Pengambilan Coklat Gelap Punca Berat Naik Mendadak Ketika Diet. Betul ke?

Share

Bagi sedang diet, mesti stresskan bila kena makan makanan yang membosankan. Pasti ramai yang tidak tahu coklat gelap merupakan salah satu makanan yang bagus buat korang yang tengah diet! Jom sis kongsi tentang makanan yang sebenarnya korang boleh makan masa tengah diet.

Makanan yang sihat seperti pengambilan sayur-sayuran hijau, buah-buahan, bijirin serta serat merupakan makanan wajib setiap kali diet. Semestinya, itulah makanan diet yang paling mujarab. Makanan yang dianggap sebagai makanan tidak sihat rupanya ada yang boleh makan. Pasti ramai terkejut apabila mengetahui makanan yang bakal disenaraikan ini rupanya boleh diambil ketika sedang diet.

8 makanan diet yang betul dan tidak menggemukkan.

Jika anda ingin lari sekejap daripada makanan diet yang membosankan, anda boleh  mencuba 8 makanan yang dicadangkan oleh hellodoktor ini!

1. Bertih jagung sebagai snek

Adakah snek bertih jagung atau popcorn boleh dimakan ketika diet? Jawapannya ya! Boleh diambil secara sederhana. Bertih jagung dianggap sebagai makanan yang tidak sihat akan tetapi sebenarnya ia kaya dengan serat.

Popcorn juga kaya dengan vitamin B, magnesium, mangan serta pelbagai antioksidan yang boleh bantu untuk mengelak dari kerosakan sel dan penyakit. Selain itu, cara yang sihat untuk masak popcorn supaya kekal sihat adalah dengan mengurangkan garam, gula dan mentega. Elakkan terlampau manis ya!

2. Madu

Madu merupakan pemanis semulajadi dari lebah yang boleh digunakan sewaktu anda tengah diet. Menurut kajia, lebih dari 320 jenis madu yang mempunyai pelbagai warna, bau dan rasa. Selain itu, madu juga mempunyai manfaat yang baik kerana mengandungi vitamin, mineral, zat besi, zink dan antioksidan yang bagus untuk badan manusia.

Artikel berkaitan: Madu Linden Bukan Sekadar Madu Biasa, Mampu Sembuhkan Penyakit & Serlahkan Kecantikan!

Jadi tidak hairanlah kalau madu ini boleh digunakan ketika diet. Malah, madu juga boleh digunakan untuk merawat batuk dan penyembuhan luka. Bagus bukan?

3. Ambil mentega kacang

Ramai yang takut untuk mengambil mentega kacang kerana mengandungi lemak di dalamnya. Kebanyakan mentega kacang mempunyai lemak jenis tak tepu. Ada juga kajian mengatakan bahawa individu yang mengambil mentega kacang secara kerap boleh mengelakkan risiko sakit jantung dan diabetes tahap 2 berbanding mereka yang tidak mengambilnya.

Mentega kacang mempunyai sumber potasium yang bagus. Dinasihatkan supaya anda membeli mentega kacang yang kurang garam atau tidak mengandungi garam langsung.

4. Makan coklat gelap semasa diet.

sumber https://www.medicalnewstoday.com/articles/270272

Tidak dinafikan coklat dapat membantu kita sewaktu stress. Rupanya, coklat gelap dapat juga membantu dalam kesihatan. Selalunya, sepotong coklat mengandungi banyak flavanoid

yang boleh membantu dalam melindungi kerosakan sel.

Antara sebab coklat gelap mampu membantu seseorang dalam diet kerana ia mengandungi peratusan koko yang banyak dan gula yang sedikit didalamnya. Dinasihatkan supaya elak mengambil terlalu banyak coklat gelap. Cukup sepotong dua untuk sebelum atau selepas makan. Barulah betul diet korang tu!

5. Telur

sumber budgetbytes.com

Telur mempunyai kolestrol yang tinggi tetapi diingatkan telur juga merupakan makanan yang sihat serta mempunyai pelbagai vitamin dan asid amino. Menariknya, telur juga mempuyai vitamin D dan selenium yang tidak ada pada makanan lain.

Telur juga sangat sedap dan amat mengenyangkan. Ia dianggap sebagai makanan diet yang betul danbanyak khasiat.

6. Kopi

Kopi sering dianggap sebagai minuman yang tidak sihat. Ia juga dikatakan boleh menyebabkan sakit jantung atau strok. Akan tetapi, ada kajian yang mengatakan kopi tidak elok jika anda ambil kopi secara berlebihan.

Disarankan supaya mengambil kurang dari 5 cawan kopi setiap hari. Pengambilan krim atau gula untuk kopi juga perlu dipantau ya!

7. Kentang

Kentang boleh dijadikan makanan yang sihat untuk diet jika anda tidak goreng atau sapu mayonis. Kentang mempunyai kalori yang sangat rendah dan sangat kaya dengan karbohidrat yang mampu membakar lemak.

Menurut kajian, kentang mampu menggantikan 5% pengambilan karbohidrat dengan kentang dapat membakar lemak sehingga 20% ke 30% selepas makan.

8. Minum segelas susu setiap hari

Susu mengandungi vitamin A dan D. Ada yang berpendapat susu merupakan minuman yang tidak sihat. Itu salah ya! Pelbagai jenis susu boleh didapati di pasaran, seperti susu rendah lemak dan susu skim di mana susu jenis ini diperkaya dengan pelbagai vitamin.

Artikel Berkaitan: Tak Sangka, Campuran Tomato & Susu Buat Wajah Jadi Cerah Dalam 1 Malam!

Menurut kajian di Sweden mendapati wanita yang mengambil segelas susu sehari mengalami penurunan berat badan yang banyak berbanding dari mereka yang tidak minum susu.

Akhir kata, anda boleh mencuba makanan di atas tetapi jangan berlebihan ya! Pastikan anda mengambil jumlah yang sepatutnya agar diet berfungsi. Tanya pada pakar makanan atau doktor tentang amalan diet yang sihat. Pastikan anda plan pelan pemakanan sihat.

+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Nenaa M.