Pengacara Popular Aidid Marcello Dipuji Netizen Ajar Anak-Anak Cintai Quran Sampai Bila-Bila. Alhamdulillah!

Share

Tidak mudah menjadi ibu bapa dalam zaman serba moden di mana segala maklumat hanya di hujung jari. Namun walau sehebat mana kita, jangan sesekali melupakan agama. Memberi ilmu agama kepada anak-anak kita sebagai bekalan dunia dan akhirat kerana mereka ini nanti adalah generasi yang akan menyambung perjuangan sesebuah negara. Begitu juga yang dipraktikkan oleh pengacara popular, Aidid Marcello yang turun memberi penekanan ilmu agama kepada empat orang anak-anaknya.

Menulis dalam posting terbarunya di laman sosial instagram, Aidid menjelaskan betapa menjadi tanggungjawab besar dia dan isteri dalam membesarkan anak-anaknya hidup dengan berlandaskan Islam.

Dia dan isteri Norzie Pak Wan Chek berapa lega kerana telah selesai menyempurnakan majlis khatam anak lelaki sulungnya yang sudah semakin meningkat dewasa.


Aidid turut mengharapkan agar hati anaknya ini akan sentiasa terang untuk terus membaca Al-Quran sampai bila-bila kerana Al-Quran merupakan kawan baik yang akan membantu serta mempermudahkan segala perjalanan di alam kubur.

Hari ni daddy sedih + gembira dengan anak boy daddy @imanmarcellosebab pejam celik iman dah besar. Alhamdulillah lega mummy & daddy selepas iman dah selesai khatam Quran hari ni.

Lega rasanya sebab salah satu tanggungjawab berat daddy & mummy utk besarkan iman dengan kehidupan berlandaskan Islam. Daddy & mummy sentiasa mendoakan kejayaan Iman dan semoga hati iman akan sentiasa terang untuk terus membaca Al-Quran sampai bila2!

Kerana seperti yg kita tahu, teman pengakhir kita, x kiralah dengan siapa sekalipun kita kawan, cable besar macamana sekali pun, pangkat apa sekalipun, akhir sekali, semua kawan2 dan pangkat kita, hanya tinggal didunia, manakala Al-Quran lah yg bakal menjadi kawan baik kita untuk membantu serta mempermudahkan segala perjalanan kita di alam kubur.

Nasihat untuk saya sendiri juga, samalah2 lah kita doa supaya kita diwujudkan rasa cinta dan kasih dengan Al-Quran. Sepertimana kita resah x check IG & FB, macamtu jugaklah kita kena rasa resah kalau x membaca Al-Quran (susahkan nak buat?).

Doakan juga utk keluarga saya semoga perjalanan keluarga kami sentiasa dibawah petunjuk yg benar, amin!! Salam utk semua!!

Respek pada sikap yang ditunjukkan oleh Aidid ini. Walaupun berdepan dyngan situasi dunia  yang semakin moden, tetapi tetap tidak lupa memberikan pendidikan agama buat anak-anaknya.

Semoga keluarga ini sentiasa diredai dan diberkati oleh Allah SWT. Insya-Allah.

Caranya ini juga turut mendapat pujian netizen:

fendi_fevers Alhamdulillah tahniah abam @aididmarcello

begmurahmampumilik alhamdulillah syukur tahniah @aididmarcello berjaya mendidik anak cintai al quran

shainzahfy Alhamdulillah… tahniah @aididmarcello. Moga rumahtangga dilimpahi rahmah wadaddah dan sakinah… aminn…

mami_haddifhayyan Alhamdulillah… semoga menjadi anak tg berguna. Semoga anak2 saya begitu jua. Amin

mekzurila Aamiin…Ya Rabbal alamin….Moga jadi anak yang soleh.

fiosindarella Amin. Alhamdulillah. Semoga keluarga abg sentiasa dibawah rahmatNya

KREDIT FOTO: INSTAGRAM AIDID MARCELLO & NORZIE PAK WAN CHEK

 

Published by
Siti Zurina