Penasihat Kewangan Ini Beri Tip, Jika Hendak Buat Pelaburan, Jangan Beli Emas Hiasan Tapi Belilah Emas Pelaburan

Share

Pengeluaran i-Sinar seharusnya digunakan untuk pembiayaan pendidikan anak-anak selari dengan konsep perbelanjaan kepenggunaan. Mungkin ada yang ingin mengeluarkannya dalam jumlah yang banyak sekali gus, tetapi wang itu perlu disimpan di tempat yang lebih selamat.

Penyakit gelap mata akibat duit ini, bukan hanya berlaku kepada golongan biasa dan pertengahan, tetapi orang yang biasa hidup mewah juga berdepan masalah. Namun ada yang mengambil kesempatan dengan wang i-Sinar yang diperolehi dengan membeli emas.

Berikut perkongsian Azizul Azli Ahmad tentang isu ini. Menurut beliau, apakah kita semua sedang ada duit lebihan sekarang? Atau kita yakin membeli barang kemas pelaburan yang baik demi masa depan?

Photo Castorly Stock from Pexels

Sama seperti hartanah, kita selalu bertanya, tujuan beli untuk pelaburan atau hendak duduk sendiri. Emas juga begitu. Beli emas untuk melabur atau hendak bergaya waktu kenduri kendara. Harga emas sedang turun sekarang, ramai ambil manfaat sekarang.

Walau emosi kita berbunga-bunga hendak beli emas bergaya macam jiran tetangga, belilah emas yang bagus untuk pelaburan masa depan. Bukan sebab harga emas murah sekarang. Beli emas sebab kita ada matlamat ingin menyimpan emas yang baik.

KELEMAHAN EMAS HIASAN

Susut Nilai Lebih Tinggi
Berbanding kita beli emas pelaburan, emas hiasan ada susut nilai dari harga kita beli antara 25%-40% pun ada! Sudah macam beli kereta.

Kos Upah Tinggi
Semakin pelik bunga bunga cinta pada barang kemas kita, makin tinggi upahnya. Malah ada kedai manipulasi upah untuk dapat keuntungan lebih tinggi.

Harga Lebih Tinggi
Harga barang kemas ditentukan oleh Persatuan Pekedai Emas (FGJAM). Mereka biasanya tetapkan harga yang lebih tinggi dari harga pasaran emas semasa selalunya.

Lambat Naik Harga
Harga barang kemas ini bila naik harga, kedai akan cepat update harga baru. Bila harga turun, mereka akan lambat turunkan harga dan kekal beberapa bulan pada harga lama biasanya. Kena rajin semak harga semasa.

Photo by Michael Steinberg from Pexels

Mudah Rosak
Bila kerja tangan semakin halus, terputus, patah, kemek, bengkok dan hilang boleh berlaku. Semakin kita selalu guna peluang rosak dan hilang tetap ada. Maka kita faham sekarang mengapa emas jongkong dan dinar lebih baik buat simpanan dan pelaburan masa depan.

Memang digalakkan untuk menyimpan emas namun digalakkan orang ramai simpan emas pelaburan bukannya emas hiasan. Jika ada duit lebih dan teringin hendak merasa barang kemas di tangan, itu tidak mengapa.

Jangan ghairah ikut orang sebab ada lebihan duit i-Sinar di tangan.  Pandemik ini akan jadi panjang, belilah emas pelaburan bukannya emas hiasan untuk masa depan.

HIJABISTA: Gunakan duit i-Sinar yang diperolehi sebaik munkin. Jangan boros. Jika tiada keperluan mendesak, simpan sahaja di dalam akaun bank sebagai contoh dalam akaun Simpanan Nasional (ASB)

Sumber kredit: Azizul Azli Ahmad Top image: Photo by Castorly Stock from Pexels

Published by
Norhasliza