Minggu lepas VIRAL di mana seorang gadis lepasan Kolej Vokasional yang dikenakan denda setelah mengaku salah kerana menjalankan klinik pergigian swasta tanpa didaftarkan mengikut Seksyen 27 Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 di Bakti Homestay, Jalan Bukit Katil pada 10.15 malam, 25 Januari lepas.
Nur Farahanis Ezzaty Adli atau dikenali Nara dikenakan denda RM70,000 atau 6 bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen di Ayer Keroh, Melaka.
Macam tak percaya apabila gadis berusia 20 tahun ini menjalankan perniagaan memasang gigi secara HARAM hingga mampu menyebabkan orang lain percaya pada kebolehannya. Dikatakan Nara belajar kaedah pemasangan braces daripada youtube sahaja.
Artikel Berkaitan Dari Sinar Harian:PPIM Nafi Bebaskan Doktor Gigi Palsu
Bagaimanapun gadis itu telah dibebaskan dengan membayar sejumlah denda yang dikenakan oleh pihak mahkamah. Ramai yang marah dengan perbuatan Nara yang dikatakan pencemar institusi perubatan. Maklumlah bukan mudah untuk bergelar doktor bertauliah bukanlah mudah dan memerlukan pengorbanan cukup tinggi. Bukan hanya setakat belajar setahun dulu tetapi perlu melanjutkan pelajaran di peringkat tertinggi barulah diiktiraf sebagai doktor tidak kira dalam bahagian dentist atau pakar lain.
Sebenarnya kita sebagai pengguna juga perlu tahu hak kita. Takkan kita sewenangnya nak serah diri pada yang bukan pakar. Bukan apa bimbang ada masalah lain pula nanti terutama membabitkan bab kesihatan. Oleh sebab itu jika kita pergi ke kedai farmasi juga perlu ada pakar dalam bidang itu untuk mendapatkan ubat yang sesuai.
Admin nak share pengalaman seorang gadis, Umaira Aziz yang mendapatkan rawaran braces daripada pakar yang bertauliah. Dia yang mengalami masalah gigi yang tidak rata cukup berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan dan hasilnya dia semakin cantik dan berkeyakinan tika berhadapan orang ramai.
Hi saja nak share pengalaman first pakai braces. First , tujuan pakai braces ni sebab gigi buruk gila ! And menyampah kena ejek je tak habis habis ! Haha . Maira buat braces dekat Klinik Azman , Batu Pahat Johor . Very recommended lah !
Okay gambar tudung purple tu first time kena cabut gigi dua batang belah bawah ! And tudung hijau tu dua batang belah atas ! Seriously tak sakit langsung . Cuma geli time dia inject nak bagi bius je. rasa macam bibirnya tak bermaya sampai kering haaa . Balik cabut gigi terus makan ice cream sebab nak stopkan bleeding .
And maira pakai braces masa memula just pakai lower dulu sebab doktor nak goyangkan gigi . Next apponment dia cabut gigi bawah baru dia pakai kan braces belah atas . And next appoinment baru cabut belah atas.
Itu gambar baru sebulan pakai hehe . Maira pakai bulan 11 and now gigi alhamdulillah dah okay sikit . Siapa nak tengok gigi sekarang
Juga diselitkan kenyataan RASMI daripada laman facebook I-Medik berhubung isu ini.
KENYATAAN RASMI I-MEDIK ISU RAWATAN PERGIGIAN PALSU DAN TANPA TAULIAH
- I-Medik berpendapat tindakan memberi perkhidmatan “braces” tanpa daftar & tanpa sijil kelayakan yang sah oleh sesiapa pun adalah bersalahan dengan undang-undang. Tambahan lagi, perbuatan tersebut adalah sangat berbahaya kepada orang awam yang memilih untuk membuat rawatan dengan pihak ini dengan alasan kos rawatan yang lebih rendah dan mudah didapati berbanding di klinik pergigian berdaftar.
- Masyarakat perlu diberi kesedaran akan kepetingan mendapatkan rawatan professional berbanding rawatan yang indah khabar dari rupa.
- Bukan setakat “fake braces”,mendapatkan rawatan pergigian seperti gigi palsu, tampalan atau cabutan di rumah juga sedang berleluasa yang kebanyakan pesakit akan datang semula mendapatkan khidmat professional sekiranya terdapat komplikasi kerana kelazimannya pihak yang memberi rawatan palsu atau tiada kelayakan ini akan mengambil tindakan berlepas tangan atau enggan bertanggungjawab.
- Pemasangan “fake braces” dan beberapa rawatan asas pergigian perlulah dilaksanakan secara steril di klinik berdaftar bagi mengelakkan komplikasi rawatan. Masalah akan timbul apabila jangkitan silang penyakit berjangkit mula tular semula seperti Hep B, Hep C, TB dan lain-lain lagi. Di samping itu, susunan gigi yang tidak teratur hanya akan menjadi lebih teruk jika “fake braces” dipasang tanpa ilmu dan berdasarkan ilmu Youtube sahaja.
Kita pastinya tidak mahu keadaan ini berterusan kerana akhirnya apabila berlaku komplikasi, mangsa akan mula datang kepada pegawai pergigian berdaftar untuk betulkan semula apa yang telah rosak.
Gigitan atas dan bawah tidak boleh bertemu, gigi goyang dan terpaksa dicabut, serta muka dan gusi bengkak kerana jangkitan – semuanya boleh berlaku jika tidak ada penjagaan yang baik sepanjang proses rawatan berlaku.
- Berikutan kes wanita tersebut yang dilepaskan dari penjara 6 bulan atas bantuan NGO seperti PPIM, PPEM dan orang awam, pihak I Medik merasakan ianya bukan lah tindakan wajar untuk membiarkan pesalah laku ini bebas dan diberi peluang kedua. Malahan kita bimbang sekiranya perkara ini berulang lagi, pesalah laku sudah lali dengan hukuman yang dikenakan undang-undang, hanya kerana mendapat sokongan belakang dari orang ramai.
Kita gusar jika tiada tindakan tegas dikuatkuasakan, akan lebih ramai lagi orang awam yang bakal menjadi mangsa kerakusan pihak tidak bertanggungjawab seperti mereka ini.
- Sebagai individu muslim, kita seharusnya lebih peka dan bertanggungjawab ke atas setiap tindakan yang kita lakukan. Perkhidmatan yang diberikan tanpa sijil akhirnya akan memberi lebih mudharat kepada orang ramai yang tidak bersalah. Harta yang dicari dengan cara yang tidak halal adalah tidak berkat dan menjadi asbab kepada azab seksa di akhirat.
Oleh yang demikian, pihak I-Medik bahagian Pergigian MENGGESA agar :
(1) Semua pengguna berhati-hati dengan sebarang perkhidmatan pergigian tidak berdaftar. Gunakanlah khidmat kesihatan pergigian kerajaan atau swasta yang terbukti pendaftarannya dengan pihak autoriti.
(2) Orang awam juga dinasihati agar memboikot sebarang khidmat pergigian di rumah-rumah, hotel-hotel, dan premis tidak berdaftar. Laporkan sebarang kegiatan mereka kepada pihak kementerian dan sama sekali jangan menyokong aktiviti haram ini.
(3) Semua pertubuhan bukan kerajaan dan orang perseorangan diharap dapat menyokong inisiatif dan penguatkuasaan oleh pihak kerajaan dan seruan-seruan yang dilaungkan mestilah tidak bertentangan dengan polisi dan undang-undang yang telah digariskan.
NABILAH BINTI MOHD YAAKOB
Pegawai Pergigian,
dan ahli Ikatan Pengamal Perubatan Muslim Malaysia (I-Medik)
Jadi kesimpulannya, jika kita sakit atau apa sahaja berkaitan masalah kesihatan silalah pergi mendapatkan perkhidmatan yang diyakini dan bertauliah. Bukan sahaja puas hati, tetapi juga rasa lebih selamat dan kurang risiko merbahaya.
SUMBER: I-MEDIK
KREDIT FOTO: INSTAGRAM UMAIRA AZIZ
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI