Pemilihan warna hijab yang tepat sangat membantu menaikkan seri wajah.
Maka sebab itulah penting untuk seseorang hijabi itu memilih warna hijab yang sesuai dengan tona kulit agar penampilan diri lebih terserlah.
Bukan semua warna sesuai dengan semua jenis kulit. Pemilihan warna hijab yang salah akan menyebabkan wajah kelihatan kusam, pucat dan tidak bermaya.
Berikut tip pemilihan warna hijab mengikut tona kulit yang dikongsikan Silhouette iana. Moga ia jadi panduan yang berguna kepada hijabi semua.
TIP PILIH TUDUNG IKUT TONA KULIT
Selain bentuk muka, faktor tona kulit juga memainkan peranan dalam menghasilkan keserasian gaya dengan warna tudung yang dipilih. Pemilihan warna tudung yang betul menaikkan lagi kecantikkan awak.
1. Kulit putih, cerah dan kuning langsat
Kulit putih dan cerah lebih nampak berseri jika memakai tudung berwarna gelap atau terang yang kontra seperti Purple, Merah, Ocean Blue & Black. Walaupun warna pastel dan neutral sangat popular tetapi ia boleh membuatkan wajah nampak pucat dan tidak bermaya. So kalau nak juga pakai pastel, anda kena campurkan dengan warna-warna yang garang supaya penggayaan anda jadi lagi menarik!
2. Kulit sawo matang
Kulit sawo matang atau coklat merupakan warna kulit yang biasa bagi kebanyakkan wanita di Malaysia. Warna-warna tudung yang menyerlahkan tona pemilik kulit sawo matang ialah rona pastel. Contoh, Beige, Baby Blue, Peach & Salmon. Anda kena elakkan pakai warna merah darah, hijau tua dan coklat tua tau! Nanti akan membuatkan muka anda bertambah kusam dan gelap.
3. Kulit gelap dan hitam manis
Anda kena pakai warna-warna yang menaikkan seri wajah seperti merah hati, soft purple atau jingga lembut. Warna-warna ini bersifat kontra dengan tona kulit sekali gus boleh buat kulit anda kelihatan lebih cerah. Elakkan pakai warna coklat tua, hitam dan biru gelap tau ia akan menyebabkan kulit menjadi semakin gelap dan lesu.
Moga tip ini dapat menjadi rujukan dan panduan kepada para hijabi semua.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dulu Pilih Persalinan Batik Kali Ini Elfira Loy Gayakan Busana Moden Merah Jambu Di Hari Pertunangan. So Sweet!
Isi Kandungan
ToggleSetelah lama berteka-teki mengenai status terkini dirinya, pelakon serta usahawan kecil molek Elfira Loy akhirnya memuat turun sekeping foto sempena hari bahagianya yang berlaku tahun ini. Biarpun tidak menjelaskan secara terperinci, tetapi kapsyen yang ditulis seolah memberitahu dirinya kini sudah bergelar tunangan orang sekali lagi. Jika dulu memilih persalinan batik warna purple, tetapi kali ini busana warna pink pula menjadi pilihannya. Lebih simple berbanding dulu, tetapi majlis yang dilakukan di kediamannya 2 September lalu disambut dengan penuh kegembiraaan serta kesyukuran.
Pada majlis itu, Elfira mengenakan busana moden rona merah jambu rekaan Rizman Ruzaini yang dipadankan dengan sarungan hijab rona senada yang dililit ringkas. Dengan solekan nipis gandingan hebat Celebrity Makeup Artis Najeeb Azmi dan Jijie Zainal tetap menyerlahkan keanggunan pelakon yang memiliki kening tebal ini.
Elfira Loy Cipta Kelainan Gayakan Batik Di majlis Pertunangan
Pasangannya, Muhammad Faris Khairol Anuar yang kini bertugas sebagai Pengurus Besar di sebuah syarikat telekomunikasi juga dilihat memakai persalinan rona sama sedondon dengan Elfira.
Menurut Elfira dalam instagramhya itu media sosial ini telah menjadi digital albumnya dan berkongsi segala apa yang disukainya termasuk perasaan dialaminya sekarang. Salah satunya adalah sekeping foto pada majlis istimewa yang berlaku tahun ini.
Share daripada hati, walaupun ada antaranya yang akan memberi pandangan dan dia menghormatinya.
Instagram has been my digital album since forever , i share what i like , what i love , and i like to express about almost everything in here . Because , for me this is my personal space that people cannot invade.Whatever that i share comes from the heart & you will feel close to me personally. However , i know people still gonna have their opinion and i gotta respect that with full manners.
Berkongsi momen terbaik untuk tahun ini
I’m sharing with you guys one photo of me during one of my favourite moments of the year. I was genuinely happy , overwhelmed and touched .
Hati ini sudah dimiliki
Apa yang terbuku didalam hati , biarlah disimpan dihati. Kerana hati , sudah dimiliki
Turut menerima ucapan tahniah daripada rakan artis dan followernya di instagram. Ramai mendoakan pasangan ini kelak kekal hingga ke jannah.
diraabuzahar Tahniah dek. Nnt boleh raya sekali. Dah dekat.
_aniskiss Nank nangissss now still feeling sooo happy for you two!
dayahbakar Jodoh pasti bertemu . Perancangan Allah adalah yang terbaik, tahniah yerly, alhamdulillah
faizuraaini Congratulations my dear may Allah bless both of you with happiness, love, peace and success – Aameen
rafaelashraf71 Congrats El, semoga terus bahagia with the ones you love because you deserve it
nurulnatashaazrin Alhamdulillah tahniah El.. smoga ikatan ini kekal hingga ke jannah..In Shaa Allah… Aamiin Aamiin..
normahsabran Tahniah @elfiraloy aunty doakan agar bahagia hingga Jannah ,
Namun begitu tidak dipastikan bila majlis cukup indah ini berlaku. Apa pun Hijabista mengucapkan tahniah dan semoga apa yang telah dirancang tercapai hingga ke jenjang pelamin.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM ELFIRA LOY
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kilatkan Barang Kemas Perak Anda Hanya Di Rumah, 5 Cara Berkesan Dari Sos Tomato Ke Ubat Gigi
Isi Kandungan
TogglePerhiasan perak terdedah kepada kehilangan kilauannya dari semasa ke semasa, tetapi mujurlah, ia sangat mudah untuk memulihkannya dari bahan dapur rumah anda sendiri.
Barang kemas perak secara semula jadi akan luntur dari masa ke masa, menyebabkan barang itu kelihatan lebih kusam daripada yang pertama dibeli dan dalam beberapa kes, membentuk lapisan keemasan atau hitam kehijauan di atas.
Berikut ialah lima cara cepat dan mudah untuk membersihkan barang kemas perak tanpa membawanya kepada tukang emas.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Pes soda penaik
Lawan pencemaran degil dengan pes soda penaik buatan sendiri. Proses membuat ini sangat mudah dan mempunyai masa pemulihan yang cepat.
- Campurkan empat sudu besar baking soda dengan dua sudu air suam ke dalam pes tebal.
- Seterusnya, sapukan pada bahagian yang kotor menggunakan kain lembap dan biarkan selama dua hingga tiga minit.
- Kemudian, gosokkan larutan dengan kain lembap dan keringkan. Cuba jangan gosok terlalu kuat untuk mengelakkan permukaannya tercalar.
Ubat gigi tidak kasar dan bukan gel
Anda tidak akan percaya yang ini, tetapi ubat gigi adalah pembersih yang sangat berkesan untuk barang kemas perak. Ubat gigi adalah salah satu cara paling mudah untuk membersihkan barang kemas. Walau bagaimanapun, penting untuk memastikan anda tidak menggunakan pes yang melelas atau yang mengandungi agen kawalan tartar atau pemutih.
- Hanya picit sedikit pada kain atau tisu lembut dan gosokkan bahagian yang ternoda dengan gerakan membulat.
- Biarkan ini selama kira-kira lima minit sebelum membilas pes dengan air, kemudian bersedia dengan hasilnya.
Sos tomato, pelik tetapi juga berkesan
Peliknya, sos tomato adalah satu lagi item yang sangat disyorkan untuk digunakan untuk membersihkan barang kemas yang tercemar. Ini kerana ia mengandungi asid asetik, juga dikenali sebagai cuka. Ini adalah kaedah yang baik jika anda hanya perlu membersihkan beberapa barang.
- Picit beberapa titis sos tomato pada kain dan gosokkannya pada bahagian yang ternoda.
- Untuk hasil yang lebih baik, dinasihatkan untuk membiarkan larutan ini pada item selama kira-kira 15 minit sebelum membilasnya dengan air suam.
Kerajang aluminium
Satu lagi hack mudah untuk membersihkan barang kemas perak ialah kaedah kerajang dapur.
- Cukup isi mangkuk dengan air panas, masukkan satu sudu garam kemudian kacau sehingga ia larut sepenuhnya.
- Seterusnya, tambahkan beberapa jalur aluminium foil ke dalam mangkuk bersama-sama dengan barang kemas perak anda dan biarkan selama beberapa minit.
- Akhir sekali, keluarkan barang kemas dan bilas dengan air. Anda mungkin perlu mengulangi proses ini beberapa kali untuk mendapatkan hasil yang terbaik, tetapi ia berkesan.
Ammonia dan air
Kaedah ini tidak disyorkan untuk barang kemas perak antik, tetapi untuk barangan yang lebih umum, ia adalah penyelesaian yang baik.
- Untuk mencerahkan kepingan anda, sediakan penyelesaian menggunakan satu bahagian ammonia jernih kepada dua bahagian air suam.
- Campurkan ini kemudian biarkan barang kemas anda berendam dalam larutan selama kira-kira 10 minit.
- Setelah masa tamat, keluarkan kepingan dari mangkuk dan lap bersih dengan kain kapas lembut.
Mudah ternoda
Perak adalah salah satu logam yang paling popular digunakan untuk barang kemas dan ia biasanya datang dalam dua bentuk; plat perak dan perak sterling pepejal. Logam ini cenderung terdiri daripada bahagian perak dan sebahagian tembaga, dan biasanya tembaga yang menyebabkan kekotoran berlaku.
Lapisan nipis atau kakisan yang digambarkan sebagai mencemarkan berlaku apabila perak bertindak balas dengan oksigen dan sulfur di atmosfera dan sebenarnya berfungsi sebagai satu bentuk perlindungan untuk lapisan dalam logam.
Perak lebih cepat ternoda dalam iklim yang lebih lembap atau kawasan yang mempunyai tahap pencemaran udara yang lebih tinggi, tetapi tindak balas kimia ini juga boleh diburukkan oleh perkara seperti pelembap, klorin, penyembur rambut dan juga pH kulit yang tidak seimbang.
Memandangkan barang kemas yang tercemar nampaknya tidak dapat dielakkan, adalah penting untuk mengetahui cara membersihkan barang kemas anda apabila ia mula berkembang.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Gaya Kasual OOTD Dato’ Sri Siti Nurhaliza Yang Boleh Kamu Cuba Ketika ‘Work From Home’. Lebih Santai Dan Selesa!
Penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza antara figura yang seringkali menjadi perhatian lensa kamera tidak kira dimana beliau berada. Terutamanya di acara karpet merah, beliau seringkali hadir dengan rekaan busana yang mewah, sopan dan semestinya menawan.
Namun, kita tolak ketepi tentang gaya glamour penyanyi terbaik ini. Kita fokuskan pula tentang gaya OOTD beliau yang dimuatnaik di laman Instagramnya. Jujurnya, Dato’ Sri tidak kekok untuk bergaya saat menangkap gambar OOTD, malah keseluruhan gayanya sangat kasual, manis dan semestinya sopan! Team Hijabista berminat untuk berkongsi kepada kamu semua tentang pilihan terbaik gaya kasual OOTD penyanyi kesayangan negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza!
Tampak ayu dan manis dalam padanan rona warna putih dan hijau ‘pastel’, Dato Sri bijak dalam mengenakan hiasan aksesori yang tidak lari ronanya dengan keseluruhan gaya. Lebih segar dan bersih! Padanan ‘handbag’ menjadi pelengkap kepada keseluruhan gaya Dato Sri untuk OOTD ini. Percaya atau tidak, gaya solekannya yang tidak terlalu ‘heavy’ dan tidak bersungguh juga menjadikan figura ini lebih muda dari usia! Jadi kamu tidak harus risau untuk mengenakan rona putih dalam gaya kamu! Semestinya warna putih ini sesuai dipadankan dengan apa-apa warna, tidak kira terang ataupun kuat, jika kena gayanya pasti menjadikan keseluruhan gaya ‘work from home’ kamu sempurna persis Dato’ Sri ini! Tetapi ingat, usah gayakan aksesori yang lebih dari dua warna ya! Jika tidak, gaya kamu akan tampak sedikit pelik! Kekalkan konsep ‘less is more’ dalam gaya fesyen kamu.
Alahai, sopan sungguh gaya OOTD Dato’ Sri! Ringkas dan mudah. Bagi kamu yang inginkan gaya yang senang untuk digayakan, sarungkan sahaja ‘cardigan’ potongan panjang untuk menaikkan aura personaliti kamu! Jika dilihat dari gaya OOTD ini, Dato’ Sri bijak dalam mengenakan padanan rona warna yang tidak terlalu menonjol. Gabungan warna nude dan juga keperangan menyerlahkan lagi nilai eksklusif dalam gaya fesyen ini. Biarpun nampak kasual dan bersahaja, namun istilah ‘bersiap’ itu masih boleh dilihat dari atas hingga ke bawah. Tambahan pula Dato’ Sri bijak dalam mengenakan hijab yang bercorak, maka gaya OOTD ini tidak bosan malah ia secukup rasa!
Persis anak muda! Warna hitam menaikkan lagi nilai mahal dalam stail Dato’ Sri walaupun ia hanya sekadar OOTD biasa. Ganya cukup mudah, hanya sarungkan ‘cardigan’ potongan pendek bersama-sama dengan helaian dalam berona terang seperti warna hijau yang disarungkan oleh Dato’ Sri ini. Ringkas, bukan? Jika kamu tiada ‘cardigan’ jenis ini, sarungkan sahaja kemeja bersaiz ‘oversized’ untuk dijadikan sebagai outerwear. Untuk gaya ini, solekan yang sedikit tebal menjadi kunci utama dalam menaikkan seri keseluruhan gaya.
Padanan rona biru dan hitam ini sememangnya mudah untuk kamu miliki. Seperti gaya kasual Dato’ Sri ini, kamu hanya perlu padankan jaket atau ‘blazer’ potongan pendek bersama-sama dengan ‘blouse’ panjang untuk menghidupkan gaya fesyen yang sopan. Sudah pasti dua pilihan warna ini sudah tersedia ada dalam ‘wardrobe’ kamu kan? Jadi, tidak perlu buntu untuk fikir gaya yang ingin disarungkan untuk stail ‘work from home’ kamu. Sehelai jaket ataupun ‘blazer’ mampu untuk menaikkan gaya formal seseorang! Kamu semestinya sudah bersedia untuk menghadiri ‘meeting’ secara online!
Selesa dan bersahaja. Jika sebelum ini, rekaan ‘cardigan’ labuh ini dipadankan dengan warna nude, apa kata kita padankan pula dengan warna hitam? Seperti warna putih, warna hitam juga ialah warna asas yang sesuai dipadankan dengan apa-apa warna sekalipun. Untuk OOTD ini, Dato’ Sri tampak anggun dan mewah dalam gaya kasualnya. Hanya diserikan dengan pilihan akseseori ‘handbag’ serta corak hijab yang sesuai, pastinya menjadikan keseluruhan penampilan kamu ‘perfect’! Jadi apa tunggu lagi? Ayuh kemaskan ‘wardrobe’ kamu dan gayakan fesyen persis Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Selamat mencuba!
Sumber gambar: Instagram Dato’ Sri Siti Nurhaliza
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI