Setiap wanita memang suka pada kecantikan. Jadi untuk kelihatan cantik dan berbadan langsing tidak perlu pengambilan pil ataupun suntikan buang lemak. Sebaliknya hanya minum air barli viral yang boleh dibuat sendiri. Air barli ini bukan sahaja boleh mencantikkan kulit tetapi juga menguruskan badan. Hanya bermodal tak sampai RM5, ia boleh dibuat sendiri dan amalkan meminumnya setiap hari.
Bukan sahaja untuk membuat kita kurus, tetapi juga berupaya menjadikan kulit yang kusam jadi berseri-seri. Malah mampu membuat kulit jadi anjal secara semula jadi dan tidak perlu suntikan botox.
Resepi Air Barli Viral
===============
Masa mula² jumpa resepi ni, akak excited sangat sebab tak sangka barli pun boleh mencantikkan kulit dan menguruskan badan kita. Murah kot modal dia. Nak minum hari² pun boleh.
Tapi nak cantik bukan setakat rebus barli tu je,kena ada kawan² dia sekali. Takde semua bahan tu,tak wujud la air barli viral ya.
Ads
Air barli ni kalau kita minum secara konsisten, badan kita boleh kurus, kulit yang kusam pun boleh jadi berseri semula. Tambahan juga boleh anjalkan kulit secara semulajadi. Tak payah susah² nak pergi cucuk botox. Minum je air barli hari². Jimat hehe.
Air Barli (Cantikkan kulit + kuruskan badan)
Bahan² :
Ads
1/2 cawan barli
7 gelas air
1 batang kayu manis ceylon
Lemon
Madu (kalau nak manis)
**boleh guna sukatan sendiri ya.
Cara² :
1. Rebus barli + kayu manis selama 30-45 minit,sampai barli kembang.
Ads
2. Pastu dah boleh tutup api. Sebelum minum nanti perahkan lemon sedikit dan masukkan madu sedikit.
Siapa cakap nak sihat nak gebus kena guna modal besar. Minum je air barli hari2. Korang akan lihat kulit korang glowing mowing plus anjal tau. Pastu lelemak pun segan nak duduk lelama dalam badan.
Selamat mencuba.
Sumber Resepi : Mazni Maz
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Kata orang, tak kenal maka tak cinta. Begitulah ungkapan yang sering dizahirkan oleh saudara baru tentang Islam. Mereka yang baru memeluk agama Islam ini seperti dilahirkan semula tanpa dosa dan seperti kain putih yang suci bersih.
Alhamdulillah, gembira rasanya setiap kali membaca kisah saudara kita yang baru memeluk agama Islam. Benarlah, hidayah itu datang dalam pelbagai cara. Seperti kisah seorang lelaki berusia 21 tahun ini, yang memilih untuk memeluk Islam selepas tersentuh dengan budi baik yang ditunjukkan oleh rakan-rakan Muslimnya.
Kisah penghijrahan dan pengalaman seorang lelaki yang bernama Muhammad Farhan ini telah turut dikongsikan dalam sebuah buku yang diterbitkan bertajuk A Reverent Journey: Masjid Omar Kampong Melaka: 1820-2020.
Menjadi sukarelawan di masjid
Menurut Berita Harian Singapura, Muhammad Farhan Yoong atau nama sebenarnya Yoong Chun Keat pada awalnya mendapat pendedahan awal mengenai agama Islam apabila sering menumpangkan rakan-rakan Perkhidmatan Negara (NS) daripada anggota polis Singapura ke masjid untuk menunaikan solat.
Ujar Farhan, dia mula mengenali keindahan Islam selepas penyelianya Fadzil Abdul Rahman(yang merupakan Setiausaha Masjid Omar Kampong Melaka pada waktu itu) memperkenalkannya kepada jemaah masjid hingga dia menurut serta menjadi sukarelawan masjid berkenaan.
Jemaah di masjid tersebut telah menerimanya dengan tangan terbuka dan penuh mesra. Semangat ukhuwah inilah yang membuatkan Muhammad Farhan sanggup menjadi sukarelawan masjid berkenaan dan mengembil bahagian dalam kerja kemasyarakatannya yang melibatkan membantu kelas Quran di kawasan perumahan Jalan Kukoh.
“Melihat teman Muslim saya membantu orang lain, saya menyedari melakukan kebaikan adalah sebahagian besar cara kehidupan masyarakat Islam.
“Mereka tidak mengasingkan agama daripada kehidupan, semuanya menjadi satu.
“Terdapat cara yang betul untuk melakukan perkara tertentu dan ia menjadi sebahagian hidup anda. Pendekatan sebegini adalah yang saya cari-cari. Justeru, saya menghadiri kursus agama dan akhirnya memeluk Islam,” memetik kata-katanya dalam buku yang telah diterbitkan.
Tambah Muhammad Farhan, dia tidak merasa kekok apabila dikelilingi oleh masyarakat Islam yang tidak penat menunjukkan kegigihan dalam membantu golongan yang memerlukan di flat perumahan sekitar Jalan Kukoh.
Selain itu, dia turut berkongsi bahawa dia turut membantu mengambil guru agama bagi kelas Al-Quran dari rumah ke masjid beserta membawa makanan untuk pelajar dan sebagainya.
“Kami bukan sahaja membantu orang Muslim. Kami juga mengusahakan agar warga emas daripada semua kaum mendapatkan pemeriksaan perubatan percuma. Kami juga mendidik mereka tentang isu seperti risiko terjatuh.
“Hotel Seacare berdekatan menyediakan lokasi untuk pemeriksaan perubatan ini. Mereka yang hadir termasuk jemaah Masjid Omar Kampong Melaka.
“Saya kini buat lebih daripada setakat kerja kemasyarakatan untuk masjid ini – segala yang saya buat mencorak hidup saya menjadi insan yang lebih baik,” jelasnya.
Berkongsi mengenai latar belakang pendidikan, Farhan terdahulu bersekolah di sekolah swasta dan dibimbing guru-guru daripada latar belakang antarabangsa pada peringkat sekolah menengah dan posmenengah atas keinginan ibu bapanya yang mendapat pendidikan luar negara (bapanya lulusan institusi di United Kingdom manakala ibunya mendapat pendidikan di Australia).
Muhammad Farhan turut menggambarkan dirinya sebagai seorang yang mempunyai pemikiran terbuka dan seimbang dalam membantu menjadikan dunia tempat yang lebih baik.
“Kalau ada masalah, saya cuba sebaiknya menghuraikannya. Orang kata buat kesilapan itu baik (agar dapat belajar daripada kesilapan).
“Tetapi saya secara peribadi berasakan tidak baik pula kalau saya bikin silap. Jadi saya cuba elakkan kesilapan.
“Saya bersikap optimistik, rasanya. Saya selalu meninjau cara bagaimana perkara tertentu dapat dilakukan dengan lebih baik lagi,” tambahnya.
Sekadar info, Farhan merupakan salah seorang belia yang telah menerima watikah pelantikannya sebagai anggota LPM Masjid Omar Kampung Melaka; masjid tertua di Singapura setelah 10 bulan memeluk islam.
Siapa tidak kenal dengan aktor kacak, Aidil Aziz yang pernah membintangi filem Evolusi KL Drift 2 yang juga suami kepada pelakon jelita, Fasha Sandha.
Terbaharu menerusi hantarn di laman Instagram miliknya, Aidil berkongsikan persiapan mereka untuk berangkat ke tanah suci buat kali pertama sebagai pasangan suami dan isteri, bagi mengerjakan ibadah umrah.
Menurut Aidil, meskipun sudah berpeluang banyak kali menjejakkan kaki ke tanah suci, namun ibadah umrah kali ini adalah yang paling istimewa bagi dirinya, kerana ditemani oleh ‘bidadari syurganya’ di akhirat kelak.
“Saya sudah beberapa kali menunaikan umrah, namun kali ini lebih istimewa kerana saya membawa isteri bersama-sama. Apatah lagi, pengalaman ini sesuatu yang baru buatnya.
“Sukar diungkap perasaan bakal menunaikan umrah bersama-sama isteri. Fasha usah disangkal lagi, memang teruja sejak awal lagi dan kami bersyukur semuanya dipermudahkan.
“Orang kata apabila menyimpan hasrat untuk menunaikan ibadah bersama, ada saja yang menawarkan diri untuk menjaga anak kami. Apatah lagi, ahli keluarga terdekat pula tu,” katanya.
Mengulas lanjut berhubung perancangan mereka ke tanah suci Mekah ini, Aidil menjelaskan bahawa ini bukanlah perancagan yang dilakukan secara tiba-tiba, malah ia adalah perlaksanaan niat yang tertangguh akibat pandemik Covid-19 tempohari.
“Memang niat dah lama namun inilah masa yang terbaik memandangkan Aisya pun sudah besar. Ini semua perancangan Allah SWT.
“Doakan semuanya dipermudahkan dan segala yang dirancang berjalan dengan lancar,” ujarnya lagi.
Selain itu, Aidil memaklumkan dia dan isteri, akan berangkat ke Tanah Suci Makkah pada hari ini, dan memohon agar orang ramai mendoakan kesejahteraan mereka sepanjang melaksanakan ibadah berkenaan.
Sekadar info, pasangan Aidil dan Fasha diijabqabulkan pada tanggal 30 Mac 2019, hasil perkongsian hidup selama lima tahun itu, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, bernama Aisha Amaira yang kini berusia dua tahun.
Aidil juga mempunyai dua anak tiri iaitu Putra Rayfal, 9, dan Putri Raysha Jemyma, 8 hasil perkahwinan Fasha yang terdahulu.
Selebriti popular, Noor Neelofa menerusi hantaran terbaharu di laman Instagram miliknya, membuatkan wargamaya tak keruan dan geram melihat foto perkembangan terbaharu Bilal.
Gambar Bilal yang gebu sedang minum air sambil duduk diatas kerusi, ternyata mengundang rasa geram netizen dek kecomelan anak niqabis yang juga usahawan terkemuka itu.
Manakan tidak, Bilal bukan sahaja mempunyai kulit yang putih melepak, selain itu tangan Bilal yang gebu pasti membuatkan sesiapa sahaja geram dan tidak keruan sehingga rasa nak cubit-cubit sahaja si manja itu.
Hijabista meninjau ke ruangan komen dan mendapati, rata-rata selebriti dan peminat menghujani ruangan komen di Instagram Neelofa dengan puji-pujian terhadap bilal.
Malah, ramai juga yang geram melihat kecomelan Bilal serta mendoakan agar Bilal menjadi anak soleh yang bakal membahagiakan kedua orang tuanya kelak.
Sekadar info, Neelofa atau nama sebenar, Noor Neelofa Mohd Noor mendirikan rumah tangga dengan pelakon, PU Riz melalui sebuah majlis akad nikah di Kuala Lumpur pada 27 Mac 2021.
Pasangan merpati dua sejoli itu telah dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Bilal yang dilahirkan pada 29 Januari 2022.
Minat fesyen sejak kecil, Mira Agile sentiasa bergaya walau berstatus ibu anak tiga. Pakaian dengan corak minimum, polos dalam kombinasi monokrom, hitam putih atau...