Peminat Setia Tudung Bawal, Ameera Zaini Kongsi Foto Koleksi Gaya Hijabnya Sejak Remaja

Share

Pasti ramai yang tidak tahu tarikh 1 Februari diraikan sebagai Hari Hijab Sedunia. Wah, hari istimewa tau buat seluruh hijabi! Tidak kiralah apa jua stail hijab yang dipakai, niat kita semua berhijab adalah sama iaitu bagi menutup aurat.

Sempena hari istimewa ini, pengacara dan usahawan jelita, Ameera Zaini telah berkongsikan koleksi fotonya berhijab sejak dari dulu lagi. Gemar mengenakan tudung bawal, ternyata gaya hijab ini tidak pernah ditelan zaman biarpun pelbagai stail hijab baharu diperkenalkan.

Happy World Hijab Day to all of you ❤️

My first tudung is tudung bawal bersulam. Pinjam tudung mama. So sempena dengan Hari Hijab Sedunia ni Meera share la antara tudung bawal yang Meera pakai dari dulu sampai sekarang. Ni semua kategori yang mulia dan tak aib. Last sekali tu paling terkini sekali…bawal pandemic

😷

Mana satu bawal yang paling dirindui?

Tudung bawal ni memang evergreen!

Wah, labuci lip lap lagi! Sis pun ada jugak satu dulu, hehe.

Antara koleksi hijab terawal yang dijual oleh Ameera.

Ini yang paling latest, paling stailo!

kredit: instagram @ameerazaini

Published by
QIST