Walaupun jeragat tidak berbahaya tetapi ia menyebabkan penampilan seorang wanita menjadi kurang menarik. Situasi ini tentunya menjadikan wanita berasa kurang yakin untuk berhadapan dengan orang ramai.
Secara amnya bintik hitam atau jeragat terjadi apabila wanita terlalu lama atau kerap membiarkan kulit dimamah pancaran matahari. Tanpa mengenakan sebarang krim perlindungan, kesan pancaran ultra ungu akan menyebabkan kulit menjadi lebih teruk dan ia mengambil masa untuk dirawat.
Jeragat misalnya memerlukan rawatan khas oleh pakar kecantikan menerusi beberapa sesi. Selain kos yang semakin bertambah wajah yang mula ditutupi jeragat kurang menyerlah walaupun selepas memakai alat solek. Namun ada cara murah dan bajet yang boleh dicuba. Paling penting ianya selamat dan tiada kesan sampingan.
Ikuti perkongsian No Or
Dah lama dah, nak share petua best ni, tapi semenjak dua menjak ni kebizian melanda. Tak sempat nak ambik gambar bagai. Petua ni memang best sesangat. Especially untuk orang yang memang ada masalah jeragat. Petua yang cuma guna 2 bahan je tau.
Okey jom tengok apa bahannya .
KIUB MASKER KENTANG
BAHAN-BAHANNYA:
.
CARANYA:
– Parut kentang hingga halus
– Campurkan dengan perahan lemon
– Gaul sebati, lepastu masukkan dalam bekas kiub ais
.
.
CARA NAK GUNA KIUB MASKER
1. Cuci muka bersih
2. Ambil kiub kentang, sapu pada muka perlahan-lahan. Sapu rata keseluruhan muka. Sapu sampai kiub tu semua cair.
3. Bilas dan cuci muka dengan air bersih.
** Boleh di lakukan setiap hari.
Petua ni sesuai jugak untuk hilangkan sunburn tau, bagi orang yang hari-hari terdedah pada cahaya matahari.
Nak tau tak kenapa Cik No guna kentang?
Haaa, sebab kentang ni tinggi antioksida untuk singkirkan jeragat tu. Kentang ni jugak boleh halang terbentuknya pigmentasi, alaa yang lingkaran gelap hitam tu.
Bila kentang dah bergabung dengan lemon lagi lah kuasa dua kan! Tu yang dapat kesan super power best tu. Lemon ni sendri pun mampu pudarkan jeragat. Dalam lemon ada agen pemutih untuk bagi kulit kita jadi cerah dan bersih.