Hari pernikahan adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh semua pasangan yang merancang untuk mendirikan rumah tangga. Semasa majlis akad nikah, pengantin lelaki kebiasaannya akan mulai ‘cuak’ menanti saat untuk melafazkan akad.
Baru-baru ini telah tular di Tiktok video seorang pengantin lelaki yang sempat bangkit peluk ibu untuk memohon restu sebelum akad nikah disebabkan perasaan gementar. Menerusi hantaran video yang dimuat naik oleh seorang pengguna di TikTok iaitu Rianyana2, dia berkongsi detik-detik yang tidak mungkin dilupakan ketika menghadiri majlis pernikahan adik perempuannya.
Menerusi rakaman tersebut, terjadi satu situasi yang tidak disangka-sangka; yang mampu menyentuh hati dan perasaan semua yang melihatnya.
@rianyana2 Membalas @shalizaalladdin ♬ suara asli – rianyana2
Pada awalnya, tok kadi meminta pengantin lelaki untuk berlatih lafaz akad nikah agar tidak tersasul serta lancar nanti. Walau bagaimanapun, disebabkan terlampau gemuruh, lelaki terbabit kelihatan resah dan matanya seperti mencari seseorang.
Alangkah terkejutnya apabila pengantin lelaki tersebut secara tiba-tiba bangun daripada tempat duduknya dan kemudian merapati seorang wanita, iaitu ibunya yang duduk di bahagian tepi kawasan akad nikah tersebut. Difahamkan, tujuan pengantin lelaki itu memeluk ibunya adalah kerana untuk menenangkan hatinya serta ingin meminta restu dan semangat bagi meneruskan majlis tersebut.
Artikel berkaitan: Tersalah Sebut Nama Pengantin Atau Ayah Pengantin, Ketahui Hukum Akad Nikah
Momen berkenaan turut disaksikan oleh tetamu yang lain dan dapat dilihat bakal isterinya tersenyum melihat situasi tersebut. Video tersebut turut menyentuh hati warganet apabila dimuat naik ke laman Tiktok, dan meraih lebih 14.3K kesukaan setakat ini.
Artikel berkaitan: Kongsi Tip Bagi Hubungan Antara Non-Muslim, Adam Corrie Nasihat Niat Kerana Allah SWT
Netizen turut memuji dan ‘tumpang’ sebak
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan pengantin lelaki tersebut serta mendokan kebahagian pengantin tersebut.
Terdapat juga netizen yang sebak dan memuji ibu pengantin lelaki tersebut yang berjaya mendidik anaknya dengan begitu baik.
“Alhamdulillah. Anak yg mendahulukan org tua. In shaallah jadi suami yg soleh”
“Ulang banyak kali airmata laju jew…”
“Auto kluaq ayaqmata(air mata) tengok….Lelaki yg sgt menghormati dan menyayangi ibunya..in shaa Allah akan jg keluarga dia elok2…”
“Tiba tiba makcik sebak plk..anak yg baik awak ni”
“Alhamdulillah, sejuk mata memandang, semoga diberkati dan bahagia hingga ke jannah… aamiin”
Masyaallah, memang anak yang sangat baik. Team Hijabista turut mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat kedua pasangan tersebut. Semoga menjadi keluarga yang sakinah, mawadah dan warohmah.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI