Awal tahun ini menyaksikan penampilan Ruby Che Wan, adik kepada Che Ta yang berhijrah sepenuhnya setelah balik mengerjakan haji bersama suami tersayang tahun lalu. Sejak itu, Ruby gemar sekali berkongsi ilmu dengan followernya di laman instagram. Malah foto dimuat turun juga seperti memberi gambaran dia sudahpun mengenakan niqab sepenuhnya. Ramai memuji kecantikannya dalam pakaian niqab berkenaan.
Menurut Ruby melalui temubual bersama Majalah Nona, dia melakukan transformasi diri dengan melabuhkan sedikit tudung selepas pulang dari mengerjakan haji tahun lalu.
Sebenarnya dia pernah terfikir untk berbuat demikian setelah beberapa kali mengerjakan umrah sebelum itu.
Menurutnya berada di tanah suci dan kembali ke Malaysia seperti berada dalam dua dunia berbeza. Malah turut merasakan pakaian dan amalan sepatutnya sama walau di mana berada.
“Oleh sebab itu apabila pulang sahaja mengerjakan haji tahun lalu saya nekad untuk mengubah penampilan. Perubahan ini bukan untk menunjuk alim dan sebagainya, tetapi mahu menyarung pakaian yang mudahkan kita untuk bawa solat tidak kira masa dan tempat,” ujarnya.
Sejak itu juga dia mula serasi menyarung pakaian yang dibuatnya sendiri. Ini adalah kerana takut tukang jahit bajunya tidak faham dengan keinginannya.
Ini menyebabkan Ruby lebih senang mereka dan menjahitnya sendiri sesuai dengan citarasanya yang selesa menyarung baju yang labuh dan longgar.
“Dulu saya tidak suka menjahit dan hanya tahu reka pakaian sahaja. Tetapi sekarang ini saya yang reka dan jahit sendiri baju digayakan. Baju saya pakai ini tidak ada dijual di mana-mana,” katanya lagi apabila ditanya wanita lain di mana mahu mendapatkan baju seperti yang dipakainya ketika menghadiri majlis bersama suami.
Menyentuh persiapan Syawal, Ruby berkata persediaan baju raya tahun ini sedikit berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya.
Menurut Ruby, baju raya tetap ada tetapi memilih untuk lebih bersederhana dan yang penting adalah keselesaan ketika memakainya.
Oleh kerana kedua-duanya berasal dari negeri jelapang padi, jadi tidak ada malah untuk mereka pulang di kedua-dua belah pihak. Tahun ini akan beraya di rumah Lan dulu dan selepas solat sunat Aidilfitiri barulah akan pulang ke rumah maknya di Alor Star.
Biarpun kini penampilan sudah berubah, tetapi aktivitinya tetap berjalan seperti biasa.Selain sibuk menguruskan kerjaya seni suamina, Ruby juga turut menguruskan syarikatnya RCW Beauty Empire yag terkenal mengusahakan produk Lotion Putih Ajaib.
Sementara itu netizen juga turut memuji penampilan terbaru Ruby serta perkongsian ilmu melalui medium sosial ini.
@88aeryg87 Thanks for sharing Ruby satgi kami nak mula buat cara yg betul ni
@s.rinz62 Tq so much dear 4 tis reminder & sharing to everybody..may Allah bless u & fmly..Aamiin
@iameqazhulyqa tq 4 sharing sis..
@zainatul.abubakar Thanks for sharing
@lizasukor_ Terima kasih @rubychewan atas perkongsian ilmu yg baik
@sherry_nasa Cantiknye..sy dh lama berniat nk berniqab…tp belum ade kekuatan lg..mcm byk sgt perkara sy perlu baiki dulu…
KREDIT FOTO: INSTAGRAM RUBY CHE WAN