Menghadapi cabaran dalam kehidupan bukannya suatu perkara yang mudah. Apa yang boleh kita lakukan adalah akur dan menerima hakikat itu kententuan dari-Nya.
Melihat dua beradik menjual kek, pemuda ini sayu mengenangkan dirinya yang pernah alami situasi tersebut. Bahkan, mereka itu difahamkan kehilangan bapa dan mak pula berada di hospital.
Ditemubual bersama mStar, Wan Muhamaad Qhusyairee Wan Abdullah, 20, terasa sebak melihat nasib dua beradik itu semasa terserempak di sebuah pasaraya di Kota Bharu, Kelantan.
Mesra dipanggil Syairee berkata, budak lelaki itu baru sahaja 8 lapan tahun manakala kakaknya berusia 16 tahun telah kehilangan bapa dan mencari wang untuk ibu mereka yang sedang terlantar di hospital.
“Saya ke Lotus’s Kota Bharu pada Isnin sebab pembantu peribadi nak beli minyak wangi dan saya tunggu dalam kereta. Saya nampak ada dua budak lelaki duduk tepi laluan orang ramai seorang diri,
Ads
“Saya buka tingkap kereta, panggil dia nak tanya kenapa duduk situ, bahaya. Bila datang ke kereta, rupanya dia jual kek dengan kakaknya,
“Saya tanya mana mak dengan ayah, terus dia cakap ayah sudah meninggal sakit jantung dan mak pula di hospital. Ya, Allah, terus saya rasa sedih.” katanya.
Melihat keadaan itu, Syariee membeli kesemua 22 bekas kek daripada mereka. Dia juga berjanji ingin berjumpa dua beradik itu pada keesokannya.
Syairee merupakan Perusaha Kosmetik pernah melalui perkara yang sama seperti dua beradik itu. Anak keempat dari enam adik-beradik itu berkata memang sukar namun kekuatan harus ada untuk tempuhi dugaan hidup.
“Arwah abah meninggal waktu saya umur tujuh tahun. Saya faham sangat apa dua orang adik-beradik itu alami setelah tengok susahnya mak kami besarkan adik-beradik selepas pemergian abah,
“Saya selau bantu orang susah cuma tak muatnaik ke media sosial. Ada juga saya bantu mangsa banjir, beri keperluan beras dan sebagainya,
Ads
“Sejurus memuatnaik video itu, ramai ejen yang ajak menziarahi rumah mereka berdua. InsyaAllah, saya akan jumpa semula sebab hari itu terlalu rushing untuk kami berborak banyak,
“Mungkin bila di rumah mereka akan lebih banyak pertolongan yang dapat disumbangkan untuk meringankan beban mereka hadapi.” ujarnya lagi.
Tindakan Ousmane Dembele ketika mempertahankan FC Barcelona pada perlawanan pertama Liga Juara-Juara mendapat pujian. Bersama rakan sepasukannya, penyerang Perancis itu berjaya membawa FC Barcelona menang menentang Plzen di Camp Nou.
Pujian istimewa diberikan peminat kepada pemain bola sepak berusia 25 tahun itu. Walaupun tidak menghasilkan gol, Ousmane Dembele menyumbang dua bantuan dan menjadi pencipta serangan Barcelona dari sebelah kanan.
Penampilan cemerlang Ousmane Dembele kemudian dikaitkan dengan Rima Edbouche, isteri yang dikahwininya pada Disember 2019. Ramai Cules (nama peminat FC Barcelona) berkata, pencapaian Ousman Dembele lebih cemerlang selepas berkahwin dengan wanita Maghribi itu.
“This woman has transformed Dembele , Barcelona fans are grateful madam,” tulis salah satu fans Barcelona pada ciapan foto di Twitter.
Siapakah sosok Rima Edbouche yang dikatakan menyumbang kepada kejayaan kerjaya ahli pasukan kebangsaan Perancis ini? Berikut adalah faktanya.
Rima Edbouche ialah seorang wanita dari Morocco. Dia berkahwin dengan Ousmane ketika berusia 20 tahun. Perkahwinan mereka diadakan dalam Islam dengan adat tradisional Maghribi. Rima Edbouche dikenali sebagai bintang TikTok dengan 460 ribu pengikut. Dia juga seorang selebgram dengan 113 ribu pengikut di Instagram.
Selain seorang influencer, wanita berusia 23 tahun ini turut mengasaskan jenama fesyen muslimah bernama Razalae. Pada masa ini Rima juga berkhidmat sebagai pengarah artistik.
Sebagai seorang selebriti dan influencer, Rima Edbouche hampir tidak pernah menunjukkan wajahnya di media sosial. Kebanyakan gambar hanya menunjukkan gaya fesyen tudung, bertudung atau gambar berwajah kabur. Dia dilahirkan di Douar Aghbalou, Maghribi. Semasa kecil, dia dan keluarganya berhijrah dari Maghribi ke Perancis.
Rima Edbouche sangat menyokong kerjaya Ousmane Dembele dalam dunia bola sepak. Malah dia sanggup mengikutnya ke Barcelona apabila Dembele menyertai kelab FC Barcelona. Rima dan Ousmane sudah lama bercinta. Kedua-duanya berjaya merahsiakan hubungan mereka daripada umum, sehingga berita perkahwinan mereka akhirnya didedahkan oleh media.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
SUMBER: Wolipop
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Kita sudah memasuki fasa kedua daripada tiga fasa puasa iaitu 10 malam yang kedua. Dikatakan berlaku Nuzul al-Quran pada 17 Ramadan mengikut sebahagian ahli sejarah. Al-Quran bukan sekadar memberi pedoman ibadah tetapi juga arah petunjuk pelbagai bidang kehidupan seharian manusia.
PENGERTIAN NUZUL AL-QURAN
Daripada segi bahasa, perkataan ‘Nuzul’ bererti menetap di satu tempat atau turun dari tempat yang tinggi. Kata perbuatannya ‘nazala’ (نزل) membawa maksud ‘dia telah turun’ atau ‘dia menjadi tetamu’. Sebenarnya penggunaan istilah Nuzul al-Quran ini secara majaz atau (simbolik) sahaja yang bermaksud pemberitahuan al-Quran. Tujuannya untuk menunjukkan ketinggian al-Quran.
Secara teknikalnya Nuzul al-Quran bererti penurunan al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir. Perkataan Nuzul dalam pelbagai wajah sama ada kata nama, kata perbuatan atau lainnya digunakan dalam al-Quran sebanyak lebih kurang 290 kali. Sebagai contoh:
وَأَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً
Maksudnya: “Dia yang telah menurunkan hujan.” (Surah al-Baqarah:22)
نَزَّلَ عَلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ
Maksudnya: “Dialah yang menurunkan Taurat Dan Injil.” (Surah Ali-Imran:3)
TUJUAN AL-QURAN DITURUNKAN
Antara tujuan al-Quran diturunkan ialah untuk tadabbur kandugannya sebagaimana firman Allah SWT:
Maksudnya: “(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu Wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.” (Surah As-Sad: 29)
KEISTIMEWAAN AL-QURAN
Sebenarnya al-Quran cukup istimewa berbanding dengan mana-mana kitab. Oleh kerana tajuk ini cukup besar, penulis hanya menyebut sepintas lalu dengan satu dalil sahaja dengan setiap satunya.
Dipetik daripada karya Dr. Yusuf al-Qaradhawi yang bertajuk “Bagaimana kita berinteraksi bersama dengan al-Quran al-Azim.” Antara lain menyebut: Al-Quran kitab Ilahi. Hal ini dijelaskan dengan banyak ayat antaranya:
Maksudnya: “Alif, Lam, Ra. Al-Quran sebuah Kitab yang tersusun rapi ayat-ayatnya, kemudian dijelaskan pula kandungannya satu persatu yang diturunkan daripada Allah SWT Yang Maha Mendalam pengetahuannya.” (Surah Hud:1)
Al-Quran adalah kitab mahfuz (terpelihara). Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Katakanlah (hai Muhammad) sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun demi mendatangkan sesuatu yang sebanding dengan al-Quran, mereka tidak akan mampu mendatangkannya walaupun mereka saling membantu.” (Surah al-Isra’:88)
SOALAN
Kenapa ada yang mengatakan al-Quran turun secara sekaligus atau berperingkat?
JAWAPAN
Secara teknikalnya Nuzul al-Quran bererti penurunan al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir. Antara dalil yang menyatakan tentang penurunan al-Quran adalah:
Maksudnya: Dan dengan cara yang sungguh layak serta berhikmah Kami turunkan Al-Quran, dan dengan meliputi segala kebenaran ia diturunkan; dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan sebagai pembawa berita gembira (bagi orang-orang yang beriman) dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang ingkar) Surah al-Isra’ (105)
Kenyataan bahawa al-Quran turun secara berperingkat-peringkat atau sekaligus sebenarnya bukanlah bertentangan di antara satu sama lain. Tetapi kedua-duanya telah berlaku secara serentak dan secara berperingkat. Hal ini dapat difahami dengan kita meneliti perbahasan tentang hal ini.
Syeikh Abdul Azim al-Zarqani menyatakan bahawa penurunan al-Quran itu terbahagi kepada tiga peringkat. Lihat Manahil al-Irfan fi Ulum al-Quran (1/39)
Peringkat yang pertama, diturunkan al-Quran secara sekaligus pada waktu yang hanya diketahui oleh Allah SWT. Hal ini jelas berdasarkan firman Allah SWT:
بَلْ هُوَ قُرْآنٌ مَّجِيدٌ ﴿٢١﴾ فِي لَوْحٍ مَّحْفُوظٍ
Maksudnya: (Sebenarnya apa yang engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau sihir), bahkan ialah Al-Quran yang tertinggi kemuliaannya; (21) (Lagi yang terpelihara dengan sebaik-baiknya) pada Lauh Mahfuz.(22)
Dalam menafsirkan ayat ini, Imam al-Qurtubi dan al-Tabari menyatakan bahawa Luh Mahfuz di sisi Allah dan dipelihara daripada syaitan untuk sampai kepadanya. Lihat al-Jami’ li Ahkam al-Quran (10/196), Jami’ al-Bayan fi Takwil al-Quran (12/531).
Peringkat yang kedua adalah penurunan daripada Luh Mahfuz ke Bait al-‘Izzah atau langit dunia. Hal ini dijelaskan melalui firman Allah SWT:
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ
Maksudnya: Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran (Surah al-Baqarah: 185)
Imam al-Qurtubi menyatakan bahawa ayat ini telah disepakati oleh para ulama’ dan tiada khilaf bahawa penurunan yang dimaksudkan adalah daripada Luh Mahfuz ke langit dunia pada malam lailatul qadar secara sekaligus. Lihat al-Jami’ li Ahkam al-Quran (2/297).
Peringkat ketiga adalah penurunan al-Quran secara berperingkat-peringkat daripada langit dunia kepada Nabi SAW melalui perantaraan malaikat Jibril AS. Ini dapat dilihat melalui firman Allah SWT:
Maksudnya: Ia dibawa turun oleh malaikat Jibril yang amanah. (193) Ke dalam hatimu, supaya engkau (wahai Muhammad) menjadi seorang dari pemberi-pemberi ajaran dan amaran (kepada umat manusia). (194) (Ia diturunkan) dengan bahasa Arab yang fasih serta terang nyata. (Surah al-Syu’ara’: 193-195)
Al-Quran telah diturunkan secara sekaligus pada dua peringkat iaitu peringkat penurunan ke Luh Mahfuz dan peringkat kedua penurunan ke Bait al-Izzah atau langit dunia. Inilah yang dimaknakan oleh firman-firman Allah SWT yang menyebut bahawa Al-Quran diturunkan secara sekaligus.
Adapun penurunan secara berperingkat, adalah daripada langit dunia kepada Rasulullah SAW bermula daripada detik awal Nabi menerima wahyu hinggalah yang terakhir.
MATLAMAT AL-QURAN:
Secara umumnya, al-Quran menyeru kepada banyak prinsip dan maqasid yang sesuai bagi sifat kemanusiaan. Antaranya:
*Mentashihkan akidah, sudut pemikiran berkaitan ketuhanan, kerasulan dan pembalasan.
*Mentaqrirkan kemuliaan insan, hak-haknya terutama di kalangan yang daif dan tertindas.
*Menyeru kepada pembersihan jiwa manusia.
*Membentuk keluarga solehah dan pemberian hak wanita.
*Membina ummah yang menjadi saksi kepada kemanusiaan.
*Dakwah dan menyeru kepada alam insani yang bersifat tolong menolong dan kerjasama.
Setiap kali tiba bulan Ramadan, pasti anda tidak sabar menantikan satu malam yang cukup hebat iaitu malam Lailatul Qadar. Malam ini dikatakan lebih baik dari 1000 bulan yang lain serta malam yang sangat istimewa di bulan Ramadan.
Kebiasannya, malam Lailatul Qadar akan terjadi pada 10 malam yang terakhir. Tidak semua individu bertuah untuk bertemu dengan malam yang hebat ini. Hanya individu yang terpilih sahaja akan bertemu dengan malam Lailatul Qadar.
Disebabkan itu, pakar agama menggalakkan umat Islam untuk memperbanyakkan amalan di 10 malam terakhir ini. Seorang wanita bernama Ummu Naufal telah berkongsi 6 persiapan yang boleh dilakukan dalam mencari malam yang cukup mulia ini. Semoga ia bermanfaat kepada anda di luar sana.
Malam Laylatul Qadr bakal tiba.
Hadiah hebat yang perlu dicari yang dianugerahkanNya.
Dikongsikan bersama sedikit bagaimana kita sekeluarga boleh atur dan persiapkan diri dan keluarga dalam mencari malam yang lebih mulia dari seribu bulan yang dijanjikanNya;
1. Berehat Di Siang Hari
Usah lagi disibukkan diri dengan urusan dapur, kuih muih eid mahupun keluar membeli belah di tempoh ini (10 malam terakhir). Hentikan!
Menu iftar dan sahur keluarga dipermudahkan.
Aktiviti siang diringankan.
Tidurlah seketika walau tidak biasa tidur di waktu siang. 10 hari terakhir ini sahaja.
2. Berjaga Di Waktu Malam
Apabila siang sudah cukup rehat, di waktu malam akan terasa segar inshaAllah. Mandilah air suam jika ia boleh menyegarkan tubuh badan. Ringankan makanan berbuka agar badan tidak berasa lemah dan berat kemudian. Jika penggemar minuman panas, siapkanlah minuman panas di dalam termos agar sentiasa ada untuk diminum. Pasangkanlah bauan bakhour atau diffuser minyak pati lemon, inshaAllah ia sangat membantu menaikkan mood, membantu menyegarkan diri dan menaikkan semangat kita.
3. Siapkan Ruang Solat
Solatlah di ruang khusus, atau di mussola kecil keluarga, jika ada. Biarlah ruang ini selesa, bersih, suhu yang sesuai dan baik pengudaraannya.
Elakkan solat di bilik tidur kita, kecuali jika ada penghadang.
Solat, membaca Al Quran dan berzikir diselang-selikan sepanjang malam di ruang khas ini. Hiaslah jika mahu mencantikkan suasana. Ringkaskan ruang dengan apa yang perlu sahaja.
Jika ada bayi, bawa bersama di ruang ini bila si kecil terjaga. Biarkan dia tidur di ruang mussola yang sama sambil kita meneruskan ibadah malam kita.
Subhanallah.
Besar kesan dalam jiwanya inshaAllah.
4. Tuliskan Doa
“Umi, should they write it in points?” Nadiyah bertanya apabila dia ditugaskan membantu adik-adiknya mencatatkan doa yang mahu dipohon sepanjang 10 malam terakhir.
Nadiyah dan Naufal telah diajarkan yang sama ketika seusia adik-adik mereka. Bermula dengan poin sahaja, ditingkatkan kepasa adab menyusun kata dalam memohon doa padaNya.
Doa ditulis agar dirancang rapi apa yang mahu dipohon padaNya. Bila ditulis, menjadi lebih fokus bila berdoa padaNya.
Bersama anak-anak, hafalkanlah doa yang diajarkan Nabi s.a.w kepada Aisyah r.a apabila Baginda ditanya apakah doa terbaik untuk diucapkan pada malam Laylatul Qadr;
(Ya Allah, sesungguhnya Engkau Dzat Yang Maha Pemaaf dan Pemurah maka maafkanlah diriku)
5. Tingkatkan Sedekah
Tingkatkan sedekah kita setiap hari dalam 10 malam terakhir ini. Jika sebelum ini kita memberi makanan iftar kepada jiran tetangga, 10 malam terakhir ini kita memberi kepada yang tidak kita kenali pula.
Pejalan kaki, penjaja di gerai, pencuci sampah…sesiapa sahaja yang dilewati kita.
Edarkan “Ramadan Iftar Bag”. Minta anak-anak isikan di dalamnya; kurma, air, roti, juga sedikit wang, misalnya. Edarkan setiap hari selama 10 hari terakhir ini. Rancanglah berapa beg yang boleh diberikan bersama seisi keluarga.
6. Tutup Televisyen Dan Disimpan Semua Gajet Yang Ada
Amankan suasana rumah tanpa hiburan di kaca tv dan radio. Off telefon bimbit dan disimpan jauh-jauh…..termasuk telefon ibubapa juga ya. Tiada ‘cheat hour’ mahupun ‘reward slot’. Ini dilakukan sepanjang 10 malam terakhir Ramadan tanpa salingan.
Usah risau, 10 hari tanpa bermesej dan media sosial tidak akan merbahayakan sesiapa, inshaAllah.
Subhanallah.
Hebatnya malam Laylatul Qadr ini sepertimana Allah swt sebutkan di dalam Surah Al Qadr;
“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya [Al Qur’an] pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sampai terbit fajar.”
Lalu duhai diri dan sahabat yang dikasihi sekalian, bersungguh dan berikhtiarlah mencari malam kemuliaan ini bersama keluarga tersayang.
Ingatlah, Ramadan tahun hadapan belum tentu kita ada. Maka usahakanlah sekarang kerana tiada usaha bersungguh kita sia-sia di sisiNya.
Semoga kita semua dipertemukan dengan Malam Penuh Kemuliaan ini dalam keampunan dan redhaNya.
Malah, jika dilihat menerusi perkembangan terkini di laman sosial miliknya, kehidupan anak saudara kepada pelakon veteran Wan Maimunah itu kini lebih kepada...