Memang menjadi kebiasan apabila mengandung, berat badan juga akan bertambah. Selain saiz bentuk badan sedikit lari, perbezaan paling ketara adalah pada bahagian pipi. Bagi pengusaha Tudung Ruffle, Hanis Arif atau Nonones yang kini sedang hamil anak sulung berkongsi tutorial hijab terutama bagi pencinta tudung bawal dan tidak berani menggayakan shawl, bagi menutup pipi yang tembam ketika hamil.
Masalah dalam kalangan hijabi muda yang paling sukar untuk diatasi adalah apabila mengalami breakout. Ada yang mengambil masa bertahun untuk memulihkannya setelah try and error pelbagai produk. Perkongsian beberapa orang hijabi di laman sosial mengenai cara penjagaan kulit yang sesuai setelah bertahun mengalami masalah ini.
Masaing-masing berkongsi cara penjagaan kulit yang betul bermula dari mencuci wajah hinggalah amalan memakai masker.
Hijabi ini hanya menggunakan produk yang boleh dan mudah didapati di drugstore pada harga berpatutan.
Perkongsian ini melalui twitter Iman Abdul Rahim yang tweet bertanya sesiapa yang ada masalah breakout ini dan berjaya merawatnya menggunakan produk legit.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sejak semalam, negara digemparkan dengan pengakuan seorang pengarah filem tersohor, yang akhirnya berterus terang sudah berkahwin dua, sekaligus meleraikan kemelut rumahtangganya yang menjadi perdebatan hangat dan tanda tanya dikalngan warga maya.
Pendedahan tergempar itu, telah mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan peminat rakan-rakan selebriti tempatan dan juga seluruh rakyat Malaysia.
Ada yang bersetuju dan tidak kurang juga yang menyangkal. Justeru, ini pandangan yang dikongsikan Pencetus Ummah (PU) Syed berhubung isu poligami.
Menurut, PU Syed atau nama lengkapnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak ketika ditemubual sebuah portal infortaiment, beliau menjelaskan bahawa poligami bukanlah satu kesalahan samada disisi agama, apatah lagi dimata hamba.
Bagaimanapun, tegasnya jika seorang suami mahu berpoligami atau mempunyai keinginan berkahwin lebih dari satu, suami itu perlulah menepati syarat-syarat ketat berpoligami seperti yang dianjurkan dalam Islam.
Syarat yang pelu dititikberatkan adalah kemampuan si suami untuk berpoligami dan berlaku adil, serta memberikan layanan saksama terhadap keperluan zahir dan batin kepada setiap isteri-isterinya.
“Islam membenarkan lelaki bernikah lebih daripada seorang namun kebenaran ini datang dengan syarat yang ketat dimana mereka (suami) mestilah berkemampuan dari sudut zahir dan batin.
“Mereka juga perlu adil mengurus masa untuk para isteri dan anak-anak, menghargai mereka dan bukan hanya terpesona dengan yang ‘baharu’ sahaja,” katanya lapor Mstar.
Tegasnya lagi, tujuan poligami dalam Islam adalah sebagai satu indikator menambah keberkatan, tetapi kebanyakan lelaki memandang ‘enteng’ syarat-syarat yang ditetapkan untuk berpoligami sehingga ia bertukar menjadi musibah.
“Ada dalam kalangan lelaki yang anggap perkara ini hanya sekadar syarat, tanpa memberi kesan jika mereka mahu berpoligami.
“Maka akan timbullah krisis rumah tangga yang akhirnya bukan menambah berkat, sebaliknya mencipta musibah,” ujarnya.
Mengulas lanjut berhubung isu ini, Syed turut menasihatkan para isteri solehah di luar sana agar tidak mudah melatah sekiranya mengetahui suami sudah berpoligami dengan mendedahkan kemelut rumah tangga, kepada khalayak umum sehingga boleh mengaibkan si suami.
“Tatkala mendapat khabar suami berpoligami janganlah terkejut, menangis, mengamuk serta buat perkara-perkara yang boleh menimbulkan keaiban.
“Habis semua cerita suami didedahkan semata-mata untuk memuaskan hati sendiri. Apa lagi sekarang ini menjadi tempat luahan hati, dari orang tidak tahu, jadi tahu tentang isu rumah tangga,” ujarnya.
Justeru, katanya lagi poligami bukanlah titik noktah kepada perhubungan diantara suami dan isteri sekiranya tidak berlaku penceraian, jadi segala permasalahn yang timbul berhubung poligami perlulah dibincangkan dengan seseorang yang boleh membantu memperbaiki keadaan menjadi lebih baik.
“Bagi yang dimadukan, jangan rasa ini pengakhiran hubungan anda. Carilah rakan yang boleh menasihati dengan baik dan bukan ingin melihat rumah tangga anda hancur berkecai,” jelasnya.
Siapa tak kenal dengan pelakon si cantik manis, Rozita Che Wan. Isteri kesayangan Zain Saidin ini memang terkenal sebagai seorang selebriti yang begitu pandai menjaga penampilannya. Baru-baru ini Che Ta ada berkongsi 5 #TipCheTaKekaKurus di laman instagramnya.
Antara nasihatnya adalah makan nasi dua kali sehari dan bagi yang tak rajin melakukan senaman, boleh gantikan dengan aktiviti mengemas rumah.
Jom kita lihat tip lain untuk memastikan tubuh kita jadi langsing sepertinya.
Pastikan uolls makan malam (dinner) 4 jam sebelum uolls tidoq! Kenapa? Sebab.. Ini akan beri ruang utk perut uolls hadam makanan yg uolls makan tu.. .
Kita orang Malaysia suka makan lewat2 malam.. Makan plak nasi kandaq kat mamak.. Takpon pekena nasi lemak ayam di Uptown… Perghh layan kan?
Itulah penyumbang utama kenapa Malaysia antara negara paling ramai manusia OBES.. Huhuhu..
Jadi.. Cuba elakkan makan lewat malam.. Kalau nk makan pun.. Jangan yang terlalu berat.. Sebab nanti perut kita jadi penat.. Tak sempat nak rehat dah kena “kerja” balik.. Bila tak sempat nak hadam sbb uolls masuk tido, makanan tadi akan jadi lemak dan ada potensi kolestrol berkumpul…
Amboi… Takkan lah tak cukup nasi 2 kali sehari.. Makan tengah hari dan malam.. Opss! Lupa.. Pagi nak bedal nasi lemak.. Nasi jugak kan.. Hehehe..
Nasi ni.. Kalau ikutkan.. Kena ambil hanya sebesaq penumbok ja tau utk satu hidangan.. Penumboq kita, bukan tangan pak arab juai kebab.. Tangan dia besaq! Tak adil macam tu… Dan satu hari, MAKSIMUM hanya 2 hidangan nasi sahaja.. Jangan lebih pada tu.. NO NO NO!
Sebab apa? Nasi ni ‘complex carbs’ uolls.. Dia menyebabkan uolls akan CEPAT LAPAR dan tak mengeyangkan! Haa.. Mesti uolls fikir, makan nasi nak bagi cepat kenyang kan? Uolls SILAP! Huhuhu.. Dulu pon I pikiaq camtu, tp I pon sama silap.. SIlap skrg takpa, jangan sampai ke sudah masih buat silap.. Hehehe.. .
Kena ingat juga.. Nasi ni tak banyak khasiat.. Adalah sikit2 tp tak membantu pun.. Tapi sebab dah kena suap nasi sejak dari kecil, kita jadi terbiasa.. Baby bawah 3 tahun pun kita dah sibuk nak suap nasi, konon kesian takut dia lapaq.. Siapa buat mcm tu angkat tangan.. hehehe..
Kita bila makan ni.. Pernah dak ambil kisah dengan jumlah makanan yg kita makan? Atau kita ambil dan agak2 ja jumlah yg kita perlukan? Atau kalau nampak sedap, kita akan ambil lebih?
OK lah biar I share dgn u olls.. Cara plg mudah skali nk sukat jumlah makanan kita.. Takkan lah I nak suruh uolls timbang pulak setiap apa yg uolls makan kan? Tak logik langsung!
Uolls cuma kena hafal, piramid makanan.. Piramid paling bawah adalah yg paling besar, bermaksud paling byk.. Yg di puncak adalah yg plg sedikit.. Itulah jumlah makanan yg uolls kena ambil mengikut jenis dan kedudukan makanan tu dlm piramid.. Ada beberapa jenis piramid, tp ini yg plg general.. .
Yg plg bawah, dan plg byk perlu diambil adalah sayur, salad dan buah-buahan.. Diikuti dengan nasi, bijirin, pasta dan roti.. Kemudian, susu, yogurt atau keju.. Barulah ayam, ikan, daging, telur.. Yg paling sedikit perlu diambil adalah makanan tinggi gula spt air tin dan makanan ringan..
Mudah jer kan nak ingat?
Sebenarnya tak salah nak makan.. Tapi pastikan ikut jumlah yg betul.. Dan sentiasa bersederhana dalam makanan yg byk garam dan gula.. Dua inilah bakal ‘racun’ ketika hari tua kita nanti.. Gula potong kaki, garam menyebabkan darah tinggi.. Huhuhu takuttt….
Inilah mitos yg paling lama bertahan di benak sanubari wanita.. Bila fikir diet ja.. Mesti ingat kena berlapaq.. Tp sebenarnya, byk kesan tak baik bila uolls tahan lapar.. .
Antaranya..
Cepat marah.. (makanan smpai lmbt kt restoran pon blh jd mrh)… Tak bermaya/lesu.. Jadi lebih kuat makan…
Dan ada beberapa lg kesan tak elok..
Habis tu, mcm mana?
Peraturan dia mudah ja.. Elak makan banyak pada satu2 masa, dan makan sedikit tetapi kerap… Maksudnya.. Bila makan tu.. Jangan lah macam esok nak kiamat.. Ambil dalam kuantiti yg sedikit dari yg uolls biasa.. .
Bila2 terasa lapar.. Uolls makan snek2 ringan.. Pastikan tak berminyak, dan tak berlemak.. Snek2 sihat seperti biskut, oatmeal, telur rebus, kacang kuda dan sebagainya..
Pernah dengaq tak ayat ni? Dia hanya datang dari 3 orang ja.. Samada dari diri uolls sendiri, atau kawan uolls, atau kawan kepada kawan uolls tu.. Hehehe.. .
Okay solution dia mudah ja.. Kalau malas sangat nk keluaq bersukan atau berjoging.. Uolls boleh ja gantikan dengan… .
MENGEMAS RUMAH!
Bunyi macam pelik kan? Kemas rumah ni boleh kuruih ka?
Impak mengemas mungkin tak sehebat uolls berjoging di taman.. Tapi ia masih mampu membakar beberapa kalori dan buatkan uolls berpeluh.. Tak berpeluh jugak? Uolls try mengemas sambil tutup aircond dan kipas.. Baru tau rasa dia.. ? .
Keluaq bersenam malas.. Duduk rumah tu jangan lah dok terbaring ja depan tv.. Itu bukan setakat badan ja montel, otak pon boleh jadi ‘slow’…
Bangun dan buat sesuatu! Cuci bilik ayaq ka.. Basuh dapuq ka.. Mop lantai ka..
Badan sihat.. Rumah pun bersih… Kalau di pejabat, jgn tunjuk rajin sangat p basuh bilik ayaq.. Kang pelik makcik cleaner tengok uolls..
Uolls boleh angkat file/dokumen, berjalan dan guna jalan jauh utk ke tandas atau café, naik tangga dan tak naik lif.. “Tp kalau pejabat kat tingkat 80?” Naik lif sampai tingkat 70, kemudian naik lah tangga.. .
Cloud skin ialah trend solekan lembut yang memberi efek kulit halus, segar dan natural. Ketahui cara hasilkan kemasan makeup yang nampak mahal dan elegan.