Penata Gaya, Farah Dinana Kongsi Gaya Hijab Menarik Untuk Syawal Kali Ini Biarpun Hanya Di Rumah Sahaja!

Share

Biarpun Covid-19 melanda, namun tak salah bukan jika kita mahu melaram di rumah sempena memeriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini. Umum tahu, peningkatan kes Covid-19 membataskan pergerakan kita untuk berkunjung ke rumah mereka yang tercinta, tetapi apa kata kita bergaya sambil ‘ber-video call’ dengan mengikut tip dari penata fesyen terkenal, Faradinana mengenai gaya tudung menarik yang boleh digayakan sempena Syawal kali ini!

  1. Apakah trend penggayaan tudung yang harus kaum wanita tahu?

“Bagi Nana , penggayaan tudung yang kaum wanita harus tahu ialah perbezaan diantara shawl dan juga square scarf. Tudung jenis shawl amat sesuai kerana lebih mudah berbanding square scarf . Penggayaan nya lebih ringkas dan mudah.”

2. Bagaimana pula dengan lebaran tahun ini? Apakah gaya tudung yang sesuai digayakan untuk lebaran tahun ini dan mengapa?

“Umum tahu, sejak dari tahun lepas lagi kita menyambut hari raya puasa dengan keadaan yang serba sederhana. Jadi, lebaran tahun ini semestinya serba ringkas dan bersahaja. Gaya tudung yang sudah menjadi trend sekarang ialah square scarf. Penggayaan square scarf menjadikan gaya fesyen lebih elegan. Namun, square scarf kadang-kala agak mencabar untuk menggayakannya. Jadi, pemilihan material amatlah penting.”

3. Boleh kongsikan cara-cara untuk menghasilkan gaya tudung pilihan anda ini?

Konsep penggayaan ikat di belakang antara stail yang mudah dan cepat untuk digayaka sempena Syawal ini.
Antara stail lain yang boleh digayakan sempena Syawal ini. RIngkas dan sederhana.

This is my favourite look for raya! Simple dan hanya menggunakan satu pin sahaja.”

Cara-cara untuk menghasilkan gaya hijab ini adalah:

  • Tudung square tu kita lipatkan menjadi segi tiga.
  • Then letakkan atas kepala . Pastikan sama panjang dikedua-dua bahagian.
  • Pin kan tudung anda.
  • Bahagian kiri bawakkan ke sebelah kanan kesemuanya.
  • Kemaskan dan bawa ke belakang.
  • Sama juga dengan bahagian sebelah kanan. Bawa kesemuanya ke belakang dan ikatkan kedua-dua bahagian dan sorokkan di bahagian bawah tudung di belakang. Dah siap !

4. Mengenai penggayaan hijab ini, apakah jenis fabrik yang sesuai?

“Material yang tidak terlalu licin. Selalunya ialah satin silk. Kelebihan satin silk ialah berkilat dan akan tampak lebih mahal bila dipakai. Tetapi sekarang banyak cara untuk pakai material satin ini. Dari segi cara lipatan dan juga boleh pakai starch. Material yang saya cadangkan untuk mempercepatkan anda bersiap ialah material satin matte untuk square dan heavy chiffon untuk shawl.

5. Sebagai seorang penata gaya, apakah padanan pakaian yang sesuai untuk digayakan gaya hijab ini?

“Penggayaan ini sesuai untuk semua jenis baju. Jika baju kurung, lebih sesuai dipadankan dengan baju kurung Pahang atau baju yang ringkas dan sangat minimal. Jika baju raya anda terlalu sarat dengan manik, penggayaan tudung ini amatlah sesuai untuk menyeimbangkan keseluruhan look anda.

Tip untuk memilih rekaan tudung yang sesuai dengan bentuk muka.

  1. Berwajah bulat.

Cara pin di belakang tidak digalakkan kerana akan menampakkan wajah anda lebih besar. Untuk menampakkan wajah lebih kecil, penggayaan tudung yang flowy amat sesuai untuk menutup bahagian pipi anda.

2. Berwajah bujur dan runcing.

Cara pin di belakang amat sesuai tetapi selalu orang mempunyai masalah jika rambut asyik terkeluar di bahagian tepi anak kepala. Apa yang boleh anda lakukan, gunakan wax and gel  sebelum pakai scarf supaya anak-anak rambut yang sering terkeluar itu nampak lebih kemas apabila menggayakan hijab.

Sumber gambar: Kepunyaan peribadi Farah Dinana.

Published by
Putra