Jalan hidup kita, suka atau duka, semuanya telah disusun cantik oleh Allah. Sejak berkahwin pada tahun 2018, pemilik nama lengkap Nur Fazura Sharifuddin terus mengukuhkan kedudukannya sebagai salah seorang usahawanita terkenal tanah air.
Jika dahulu, Fazura sekadar mengusahakan butik fesyen House of Doll, kini beliau berjaya melahirkan lebih banyak rangkaian jenama gaya hidup dan Muslimah seperti Fazbulous, Fazura Skincare, Fazura Beauty, Tudung Fazura, Trudolly (jenama yang diusahakan bersama Puteri Zarith) serta yang terbaharu, Fazura Beauty Water.
Fazura Sebak Kenang Kisah Penghijrahanya!
Penghijrahan bagi Fazura sememangnya sudah diduga sejak awal lagi. Bermula dari sekadar berhijab hanya pada bulan Ramadan, Fazura dilihat perlahan-lahan menyenangi helaian yang lebih longgar dan sopan.
Pertama kali melangkah keluar dengan transformasi hijab sepenuhnya pada 4 tahun lalu, Fazura akui dirinya berasa sungguh tenang. Malah, Fattah Amin dan ahli keluarga Fazura merupakan antara orang terawal, yang gembira melihat perubahan aktress berusia 40 tahun itu.
“MasyaAllah, Dia permudahkan semua yang Faz buat. Apa saja yang terdetik di hati, tiba-tiba jadi mudah. Now I respect myself more!” Fazura
Sambil mengiyakan pendapat bahawa untuk bertudung itu mudah tapi untuk beristiqamah itu yang susah, Fazura tegas berpegang pada niat sebenarnya, iaitu menjadi wanita Muslimah yang sejati.
“Of course everyone has their own struggle. Macam saya semasa baru berhijrah pun, hati selalu berbolak-balik. Saya selalu berdoa dan mohon juga doa semua kepada Allah agar kebaikan ini berterusan buat selama-lamanya.” Fazura.
Ads
Bersyukur Perniagaan Tudung Beri Pengaruh Wanita Lain Bersama Tutup Aurat
Paling menyentuh hati, Fazura sangat bersyukur kerana perniagaan tudung yang dijalankan sedikit sebanyak membuka hati segelintir kaum wanita untuk mula belajar menutup aurat.
Sebagai salah seorang selebriti popular yang pernah menerima banyak anugerah, laluan Fazura dalam dunia keusahawanan terbentang luas menggunakan platform peminatnya yang ramai. Terkini, jumlah pengikut beliau mencapai 5.7 juta di Instagram dan 460,000 di TikTok!
Ibu kepada si comel Nur Fatima Aisya itu juga menolak sangkaan klise tentang fenomena artis bertudung semata-mata untuk berniaga. Bersangka baik dengan takdir Allah, pasti hikmah di sebaliknya besar sekali.
Ads
Pun begitu, sebagai wanita yang sering diangkat sebagai ikon fesyen, adakah jiwa Fazura terhadap seni fesyen telah benar-benar berubah?
Sejak Berhijab Makin Gemar Gayakan Busana Fesyen Patuh Syariah
“Sekarang Faz lebih seronok dan suka berfesyen, malah makin suka explore macam-macam gaya hijabi. Mujurlah sejak dulu Faz seorang yang ringkas dan suka tudung bawal.
Koleksi wardrobe pun banyak seluar jeans dan oversized shirt yang sesuai dengan diri Faz yang baru. Cuma itulah, Faz nak cuba lebih banyak stail hijab yang berbeza.”
Bersyukur kerana bukan sahaja dapat membantu membuka pintu hati para wanita untuk berhijab, perniagaan Tudung Fazura juga turut membantu orang lain, khususnya stokis dan ejen menjana pendapatan semula.
Ads
“Kebanyakan ‘besties’ saya ialah golongan suri rumah yang ingin membantu suami menjana pendapatan. Saya bangga dengan kejayaan mereka yang sama-sama mendukung jenama Tudung Fazura serta produk-produk saya yang lain.
Ini membakar semangat saya untuk terus menghasilkan produk pada harga mampu milik yang sesuai untuk semua.”
Untuk rekod, tudung Fazura antara jenama hijab Malaysia yang mencipta fenomena, menjadi rebutan dan koleksi ramai, sekaligus menjemput lebih ramai Muslimat menutup aurat. Melalui bisnes yang dibangunkan itu juga, Fazura berjaya membantu ramai wanita lain.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Majalah NONA
Konsep dan tujuan bersedekah adalah bertujuan membantu golongan yang lebih memerlukan dari diri kita. Malah, rezeki lebih midah datang sekiranya kita sering berkongsi rezeki bersama orang lain. Tidak kisah samada pemberian itu banyak atau sedikit, apa yang penting adalah keihklasan diri kita.
Rasulullah SAW bersabda: “Tidak akan berkurang rezeki orang yang bersedekah, kecuali bertambah, bertambah dan bertambah.”
Selain itu, dengan bersedekah juga dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT. Begitu jugalah dengan perkara yang dilakukan oleh lelaki dermawan ini.
Cari Pendapatan Sampingan Jual Ais Krim, Tak Halang Lelaki Ini Bersedekah!
Tindakan murah hati, lelaki ini yang memberikan ais krim percuma kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) telah tular di laman sosial.
Hantaran video yang dimuatnaik oleh pengguna TikTok menerusi akaun @ruimeilo, memaparkan lelaki berkenaan meletakkan tanda “Ais krim percuma kepada OKU” di motorsikal miliknya menjadi tular.
Hijabista difahamkan bahawa lelaki ini merupakan seorang penjual ais krim yang mencari pendapatan lebih untuk menyara isteri dan anaknya dengan meniaga aiskrim di kawasan tepi pantai.
Ketika disoal mengapa dia memutuskan untuk melakukan tindakan sedemikian, lelaki itu menjelaskan bahawa dia mendapat inspirasi berkenaan kerana dia juga turut mempunyai seorang anak OKU yang pernah terlantar sakit sebelum meninggal dunia.
“Saya ada anak seorang OKU, OKU terlantar dia sakit dan meninggal dunia. Saya seorang sahaja kerja, isteri tak kerja. Kerja kereta api gaji sikit, jadi kena cari duit lebih,” katanya.
Netizen Kagumi Kemuliaan Hati Lelaki Ini, Tetap Mahu Bersedekah Meski Hidup Serba Kekurangan
Meninjau ke ruangan komen pada hantaran berkenaan, Hijabista mrndapati rata-rata wargamaya menzahirkan rasa sebak dan mengagumi semangat serta kemuliaan lelaki berkenaan yang sanggup berkongsi rezeki meskipun serba kekurangan.
Sekadar info, lelaki tersebut menjual aiskrim berdekatan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Bagan Ajam, Pulau Pinang.
Di sini dapat kita simpulkan bahawa, untuk menjadi seorang yang pemurah serta rajin bersedekah tidaklah perlu menjadi kaya dahulu, bahkan orang-orang biasa juga mampu melakukannya.
Apa yang penting, sumbangan yang ikhlas tidak dinilai daripada jumlah yang diberi, sebaliknya dilihat daripada keihklasan hati si pemberi.
Walaupun ada pelbagai jenis tudung sehingga tak muat almari, tapi mesti sis ada satu tudung yang paling ‘favourite’ dan selalu jadi pilihan untuk di pakai kemana-mana kan?
Tapi sayang! Tudung kegemaran ni lama kelamaan akan nampak lusuh, pudar warna dan kusam, akibat dari kesan pemakaian yang terlalu kerap. Bila dah kepam tu, mula lah pertikaikan kualiti tudung kononnya diperbuat daripada material ‘murah’, tak melalui proses Quality Check dan sebagainya.
Walhal tudung berjenama mahal dengan kualiti terbaik dan High End sekalipun, akan memudar sekiranya tak dijaga dengan baik tau. Ni ada beberapa langkah penjagaan tudung, yang hijabi boleh praktikkan agar kesemua tudung kegemaran sis sentiasa kelihatan seperti baru, walaupun dipakai berulang kali tapi masih nampak macam di kedai tau!
Langkah pertama yang boleh diamalkan ialah rendam tudung kegemaran sis dengan pelembut fabrik pilihan masing-masing. Untuk dapatkan hasil lebih memuaskan, gunakan teknik rendaman ‘warm bath’. Selain itu, sis digalakkan juga untuk menggunakan sabun basuh jenis cecair, kerana sabun ini bersifat lembut dan boleh menembus jauh lebih baik kedalam fabrik.
Elakkan merendam tudung ‘Favourite’ anda terlalu lama, 15 hingga ke 30 minit je dah cukup, kesan merendam tudung terlalu lama akan merosakkan permukaan fabrik. Dah selesai rendam pastikan sis bilas tudung tersebut dengan air bersih sehingga kesan sabun dan pelembut fabrik tanggal dari tudung agar tudung tak kejung okay.
‘Hand Wash’ Adalah Penjagaan Tudung Terbaik! Elakkan Guna Mesin Basuh
Sentiasa amalkan membasuh tudung dengan menggunakan teknik basuhan tangan, kalau boleh elakkan guna mesin basuh, khususnya bagi tudung yang diperbuat dari fabrik lembut seperti sutera.
Tapi kalau sis berdegil juga nak basuh gunakan mesin, bersedialah berdepan risiko tudung koyak, fabrik meregang atau benang tudung tertarik keluar dari fabrik. Nanti jangan nangis tepi bucu katil pula, bila tudung kesayangan dah tak boleh nak digayakan lagi.
Tip ketiga ni adalah ‘Big No’ ya! Jangan jemur tudung favourite korang tu secara direct di bawah panas matahari. Ini kerana cahaya matahari akan mengakibatkan tudung pudar warna dan kelihatan kusam serta tak menarik.
Jadi untuk mengekalkan warna fabrik tudung kegemaran sis tu, apa yang perlu sis lakukan adalah sidai tudung di tempat yang redup dan mempunyai separa cahaya. Lagi elok jika tempat itu mempunyai tiupan angin (Air Flow) yang baik. Tapi boleh je kalau sis masih nak sidai tudung di ampaian, cuma jangan lupa setkan masa ya.
Fabrik yang digunapakai untuk menghasilkan sehelai tudung selalunya datang dalam pelbagai variasi, ada tudung yang menggunakan fabrik lembut, kapas, sutera, chiffon, moss-crepe dan sebagainya. Jadi sebagai hijabi apa yang perlu anda tahu, adalah cara untuk menilai tahap kelembutan sesuatu fabrik dan gunakkan suhu yang sesuai sewaktu menggosok.
Tudung yang mempunyai fabrik lembut jenis chiffon dan sutera, perlu digosok dengan suhu rendah agar materials tudung tidak terbakar. Kalau nak selamat, baik sis gunakan steam iron suhu sederhana je, tudung pun lebih licin selepas digosok dan susah nak bekedut semula.
Seperti yang kita ketahui, teh hijau sangat baik untuk mereka yang tengah berdiet. Teh hijau dapat membantu membakar lemak, menurunkan berat badan dan berkhasiat buat kesihatan anda. Akan tetapi, tahukah anda minum teh hijau berlebihan boleh menjejaskan kesihatan anda. Betul atau tidak?
Teh hijau merupakan minuman pilihan apabila anda ingin berdiet atau mengamalkan gaya hidup sihat. Ada juga yang mengamalkan dos yang berlebihan atau terlampau banyak minum sehingga memberikan kesan yang tidak baik pada badan anda.
Menurut Dr Suri Roowi di laman Facebooknya, minum teh hijau yang berlebihan akan menyebabkan penyakit yang tidak sesuai untuk ibu mengandung.
Selain itu, teh hijau juga boleh bertindak sebagai antikanser. Melalui perkongsian di portal siraplimau, pengambilan teh hijau berlebihan akan memberi kesan sampingan seperti pedih ulu hati, gangguan saluran pencernaan, gangguan fungsi buah pinggang dan akan menyebabkan seseorang itu kurang zat besi (anemia).
Jadi berapa jumlah yang sepatutnya diambil?
Menurut kajian, ekstrak teh hijau pada kuantiti 50 gram iaitu 1 liter air panas boleh menyebabkan kelenjar tiroid anda membengkak.
Info yang diberitahu dari kajian USM juga mendapati bahawa teh hijau tidak disyorkan kepada individu yang mengalami masalah usus, insomnia, individu yang mengambil warfarin, individu yang mempunyai anemia, hypotyroid dan wanita hamil.
Dos yang disarankan untuk seseorang itu mengambul teh hijau adalah 3 gram atua 1 liter air dan disarankan untuk menambah madu dalam air suam. Anda juga boleh memerah sedikit jus limau dan diminum 2 ke 3 cawan sehari. Ini yang disarankan oleh Dr Suwi Roowi.
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...