Siapa kata tugas sebagai isteri itu hanya duduk goyang kaki di rumah. Dialah doktor, guru, chef, akauntan, ‘cleaner’, ‘driver’ dan juga ustazah kepada anak-anak.
Jika diikutkan tugas mereka tiada hentinya, sebaik buka mata hinggalah melelapkan mata. Itulah rutin harian mereka yang bergelar isteri atau ibu yang dikatakan cukup hebat.
Namun sebagai insan biasa, mereka juga tidak terlepas dari menanggung rasa penat. Malah ramai isteri setiap hari mengeluh kepenatan dek rasa stres kerana bebanan tugas yang tiada hentinya.
Lebih-lebih lagi jika mereka turut bekerja makan gaji untuk membantu pendapatan suami di zaman serba mencabar ini.
Ada pelbagai cara untuk hilangkan kepenatan ini seperti mengajak suami bercuti, atau berurut di spa. Namun begitu sebenarnya dalam Islam itu juga telah tersedia penawar mengatasi kepenatan yang tiada penghujung ini.
Caranya ialah melalui amalan Zikir atau Tasbih Fatimah yang diajarkan sendiri oleh Rasululullah S.A.W kepada puterinya Saidatina Fatimah r.a.
IKLAN
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, satu hari puteri Rasulullah s.a.w, Saidatina Fatimah r.a mengadu kepada suaminya, Saidina Ali bin Abu Talib r.a tentang tangannya berasa sakit dan keletihan kerana terlalu banyak kerja rumah yang perlu dilakukannya.
Saidatina Fatimah kemudian datang menemui ayahandanya baginda Rasulullah S.A.W untuk meminta seorang pembantu. Akan tetapi dia tidak berjaya menemui Rasulullah S.A.W dan hanya bertemu dengan Saidatina Aisyah.
Kemudian Saidatina Fatimah meninggalkan permintaannya kepada Saidatina Aisyah untuk disampaikan kepada Rasulullah. Apabila Rasulullah tiba di rumah, Saidatina Aisyah pun memberitahu Baginda tentang permintaan puterinya.
Lalu Baginda telah pergi menemui puteri serta menantunya yang ketika itu telah berbaring di tempat tidur. Keduanya mahu berganjak bangun ingin menghampiri baginda akan tetapi Rasulullah meminta mereka tetap di tempat perbaringan.
IKLAN
Lalu Baginda bersabda;
“Mahukah kamu berdua aku ajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kamu berdua minta? Ketika kalian berbaring hendak tidur, maka bacalah takbir (Allahu Akbar) 34 kali, tasbih (Subhanallah) 33 kali dan tahmid (Alhamdulillah) 33 kali. Sesungguhnya yang demikian itu lebih baik bagi kalian daripada seorang pembantu.” (HR. Muslim, no: 4906)
Maka disaran kepada ibu-ibu yang berasa penat setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan Zikir/Tasbih Fatimah ini setiap malam sebelum melelapkan mata.
ZIKIR/ TASBIH FATIMAH
IKLAN
Allahu Akbar – 34 kali
Subhanallah – 33 kali
Alhamdulillah – 33 kali
Dalam pada itu sentiasalah didiklah hati untuk ikhlas melakukan semua tanggungjawab agar tidak merasakan ia sebagai bebanan yang memenatkan.
Memiliki wajah yang cerah tidak semestinya memerlukan anda menggunakan rawatan wajah menggunakan bahan alami atau sebarang krim pemutih wajah. Anda boleh melakukannya tanpa sebarang ubat dengan hanya menjalani perintah agama sahaja.
Dalam Islam, mendapatkan wajah yang berseri dan awet muda itu cukup mudah, asalkan anda rajin melaksanakan ibadah seperti solat dan lain-lain lagi. Hijabista kongsikan tip yang berguna untuk anda kekal cantik dan berseri dengan hanya mengikut apa yang digalakkan di dalam Islam.
Basahkan Wajah Dengan Berwudhu’
Berwuduk merupakan perkara yang akan kita lakukan sebelum bersolat. Berwuduk bermakna membasuh anggota badan mulai daripada wajah hingga kaki. Ia tidak hanya buat anda bebas dari kotoran tetapi baik untuk kecantikan kulit terutamanya wajah. Tidak hairanlah orang yang selalu berwuduk nampak lebih berseri, segar dan awet muda.
Sentiasa Tersenyum
Senyum bukanlah satu perkara yang sukar, malah sangat mudah. Senyum juga termasuk dalam ibadah dan sebab itu kita sangat digalakkan untuk sentiasa senyum. Selain mendapat pahala, anda juga akan tampak lebih cantik, manis dan berseri apabila senyum hingga membuatkan anda kelihatan muda. Siapa tak nak nampak muda kan?
Bersihkan Diri Dari Perasaan Dengki Dan Iri Hati
Perasaan iri hati dan hasad dengki ini tentu sahaja ada dalam diri setiap manusia. Namun, anda perlu bijak mengawalnya agar ia tidak menguasai diri. Jika anda perasan, individu yang suka mendengki ini memiliki wajah yang kusut dan kusam hingga menyebabkan mereka kelihatan lebih tua kerana jarang tersenyum. Jadi, hindari sikap iri hati agar jiwa tetap terjaga dan sentiasa damai. Apabila hati bersih, fikiran pun jadi lebih tenang.
Dalam Islam, menyayangi anak yatim sangat digalakkan kerana ia juga merupakan salah satu cabang untuk anda ke syurga. Sebenarnya, menyayangi anak yatim akan membuatkan hati anda menjadi lebih lembut dan penuh dengan kasih sayang. Kelembutan akan terpancar melalui wajah hingga anda terlihat cantik luar dan dalam.
Dirikan Solat Di Awal Waktu
Solat merupakan kewajipan bagi setiap umat Islam kerana ia merupakan tiang agama. Ternyata gerakan dalam solat boleh membantu wajah anda kelihatan lebih segar dan berseri, terutamanya gerakan sujud. Ketika sujud, darah akan mengalir ke seluruh wajah dan memasuki otak sehingga tidak hanya menyihatkan, malah bermanfaat juga untuk kecantikan wajah.
Badan lesu dan tak bertenaga bukan alasan untuk hijabis menjalankan tugasan seperti biasa. Sering kali bila tiba waktu makan tengahari mula lah perut terasa sebu dan badan sudah tidak bermaya. Namun kita tidak boleh memberikan berpuasa sebagai alasan tidak boleh melakukan kerja harian seperti biasa. Jadi kami kongsikan 7 tip yang berguna di bulan puasa ini.
1. Elakkan Makanan Masin Ketika Bersahur
Namun, tahukah anda bahawa lauk-pauk masin sebegitu akan membuatkan tubuh anda cepat kering lalu berasa dahaga? Ini adalah disebabkan reaksi tubuh terhadap garam di mana ia memerlukan kuantiti air lebih banyak untuk membasmi rasa masin tersebut. Jadi, sila elak menikmati makanan yang masin ketika sahur.
2. Kunyah Makanan Sehingga Hancur
Menurut sunnah nabi, seseorang perlu mengunyah makanan 40 hingga 44 kali untuk pastikannya betul-betul hancur sebelum ditelan. Dengan itu, makan dalam kuantiti sedikit pun sudah boleh terasa kenyang!
3. Makan Kekacang & Kurma
Kekacang adalah gabungan nutrien yang penuh termasuklah protein serta lemak dan serat yang baik untuk membuatkan perut cepat kenyang. Jika bosan untuk menikmati nasi ketika sahur, anda boleh makan segenggam kekacang pilihan (gajus/badam/walnut/kacang tanah). Cara ini pasti membantu.
4. Segelas Air Sebelum Makan
Tetapi mengikut kajian saintifik, taktik meminum segelas air sebelum makan adalah terbaik untuk buat perut terasa kenyang.Jadi, sebelum menikmati sajian sahur, terlebih dahulu jangan lupa untuk meminum segelas air kosong.
5. Lebihkan Buah-Buahan & Sayur
Jika ingin menghalang tubuh dari kehilangan nutrien serta kekurangan bendalir, sila makan buah dan sayur-sayuran dalam kuantiti yang lebih banyak. Setiap jenis buah yang berlainan warna memiliki vitamin dan nutrisinya tersendri.
6. Sibukkan Diri
Di bulan Ramadhan, cuba sibukkan diri dengan tugasan harian seperti menyiapkan kerja sehabis mungkin di pejabat mahupun alihkan perhatian dengan menonton siri televisyen kegemaran ketika hujung minggu. Membaca Al-Quran pun membantu! Bila lagi anda hendak kumpul pahala berlipat kali ganda kan?
7. Makan Bijian Penuh
Bijian penuh seperti oat, biji chia dan granola umpamanya kaya dengan serat dan protein yang boleh menguatkan otot bahkan secara tidak langsung membekal tenaga ke dalam tubuh agar kekal cergas dan bermaya sepanjang hari.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Rezeki, jodoh, ajal dan pertemuan semuanya telah ditetapkan oleh Allah Taala sejak kita berada di dalam kandungan lagi. Setiap individu memiliki rezeki yang berbeza-beza, ada yang sedikit dan ada juga yang murah rezekinya. Semua itu sebenarnya berbalik kepada amalan masing-masing.
Namun, perlu anda tahu bahawa meskipun rezeki yang diberi tidak banyak, keberkatan Allah itu lebih penting jika dibandingkan dengan rezeki yang banyak tetapi tidak mendapat keberkatan. Seorang pengguna Twitter bernama Fattin Khani telah berkongsi tip bagaimana untuk merasai rezeki itu sentiasa ada walaupun sebenarnya hanya ada RM1 di dalam dompet.
Rahsianya, hanya amalkan satu doa ini ketika mahu membayar duit untuk membeli barang atau membayar hutang. Dengan izin Allah, anda tentu tidak akan risau dan susah hati dek kerana duit yang semakin berkurangan. Jom kita baca perkongsiannya.
Bila keluarkan duit bayar apa yang dibeli. Bacalah “inna haza larizquna maalahu minnafad” sekali. Then bila dapat duit balance, masa masukkan duit dalam wallet tu boleh baca surah Al-Fatihah.
Rasa lega kannn. Bila selak zip. Bukak wallet. Taaraaaa. Duit sentiasa ada. Tak kisah walau tinggal sekeping RM1 je pun, ucapkan Alhamdulillah. Even tinggal seposen jer pun.
Boleh try tips ni. Then bayarlah dengan senang hati. Takmo risau duit tak ada. Takmo gelisah duit makin kurang. Pasti Allah bantu.
InsyaAllah. Duit sentiasa ada. Then kita tak rasa gelisah bila duit makin kurang. Setting Mindset yang kita sentiasa ada duit. Walaupun kadang duit memang tak ada. Tak apa. DIA pasti bantu kita.
Ada yang tanya. Betul ke ni? Allah dah cakap beriman dengan kitab. Dalam segala ayat dalam setiap surah kita boleh amalkan. Ni salah satu potongan ayat dalam alquran : surah sad ayat 54. Boleh bukak Al-Quran dan baca.
Sebut sahaja namanya, sudah pasti terbayangkan riak muka bibir mungil muncung dengan dengan dua jari diletakkan di bahagian pipi. Malah penampilan Vida yang sentiasa berani menggayakan busana-busana berat sentiasa membuatkannya Outstanding