Berita

Penampilan Mualaf CELINE EVANGELISTA Dengan Abaya & Burka Ketika Umrah Banjir Pujian

Share

Aktres cantik Indonesia yang baharu bergelar mualaf, Celine Evangelista baru-baru ini mencuri perhatian ramai setelah memuat naik video yang menunjukkan dirinya memakai abaya dan burka di tanah suci Mekah.

Penampilan Mualaf CELINE EVANGELISTA Dengan Abaya & Burka Ketika Umrah Banjir PujianPenampilan Mualaf CELINE EVANGELISTA Dengan Abaya & Burka Ketika Umrah Banjir Pujian
Kredit Foto: celine_evangelista

Video tersebut disertakan dengan huraian syahadah di ruangan kapsyen membuktikan dirinya telah memeluk Islam dan bergelar mualaf.

“Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah,”

tulis Celine dalam kapsyen muat naiknya.

Abaya & Burqa

Dalam video yang dikongsikan, ibu kepada empat anak ini kelihatan sangat anggun memakai abaya dan burka biarpun ringkas.

Celine memakai abaya longgar serba putih dari @hijabsabine. Berkonsepkan minimalis tanpa perincian berlebihan memberikan kesan bersih dan segar.

Banjir Pujian

Melengkapkan penampilannya, Celine menggabungkan abaya putihnya dengan tudung labuh atau khimar rona senada.

Pemilihan warna monokrom mengukuhkan lagi kesan keanggunan dan keharmonian penampilannya. Celine turut memakai burqa yang menutupi hampir keseluruhan wajahnya.

BACA JUGA: Keluarga Tak Restu Peluk Islam, Mualaf Korea NUR ARISA MARYAM Terus Berbuat Baik Kepada Ibu Tanpa Jemu

Bukan sahaja gaya fesyennya menarik perhatian, muat naik Celine turut dipenuhi dengan doa, sokongan dan harapan daripada warga maya.

Keputusan Celine memeluk Islam disambut baik dengan rasa terharu dan gembira. Mereka memberikan sokongan dan mendoakan Celine agar kekal istiqamah.

Tangisan Kebahagiaan

Celine tidak dapat mengawal air matanya saat mencium Kaabah buat kali pertama. Detik emosi ini menjadi simbol perjalanan rohaninya yang bermakna.

Keputusannya untuk memeluk Islam bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi kepercayaannya membawa kebahagiaan yang mendalam.

Celine turut berpesan kepada para pengikut dan peminatnya agar tidak mengungkit perkara buruk atau aibnya pada masa lalu di media sosial.

Untuk info, Celine Evangelista memeluk Islam selepas bercerai dengan aktor Stefan William pada Oktober 2021.

Celine merupakan seorang pelako, penyampai, penyanyi dan model Indonesia. Pemilik nama penuh Celine Evangelista Monica Maureen Ricci ini berusia 33 tahun dan dilahirkan di Itali.

 

 

Published by
Amy Mohd