Pengacara popular yang terkenal dengan kepetahannya bercakap akhirnya selamat sudah menjadi isteri kepada pasangannya, Kapten Muhammad Hanif Hamidi 9.38 pagi ini di kediamannya di Ampang, Kuala Lumpur. Hanya sekali lafaz, pasangan yang bertunang hujung tahun lalu selamat diijab kabulkan sebagai pasangan suami isteri. Dayah dan pasangannya yang memilih hari Jumaat tampil sedondon mengenakan busana putih sempena majlis pernikahan yang cukup sederhana tetapi meriah di kelilingi teman-teman rapat.
Antara teman selebriti yang turut hadir menyaksikan majlis pernikahan Dayah Bakar yang menggunakan hashtag #dayah ini adalah Elfira Loy, Heliza Helmi dan beberapa orang lagi rakan pengacara ini.
Dayah atau nama penuhnya Nur Hidayah Datuk Abu Bakar kelihatannya cukup anggun menyarung dress kahwin rekaan dari Azura Couture. Pasangannya juga turut menyarung persalinan lengkap baju Melayu dari pereka yang sama.
Menyorot kisah percintaan pasangan ini sebenarnya cukup unik. Keduanya juga adalah merupakan rakan sekolah daripada tingkatan satu hinggalah ke tingkatan tiga. Malah pernah tinggal di taman yang sama dan merupakan kawan ketika kecil.
Menurut Dayah, ketika kecil-kecil dulu dia memang tahu suaminya itu suka padanya. Tetapi ketika itu Dayah tidak rasa apa-apa kerana menganggap ia perkara lucu.
Dan selepas tidak bersekolah sama, keduanya membawa haluan masing-masing. Tetapi masih ambil tahu diri masing-masing kerana adanya media sosial.
Ads
Menurut Dayah memang mereka ada berkawan tetapi tidak pernah terfikir lebih dari itu. Namun benar kata orang urusan jodoh itu terletak di tangan Allah.
Suaminya itu kemudiannya mengajak Dayah berjumpa hujung tahun lalu sebagai kawan. Namun akhirnya Dayah akur Kapten Hanif memang sudah ditakdirkan untuk menjadi Imamnya. Seorang lelaki yang bukan sahaja menjadi Imam tetapi memberi bimbingan di dunia dan akhirat dalam meniti ranjau perkahwinan.
Majlis resepsi pihak perempuan bakal diadakan di Cornerstone (IPC) Wisma Selangor Dredging pada Ahad ini, manakala majlis resepsi pihak lelaki akan berlangsung pada 7 Julai ini di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Ads
Hijabista mengucapkan selamat pengantin baru dan semoga hubungan baru dibina ini kekal hingga ke jannah.
Kehidupan sebagai wanita berkerjaya sering bergelut dengan hiruk pikuk Kotaraya yang sesak sekaligus menganggu ketenteraman jiwa dan sanubari.
Jadi untuk kembali menenangkan diri setelah puas meraikan perayaan Aidilfitri bersama keluarga tercinta. Apa kata anda meluangkan masa untuk menenangkan diri sendiri bersama rakan-rakan di hujung minggu ini, sebelum kembali ke ofis pada Isnin!
Jamu Mata Dengan Kehijauan Dan Dekatkan Diri Pada Alam Sekitar!
Orang kata jika mahu mencari ketenangan, maka pandanglah kehijauan yang bersifat saujana mata memandang! Sambil bersantai pada hujung minggu di tempat esklusif di puncak bukit bersama kawan-kawan menikmati panorama alam, sambil berpiknik di bawah langit biru dengan jamuan pilihan makanan yang disediakan oleh pemilik. Anda hanya perlu bawa diri dan menikmati sahaja momen-momen indah berkenaan sambil menenangkan diri!
Tiga lokasi ini antara lokasi yang paling sesuai dan berjaya mencuri perhatian Hijabista!
1. Lembah Madu ResortIni merupakan antara lokasi untuk mencari ketenangan atau port healing serta daya tarikan terbaharu di Kedah Darul Aman. Resort yang terletak di lokasi Wang Tepus, Jitra ini hanya beroperasi pada hari minggu di Kedah iaitu pada hari Jumaat dan Sabtu sahaja.
Daya tarikan utama lokasi ini adalah, Hijabi boleh menjamu mata degan rakan-rakan menikmati kehijauan alam semulajadi yang cukup indah dan tidak terungkap dengan kata-kata.
Sambil meluangkan masa bergosip bersama rakan-rakan, anda boleh hamparkan tikar dan nikmati pakej makanan yang tersedia di bawah langit biru! Menarik bukan?
Lokasi seterusnya ini merupakan lokasi WAJIB singgah bagi Hijabi yang gemar berswafoto dan mengambil gambar kenang Outfit of The Day (OOTD) sekiranya hijabi berkunjung ke Pulau Pinang yang terkenal dengan julukan Pulau Mutiara.
Lebih menarik lagi, lokasi ini tidak hanya mempunyai pelantar untuk bergambar, tetapi terdapat juga tempat istirehat yang menarik bentuk kapal kecil dan gazebo.
3. Berkelah Di Tengah Ladang Teh!
Lokasi terakhir ini menawarkan suasana berkelah yang amat eksklusif buat mereka yang mengimpikan suasana piknik bersama rakan-rakan di tengah ladang teh yang subur menghijau!
Sehubungan itu, Cameron Highland Resort telah berinisiatif untuk menawarkan pakej menarik buat mereka yang mahukan konsep privacy healing di puncak bukit teh mereka!
Sekadar info, lokasi-lokasi yang disenaraikan ini, ada diantaranya yang menyambut seruan serta inisiatif kerajaan dengan menawarkan harga Rahmah. Bagaimanapun, ia bergantung kepada bajet dan kewangan masing-masing untuk memilih lokasi yang memenuhi citarasa!
Boleh juga mengamalkan konsep ‘tong-tong’ dan carpool bersama rakan-rakan demi merealisasikan impian mencari ketenangan diri bersama.
Merujuk kepada hitungan falak bahawa satu fenomena Gerhana Bulan akan berlaku pada 26 Mei 2021 bersamaan 14 Syawal 1442H. Gerhana bulan wujud apabila bulan melalui sebahagian daripada bayang-bayang bumi.
Kejadian ini cuma boleh berlaku ketika bulan purnama, dan apabila matahari, bumi dan bulan berada pada satu garisan yang sama. Umumnya gerhana bulan berlaku apabila bumi menghalang cahaya matahari dari jatuh ke atas bulan.
Dalam kajian ahli falak, gerhana merupakan salah satu fenomena penghijaban (occultation). Ketika gerhana bulan, kesan gelap yang wujud pada permukaan bulan adalah kesan dari bayang bumi yang jatuh ke atas bulan.
Bagi umat Islam, solat gerhana sunat dilaksanakan ketika berlakunya gerhana. Para ulama telah sepakat meletakkan syarat bahawa solat gerhana hanya akan dilaksanakan ketika jelas kesan gelap di bulan.
Walaupun dari sudut ilmu falak ia dinamakan gerhana, namun kerana syarat gelap yang nyata itu tidak dipenuhi, maka solat gerhana tidak disyariatkan. Permukaan bulan hanya akan mengalami sedikit perubahan warna dari putih bersinar ke warna putih suram, malah pencerap mungkin keliru dengan warna bulan yang kelihatan malap, hingga disangka perubahan cahaya bulan yang berlaku hanyalah kerana wujudnya awan.
Menerusi sekian banyak hadis berkaitan gerhana, terdapat beberapa perkara sunnah yang boleh dilakukan ketika kejadian gerhana sepertimana yang disyorkan oleh Rasulullah ﷺ. Di antaranya ialah
Rasulullah ﷺ bersabda: “Kedua-duanya adalah dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. Jika kamu melihat (gerhana) nya, maka dirikanlah solat hingga menghilang gerhana itu dari kamu.”(HR Bukhari)
.
Dari ‘Aisyah isteri Nabi ﷺ, ia berkata, “Pernah terjadi gerhana matahari pada masa Nabi ﷺ. Baginda keluar menuju masjid, lalu orang-orang membuat barisan di belakang Baginda, Baginda lalu takbir dan membaca surah yang panjang. Lalu Baginda takbir dan rukuk dengan rukuk yang panjang, lalu mengucapkan SAMI’ALLAHU LIMAN HAMIDAH dan berdiri tanpa sujud. Kemudian Baginda membaca bacaan yang panjang namun tidak sebagaimana bacaan yang pertama, lalu takbir dan rukuk dengan rukuk yang panjang namun tidak sebagaimana rukuk yang pertama, lalu mengucapkan SAMI’ALLAHU LIMAN HAMIDAH terus kemudian sujud. Setelah itu Baginda melakukannya seperti itu pada rakaat yang akhir sehingga sempurnalah empat rukuk dalam empat sujud. Dan matahari nampak kembali sebelum solat Baginda selesai. Selepas itu Baginda berdiri (menyampaikan khutbah) dengan memuji Allah dengan pujian yang berhak untuk-Nya, Baginda bersabda:
“Kedua-duanya adalah dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah, dan gerhana tidak akan berlaku hanya kerana mati atau hidupnya seseorang. Jika kamu melihat (gerhana) keduanya, maka bersegeralah mendirikan solat.” (HR. Bukhari – 988)
Telah menceritakan kepadaku Ubaidullah bin Umar Al Qawariri telah menceritakan kepada kami Bisyr Al Mufadldlal telah menceritakan kepada kami Al Jurairi dari Abul Ala` Hayyan bin Umair dari Abdurrahman bin Samurah ia berkata;
“Pada suatu waktu di masa Rasulullah ﷺ ketika aku sedang bermain panah, tiba-tiba terjadi gerhana matahari. Lalu kulemparkan semua alat permainanku itu. Aku berkata; “Aku akan melihat apakah gerangan yang dilakukan Rasulullah ﷺ apabila terjadi gerhana matahari seperti itu. Setelah aku sampai ke tempat Baginda, aku dapati Baginda sedang mengangkat tangannya berdoa, takbir, tahmid dan tahlil sehingga matahari terang kembali. Baginda membaca dua surah dan solat dua rakaat.” (HR Muslim – 1519)
3. Berzikir Dan Beristighfar
Banyakkan berzikir dan beristighfar iaitu memohon ampun kepada Allah SWT.
Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al-‘Ala berkata, telah menceritakan kepada kami Abu Usamah dari Buraid bin’ Abdullah dari Abu Burdah dari Abu Musa berkata, “Ketika terjadi gerhana matahari, Nabi ﷺ berdiri dengan tergesa-gesa seolah akan terjadi hari kiamat. Bagindalantas mendatangi masjid dan solat dengan berdiri, rukuk dan sujud yang paling panjang, yang pernah aku lihat dari yang Bagindapernah lakukan. Kemudian Bagindabersabda:“Inilah dua tanda-tanda yang Allah hantarkan, ia (gerhana) tidak berlaku kerana hidup atau matinya seseorang, tetapi ‘(Dia, Allah menakutkan hamba-hambaNya dengannya)’ (Qs. Az Zumar: 16). Maka jika kamu melihat sesuatu padanya (gerhana), maka segeralah untuk mengingat Allah, berdoa dan minta keampunan.”(HR Bukhari – 999)
4. Berdoa
Di antara doa yang sering dibaca terutama ketika khutbah atau selepas solat sunat gerhana ialah :
Rasulullah ﷺ bersabda: “Sungguh, saya telah melihat bahawa kamu akan diuji di alam kubur nanti sebagaimana fitnah Dajjal.”Amrah berkat; Saya mendengar Aisyah berkata,“Setelah itu, saya mendengar Rasulullah ﷺ meminta perlindungan dari azab neraka dan azab kubur.” (HR Muslim-1056)
Telah menceritakan kepada kami Al Qa’nabi dari Malik dari Hisyam bin ‘Urwah dari’ Urwah dari ‘Aisyah bahawa Nabi ﷺ bersabda:“Terjadinya gerhana matahari dan bulan bukanlah kerana mati atau hidupnya salah seorang, apabila kamu melihat perkara itu, maka berdoalah kepada Allah ‘azza wajalla, bertakbirlah serta perbanyak sedekah.”(HR Abu Daud-1006)
Telah menceritakan kepada kami Rabi ‘bin Yahya berkata, telah menceritakan kepada kami Za’idah dari Hisyam dari Fatimah dari Asma’ berkata, “Nabi ﷺ telah memerintahkan untuk memerdekakan(membebaskan) hamba ketika terjadi gerhana matahari.” (HR Bukhari – 995). Dalam satu riwayat:“Gerhana bulan”.
SUMBER: mufti Selangor
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Kulit berminyak mempunyai kelenjar yang terlalu aktif yang menghasilkan sebum berlebihan. Tujuan rutin penjagaan kulit adalah untuk meminimumkan minyak sambil mengekalkan tahap penghidratan.
Rutin Pagi
Pencuci Wajah
Penting untuk melabur dalam mencuci muka jika anda mempunyai kulit berminyak. Anda juga boleh mencari gel atau buih pembersih bebas minyak. Lebih baik produk bebas sulfat kerana ini akan mengawal rasa berminyak sekaligus mengurangkan risiko mengeringkan kulit anda.
Gunakan skrub yang sangat ringan untuk membersihkan pori-pori kulit sekali-sekala. Kulit berminyak rentan terhadap whiteheads, blackhead dan pori-pori kulit yang tersumbat. Pastikan menggosok kulit anda dibersihkan dengan betul. Walau bagaimanapun, elakkan menggunakan penggosok yang keras. Anda boleh menggunakan pengelupasan lembut tiga kali seminggu.
Toner Bebas Alkohol dengan bahan-bahan seperti natrium PCA, witch hazel, atau geranium adalah cara untuk mengatasi masalah kulit berminyak. Bahan astringen ini membantu membersihkan kulit anda dan memperbaiki liang kulit tanpa merosakkan atau mengeringkan kulit.
Bertentangan dengan kepercayaan popular, pelembap sangat penting walaupun untuk jenis kulit berminyak. Kulit kering boleh menyebabkan kelenjar sebum anda menjadi berlebihan, meninggalkan kulit anda dalam keadaan yang lebih teruk daripada sebelumnya.
Cari pelembap bebas minyak. Losen berasaskan komedogenik berasaskan air biasanya merupakan pilihan yang baik untuk kulit berminyak. Produk-produk ini terasa ringan pada kulit, tetapi tetap terhidrat dan biarkan dengan kemasan matte. Sekiranya anda mempunyai kulit yang sangat berminyak, pilihlah untuk menggunakan gel penghidratan yang baik.
Meluncur pada pelindung matahari mungkin tidak kelihatan menarik jika anda mempunyai kulit berminyak. Namun, ini kerana anda mungkin belum menggunakan produk yang betul. Pelindung matahari dengan zink oksida dapat membuat perbezaan dunia dengan rutin penjagaan kulit anda. Produk-produk ini meninggalkan kulit dengan kemasan matte dan juga mencegah jerawat.
Gunakan pembersih yang sama dengan yang anda gunakan pada waktu pagi.
Penyegar
Penyegar wajah anda sama dengan toner yang anda gunakan untuk rutin pagi anda.
Serum (AHA / BHA)
Kulit berminyak biasanya mempunyai liang pori yang besar dan serum AHA / BHA membantu mengurangkan penampilan liang kulit. Sekiranya anda mempunyai kulit yang rawan jerawat, cari bahan seperti minyak pokok teh dan asid salisilik.
Gunakan sebarang serum dengan retinol. Serum ini bermanfaat untuk kulit berminyak kerana dapat membantu mengurangkan penampilan liang dengan penggunaan berterusan.
Anda mungkin menggunakan krim malam berasaskan air, bebas minyak, dan bukan komedogenik, pada akhirnya, untuk mengunci semua produk penjagaan kulit yang telah anda pakai. Pelembap berasaskan air sangat sesuai untuk kulit berminyak kerana terasa sangat ringan.
Anda boleh menggunakan minyak muka dan topeng tanah liat sebagai rawatan tambahan untuk kawalan minyak dan menjaga kesihatan kulit anda. Masker tanah liat membantu menyerap lebihan minyak dan menjaga kulit anda bersih, sementara minyak muka memberikan pelembapan tambahan.
Anda boleh menggunakan topeng tanah liat sekali atau dua kali seminggu. Pilih mana-mana tanah liat Multani mitti atau tanah liat Bentonit. Buat pes menggunakan air atau air mawar dan sapukan pada kulit anda. Anda juga boleh menggunakan jus lemon yang dicairkan dengan air pada kulit anda sekali-sekala. Ia mengandungi vitamin C yang membantu mengurangkan kerosakan kulit yang disebabkan oleh UV, seperti bintik-bintik gelap dan masalah pigmentasi.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...