar tidak mengalah untuk memenangi hati gadis idamannya itu.
View this post on InstagramA post shared by 𝐀𝐃𝐈𝐑𝐀 𝐒𝐀𝐋𝐀𝐇𝐔𝐃𝐈 (@adirasalahudi) on
Comel sekali kisah mereka berdua ini. Moga pernikahan ini berkekalan hingga ke Jannah. Amin! Kalau sis nak tahu lagi sambungan kisah mereka, bolehlah ikuti Adira di laman instagramnya, @adirasalahudi.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Walau Sarat Hamil LESTI KEJORA Tampil Anggun Di Anugerah Muzik Indonesia 2024, Raih 3 Anugerah!
Anugerah Muzik Indonesia 2024 menjadi saksi kejayaan Lesti Kejora, yang sekali lagi menunjukkan kekuatannya dalam industri muzik dangdut Indonesia. Dalam acara berprestij ini, Lesti berjaya memenangi tiga anugerah sekali gus mengesahkan kedudukannya sebagai salah seorang penyanyi terkemuka di Indonesia.
Pada malam Anugerah Muzik Indonesia 2024, Lesti Kejora mencatatkan pencapaian cemerlang dengan memenangi tiga trofi sekaligus. Anugerah yang dimenanginya termasuk kategori Penyanyi Dangdut Terbaik, Lagu Dangdut Terbaik untuk lagu “Sekali Seumur Hidup,” dan Klip Video Terbaik.
Tampil Anggun Walau Sarat Hamil
Penampilan Lesti pada malam itu sangat istimewa. Lesti kelihatan anggun dengan kehamilannya yang semakin terserlah. Detik gembira itu bukan sahaja menjadi tumpuan malah turut menjadi bualan di media sosial.
Lesti berkongsi rasa gembiranya menerusi muat naik di akaun Instagram peribadinya yang segera mendapat sambutan positif daripada peminat dan rakan sekerja dalam industri muzik.
Dalam muat naik ini, Lesti kelihatan bahagia bersama suami tercintanya Rizky Billar serta beberapa rakan karibnya seperti Dul Jaelani, Tissa Biani, dan Raffi Ahmad.
Respon Positif Peminat
Kejayaan Lesti Kejora di Anugerah Muzik Indonesia 2024 turut menjadi bualan hangat peminat. Sokongan yang diberikan oleh peminat dan rakan-rakan artis lain menunjukkan betapa bangganya mereka terhadap perjalanan karier Lesti Kejora yang cemerlang.
Anugerah yang dimenangi Lesti bukan sahaja menjadi lambang pencapaian peribadi, malah menambah rekod sejarah karier seninya yang cemerlang. Ternyata, Lesti Kejora terus memberi inspirasi dalam industri muzik Indonesia.
Dalam kapsyen muat naiknya, Lesti menulis: –
“Alhamdulillah, terima kasih atas penghargaan. Semoga ini menjadi motivasi untuk terus bekerja. Terima kasih juga kepada keluarga dan rakan-rakan yang sentiasa menyokong saya.”
Respon Peminat
Tulisan Lesti Kejora berjaya mendapat lebih satu juta tanda suka dan ribuan komen peminat yang memberikan sokongan serta ucapan tahniah.
Kesimpulannya, Lesti Kejora bukan sahaja berkongsi kegembiraan malah memberi inspirasi kepada ramai orang untuk terus bekerja dan menghargai sokongan orang terdekat.
BACA JUGA: Hamil Anak Kedua LESTI KEJORA Buat Kejutan, Kit Ujian Kehamilan ‘Hadiah’ Untuk Harijadi Suami
BACA JUGA: 6 Tahun ‘Struggle’ Dalam Pengajian LESTI KEJORA Kini Lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Komunikasi
Kejayaan Lesti memenangi tiga anugerah itu mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai salah seorang penyanyi dangdut terkemuka di Indonesia. Dengan bakat dan dedikasinya, Lesti terus memberikan sumbangan besar kepada industri muzik tanah air.
Lesti Kejora turut menjadi inspirasi ramai pemuzik muda di Indonesia. Pencapaiannya pada Anugerah Muzik Indonesia 2024 adalah bukti jelas kerja keras dan komitmennya terhadap dunia muzik.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI