Pemuda Inspirasi! Tak Malu ‘Kutip Sampah’ Ganti Tugas Ayah, Bela Nasib Adik Beradik Dan Ibu!

Share

Baru-baru ini, tular sebuah video di laman TikTok tentang seorang anak muda bernama Wan Othman Wan Mohd Nor Hasyim, gigih membanting tulang empat kerat bekerja sebagai pemungut sampah, Alam Flora di usia menginjak 20-an.

Meskipun terpaksa bergelumang dengan bau busuk sampah sarap dan memerah keringat di bawah panas terik mentari setiap hari. Pemuda yang mesra di sapa sebagai Wan ini, mengakui bahawa dia tidak kisah asalkan kebajikan ibu serta adik-adiknya terbela.

Wan Kerja Keras Galas Tanggungjawab Seorang Ayah Demi Adik-Adik!

@_garbageman🥰♬ suara asli – rere munthe

Perkara berkenaan dikongsikan wan sendiri menerusi akaun TikTok miliknya mengenai rutinnya dirinya yang bekerja sebagai pemungut sampah.

Selain itu, Wan juga sering berkongsikan momen-momen penuh bermakna ketika dia dapat meluangkan masa bersama keluarga. Namun dia tidak menyangka muatnaik video atas dasar suka-suka itu telah berjaya meruntun hati wargamaya tatkala menyaksikan ketekunan serta kegigihan dia mencari sesuap nasi.

“Di sebalik kerja keras, ada anak laki-laki yang kuat demi menggantikan tanggungjawab seorang ayah. Demi melihat adik-adik membesar dengan penuh kasih sayang,” tulisnya menerusi hantaran video berkenaan.

Dalam hantaran video itu, dapat disaksikan Wan yang membawa adik-adik serta ibunya menikmati ayam goreng di sebuah restoran makanan segera serta mencipt momen-momen indah bersama dengan berjalan-jalan.

Nekad Berhenti Sekolah Dan Mencari Rezeki Sejak Usia 14 Tahun Lagi

Menurut Wan, dia sudah mula membanting tulang mencari rezeki seawal usia 14 tahun lagi. Malah, dia nekad untuk menghentikan pengajian di sekolah demi membantu ibunya.

Susulan tidak mempunyai sebarang sijil mahupun pendidikan. Wan akui agak sukar baginya untuk memperoleh pekerjaan yang baik. Justeru, kini sudah hampir dua tahun dia menabur khidmat bakti kepada masyarakat, bekerja sebagai pemungut sampah dengan syarikat Alam Flora di bandaraya Kuantan, Pahang.

Artikel berkaitan: Menginspirasikan! Pelajar Perubatan Cemerlang Ini Berjaya Khatam Hafazan 30 Juzuk Al-Quran

“Sebenarnya sejak usia 14 tahun lagi saya sudah mula bekerja, iaitu sebaik sahaja habis tingkatan dua. Apa yang mendorong untuk saya bekerja adalah kerana mahu membantu ibu.

“Bapa saya masih ada namun saya kurang selesa untuk berkongsi mengenainya. Memadai saya katakan, saya ambil keputusan untuk bekerja kerana mahu membantu ibu yang bekerja sebagai pengasuh.

“Ketika saya suarakan hasrat untuk berhenti sekolah, ibu macam keberatan. Ibu mana yang mahu anaknya tak berpendidikan tinggi.

“Tapi akhirnya ibu akur dengan keputusan saya. Biarlah saya yang bekerja kerana saya anak lelaki sulung. Masih ada tiga adik di bawah tanggungan saya,” ujarnya.

Tak Sangka Perkonsian Video Tular Di TikTok

@_garbageman eh feeling good 🤑 #fypシ゚viral #garbageman ♬ original sound – HYNz`ᴮᴼᵞ – HYNz`PakRw

Jelas Wan lagi, dia tidak pernah menyangka bahawa perkongsian video yang dilakukan atas dasar suka-suka dan sekadar berkongsi tentang kisah hidupnya akan menjadi tular.

“Saya hanya sekadar berkongsi rutin kerja dan kisah saya di TikTok. Mudah-mudahan dapat dijadikan inspirasi buat mereka di luar sana.

“Usahlah memilih pekerjaan. Berat macam mana pun pekerjaan itu, bekerjalah asalkan ada hasil dan halal,” akhirinya.

Untuk rekod, hantaran video berkenaan kini telah meraih lebih 620,000 jumlah tontonan di TikTok sejak ia dimuatnaik. Dalam masa sama, Wan turut menzahirkan rasa terharu terhadap komen-komen murni yang ditinggalkan netizen berhubung tanggungjawabnya sebagai seorang abang.

Sumber: TikTok _garbageman

Artikel berkaitan: Lakukan Aktiviti Sunnah Bersama Adik, Heliza Helmi Cetus Inspirasi Hingga Netizen Kagum!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Haifa Nasir