Proses akad nikah memang boleh jadi saat yang paling mendebarkan buat seorang lelaki. Namun, berbeza pula keadaannya buat wanita ini apabila walinya tersebut nama kembarnya pula sewaktu lafaz akad nikah. Alamak, gemuruh kejap!
Telah mendapat lebih lapan ribu ulang kicau di Twitter, video yang dikongsikannya itu mendapat perhatian ramai warganet yang terhibur melihat reaksinya yang ‘panik’ di saat wali iaitu datuknya tersalah sebut namanya iaitu Amira Farra kepada Amira Sara yang merupakan kembarnya.
Bila wali kau umur 84, and kau pulak kembar nama dekat dekat. Ini lah jadinya. Dah jadi kipas dah tangan aku
Bila wali kau umur 84, and kau pulak kembar nama dekat dekat. Ini lah jadinya. Dah jadi kipas dah tangan aku pic.twitter.com/mJmTOqqjun
— noyb (@efficiancee) January 14, 2021
Jelasnya, rupa-rupanya datuknya juga berasa gementar pada waktu hingga tersasul menyebut nama kembarnya.
Sebab ada yang bertanya, saya jelaskan iya betul atuk saya adalah wali saya, dia nervous sebab adik betul-betul dekat sebelah saya muahahahaha and suami saya memang sentiasa tenang. Itulah muka time gaduh, time happy, time accident pun macam tu mukanya. Nak panic pun tak jadi.
Ramai netizen yang terhibur dengan kisahnya dan mengatakan boleh dijadikan idea drama terbaharu di televisyen. Apa-apapun, tahniah diucapkan kepada pasangan mempelai. Moga perkahwinan yang dibina ini kekal selamanya!
kredit: twitter @efficiancee
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI