Berita

Pendakwah OKI SETIANA DEWI Kongsi Kehidupan Terkini Di Mesir Bersama Suami & Anak-Anak

Share

Pendakwah terkenal, Oki Setiana Dewi yang juga kakak kepada pempengaruh Indonesia, Ria Ricis baru-baru ini berkongsi perkembangan terkininya bersama suami dan anak-anak di Kaherah, Mesir.

Kredit Foto: okisetianadewi

Perkongsian itu dimuat naik di Instagram miliknya. Kelihatan Oki Setiana Dewi bahagia dan gembira dengan kehidupan terkininya itu bersama suami dan anak-anak tersayang.

Memetik perkongsian di portal HaiBunda, hampir dua minggu mereka sekeluarga menetap di sana.

Pendakwah ini turut memaklumkan dia kini sedang mencari sekolah yang sesuai buat empat orang anaknya iaitu Maryam Nusaibah Abdullah, Khadeejah Faatimah Abdullah, Ibrahim Muhammad Abdullah, dan Sulaiman Ali Abdullah.

Kredit Foto: okisetianadewi

Menerusi hantaran yang sama, Oki Setiana Dewi berkongsi koleksi foto yang memaparkan aktiviti bersama suami dan anak-anak selama beberapa hari mereka di Mesir.

“Sudah 10 hari di Mesir. Hari-hari sibuk menguruskan visa pelajar, mendaftar sekolah anak-anak, mencari tempat tinggal, menghadiri beberapa jemputan rakan-rakan di sini,” tulisnya.

Kredit Foto: okisetianadewi

Bukan itu sahaja, Oki Setiana Dewi turut memberitahu dia kini sedang sibuk menyiapkan ilmu untuk pendidikannya serta anak-anak.

“Persiapan ilmiah untuk memasuki tahun persekolahan baharu untuk saya dan anak-anak pada September nanti.”

Oki Setiana Dewi turut berdoa agar segala urusannya selama tinggal di Mesir sentiasa dimudahkan oleh Allah SWT.

Kredit Foto: okisetianadewi

“Tempat baru, lingkungan baru, orang-orang baru, ilmu-ilmu baru, semoga Allah mudahkan.’

Untuk info, Oki Setiana Dewi sebelum ini pernah mengumumkan perancangannya untuk berhijrah ke Mesir kerana mahu mendalami ilmu agama serta menyambung pengajian sekaligus meninggalkan kerjaya seninya.

Urusan penghijrahannya itu sebenarnya sudah dirancang sekian lama bersama suami, .

Sebelum terbang ke Mesir, Oki Setiana Dewi telah menyiapkan banyak perkara antaranya mempelajari bahasa Arab. Dia turut memindahkan anak-anaknya ke sekolah Arab di Jakarta.

Kredit Foto: okisetianadewi

Bintang filem ‘Ketika Cinta Bertasbih’ ini mengakui tidak ralat membuat keputusan tersebut di saat kerjaya seni dan aktiviti dakwahnya sedang berkembang.

Sepanjang ketiadaannya, Yayasan Maskanul Huffadz yang ditubuhkan untuk tujuan pendidikan keagamaan tetap diteruskan.

BACA JUGA: Tempat Ikonik Luar Negara, Jentik Hati Oki Setiana Dewi Agar Lebih Mengagungkan Kebesaran Allah!

 

 

Published by
Amy Mohd