Sejak akhir-akhir ini, aktres cantik dari Indonesia, Tya Ariffin yang juga menantu tiri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza sering memuat naik fotonya mengenakan hijab di laman instagramnya.

Beberapa hari lalu, Tya memuat naik gambarnya bertudung apabila menghadiri majlis perkahwinan  bersama suami tercinta iaitu Asyraf Khalid.

MasyaAllah manis sangat!

Tya yang juga merupakan ibu kepada dua cahaya mata ini turut memakai tudung sewaktu melawat adik iparnya, Aazief Khalid yang dimasukkan ke wad hospital.

IKLAN

IKLAN

Walaupun tiada kenyataan rasmi daripada Tya, para peminatnya tidak henti-henti memberi pujian dan sokongan di ruang komen kerana begitu gembira melihatnya berhijab dan berharap agar dirinya dapat terus kekal istiqomah.

Pelakon ternama dari seberang iaitu Laudya Cynthia Bella juga turut terharu melihat imej terbaharu Tya itu dan mendoakan yang terbaik untuk sahabatnya itu.

IKLAN

View this post on Instagram

Dah lama tak selfie❤️

A post shared by Tya Arifin (@tyaarifinnw) on

Terdahulu, Tya telah mendirikan rumah tangga bersama Asyraf Khalid pada 1 November 2015.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata, Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa.

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI