Memang menjadi kebiasan apabila mengandung, berat badan juga akan bertambah. Selain saiz bentuk badan sedikit lari, perbezaan paling ketara adalah pada bahagian pipi. Bagi pengusaha Tudung Ruffle, Hanis Arif atau Nonones yang kini sedang hamil anak sulung berkongsi tutorial hijab terutama bagi pencinta tudung bawal dan tidak berani menggayakan shawl, bagi menutup pipi yang tembam ketika hamil.
Rasanya setiap wanita impikan satu almari yang dipenuhi dengan tudung yang mempunyai rona tudung yang pelbagai. Seronoknya rasa bila semua warna tudung ada dalam almari. Tentunya lebih mudah untuk suai padan dengan bau-baju yang anda ada.
Tetapi perlu anda tahu bahawa anda perlu memilih warna tudung yang sesuai agar wajah anda tidak nampak kusam. Untuk mengetahui sama ada tudung tersebut sesuai dengan wajah anda atau tidak, anda perlu kenali warna kulit anda terlebih dahulu. Bila anda sudah tahu warna kulit anda, senanglah untuk anda pilih tudung yang sesuai.
Tip memilih warna tudung yang sesuai dengan kulit ini telah dikongsi oleh seorang wanita bernama Nurul Aeishah menerusi akaun Facebooknya. Diharapkan tip yang dikongsinya ini sedikit sebanyak dapat membantu hijabi di luar sana yang masih tercari-cari warna tudung yang sesuai dengan tona kulit anda.
Meh sini kita kenalpasti apakah warna tudung yang sesuai untuk kulit. Akak tau selama ni uolls hentam je kan pakai tudung warna apa,asal kena dengan warna baju. Eh akak pun sama jugak macam uolls.
Orang yang mempunyai kulit putih dan cerah amat beruntung kerana boleh mengenakan kebanyakan warna tanpa sebarang masalah. Warna yang sesuai untuk orang berkulit cerah adalah warna-warna solid seperti hijau, merah, hitam dan biru.
Namun harus dihindari warna-warna pastel yang terlalu lembut seperti baby blue, soft green atau kuning cair. Warna putih juga harus dielakkan kerana akan membuatkan wajah anda kelihatan pucat.
Untuk anda yang berkulit sawo matang, warna pastel dan warna gelap adalah pilihan yang baik. Memilih warna lavender dan maroon akan membuatkan muka anda lebih cerah dan cantik.
Sila hindari warna-warna yang seakan warna kulit anda iaitu warna coklat dan juga warna yang terlalu terang seperti kuning.
Bagi anda yang mempunyai kulit kuning langsat sangat sesuai mengenakan tudung berwarna cerah seperti pink,biru dan kuning.
Warna-warna ini akan membuatkan wajah anda lebih segar dan akan menyerlahkan kecantikan wajah anda. Warna-warna yang harus dielakkan ialah coklat, oren, kelabu, hitam dan gold kerana akan membuatkan wajah anda nampak kusam.
Anda yang berkulit gelap selamat dengan warna-warna pastel atau keemasan kerana akan mencerahkan kulit anda. Sila hindari warna-warna malap dan gelap seperti hitam, coklat dan oren gelap kerana akan membuatkan kulit anda menjadi semakin gelap.
Pemilihan warna yang tepat bukan sahaja dapat menyerlahkan kecantikan anda tetapi dapat menaikkan mood anda sehari-harian.
Sebaik berkahwin dengan pasangan yang dicintai, kita mahu dia menjadi jodoh kita hingga ke akhir hayat. Namun siapa sangka Tuhan lebih menyayangi apabila menjemput Imamnya terlebih dahulu. Perkongsian wanita ini yang kehilangan suami dalam keadaan dirinya sedang mengandung membawa zuriat tanda cinta mereka berdua. Suaminya maut ketika dalam perjalanan ke tempat kerja. Menerusi laman faceboook, Nurmasfalina Mohd Azmi meluahkan rasa rindu tidak tertahan buat Imam, Mohd Azam Karimin yang sangat dikasihinya itu. Ternyata kehilangan itu memberi impak buat dirinya yang sarat mengandung.
Sayang arini tido awak xde disisi. Awak dh dgn pencipta awak. Orang tau awak dekat dgn kami. Malam ni orang tido masuk la dlm mimpi. Orang nk tahu kata2 terakhir syg. Orang redha syg. Orang tau syg dh bhgia kt sana. Doakn org boleh syahid mcm syg. Jmpe syg kt syurga nnt. Urusan syg kt dunia ni dah abis. Doakan bonda dgn baby syg. Syg dh sediakn yg kenangan terindah buat org n baby. Awak trllu sempurna sayang.
Orang xkan dgr lg syg imam kn org tiap subuh, mghrib dan isyak lg mcm sllu klu syg kerja. Org x blh dgr lg syg tgur org dgn bcaan tajwid. Org x blh dgr lg syg ketuai bacaan tahlil untuk org lain. Org x blh dgr lg suara syg. Dtg la dlm mimpi syg. Org sedia nk jmpe syg dlm mimpi.
Org tau syg x bce tp ini je luahan yg org ada. Kengn yg org ada. Terima kasih layan kerenh org. Awak ckup sbr dgn sy. Terima kasih sayang untuk hadiah dalam kandungan ni. Hadiah hari lahir sy bulan 10 hadiah hari lahir awak bulan 11 hadiah anniversary kita bln 12 bulan 9 awak pergi tgglkn kami.
Buat kekasih hatiku. Bergembiralah syg disana. Ketahuilah bahawa org Nurmasfalina bt mohd azmi sgt menyayangimu Mohd Azam Bin Karimin.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Setiap orang ada cerita hijrahnya yang tersendiri. Jika Farah Lee mengambil kesempatan sempena hijrah yang lalu dengan melanjutkan pelajaran di United Kingdom sambil membawa anaknya. Lain pula ceritanya bagi pelakon dan juga usahawan Yatt Hamzah. Bagi Yatt pula hijrah dilakukan apabila mahu let go koleksi kasut tumit tinggi yang menjadi kesayangannya selama ini.
Yatt juga dalam tulisannya di instagram berkata kasut inilah yang menjadi kegilaannya suatu ketika dulu. Semua koleksi ini masih elok dalam jagaan dan simpanannya.
Tambahnya ini adalah sebahagian dari usaha Hijrah dirinya sempena Awal Muharam tempohari. Dia reda untuk mengorbankan koleksi kesayangannya (kasut) yang masih elok dan ada antaranya berharga ratusan ringgit.
Menurut Yatt juga kalau dulu setiap kali keluar memang wajib memakai kasut tumit tinggi 4 inci ini dan kini segalanya tidak lagi. Dia lebih berminat menggayakan kasut tumit getah yang tidak sampai dua inci.
Melalui perkongsian itu, dia mengakui sukar untuk hijrah kerana melepaskan apa yang kita sayang tetapi ALLAH janji akan gantikan dengan yang paling baik buat kita.
Dilihat di laman instagramnya Yatt juga kini telah mengubah penampilan diri yang memenuhi gaya Muslimah sejati. Dia yang juga ibu kepada tiga cahayamata lebih senang menggayakan hijab labuh dengan dress serta jubah dan sekali sekali berbaju kurung mengikut majlis dihadiri.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.