Setiap individu pasti pernah melalui saat di mana wajah mengalami masalah jerawat yang teruk. Admin sendiri pernah merasai situasi ini dan memang pada waktu itu kita pun jadi agak down dan malu untuk berhadapan dengan orang lain.
Rupa-rupanya, bukan admin je yang alami situasi ini. Anis, pemilik Tudung Ruffle juga turut mengalami situasi yang sama. Cuma, ada beberapa tip yang diamalkan oleh Anis untuk menjaga kulit wajahnya sehingga dia mampu memiliki kulit yang mulus dan menawan.
Nak tahu apa rahsianya? Jom ikuti perkongsian Anis di laman Instagramnya.
Siapa yang insta story anis mesti tahu macam mana rupa anis masa zaman kegemilangan dulu. Di sini Anis share sikit tips macam mana nak jaga kulit yang tengah jerawat teruk. Tapi Anis taknak upload gambar tengah jerawat tu kat sini takut jd mangsa viral lagi. Siapa nak tengok blh tengok insta story Anis ye. This few things Anis buat untuk jaga kulit muka.
1. Jangan usik jerawat tu. Setiap kali rasa gatal. Jentik tangan tu. Whitehead mmg hilang time tu, tapi parut akan kekal selamanya. Laser pun takleh hilangkan fully parut lekuk in future.
Ads
2. Rajin cuci muka. At least 2 kali sehari. Lagi lagi lepas buat aktiviti berpeluh atau pakai heavy mekap. Cuci sampai bersih, tamo cincai cincai je. Spent sikit duit untuk beli brush atau span untuk cuci muka.
3. Pantang makan benda yang korang rasa boleh buat jerawat naik. Macam Anis, Anis takleh makan sambal belacan and kuah rojak petis. Makan je konpem akan naik.
4. Rajin pergi facial as request by beautician. Anis usually akan pergi every 2 weeks. Let your beautician take care of your pimple. Slalunya beautician picit jerawat dia takkan tinggalkan parut dekat muka.
5. If jerawat tengah teruk, Anis makan ubat doxymicin. But this one, cuma boleh approve by pharmacist. Tak semua orang boleh dapat, unless jerawat bebetul teruk. 6. Tips paling jimat Anis buat untuk hilang parut, dengan guna serbuk kayu manis campur dgn serbuk kunyit. Gaul dengan air. Sapu pada parut dan amal setiap malam. Dalam one week dah nampak improvement.
7. Guna cleanser and supplement yang sesuai dengan kita. Depends pada individu. Product akan berbeza beza ikut orang.
Ads
8. Pakai mekap yang bersesuaian dengan kulit dan berkualiti tinggi. Always make sure brush dan span sentiasa bersih.
Hopefully membantu. It tooks few months maybe years untuk fully recover. Jadi kena bersabar dan jangan hilang semangat.
Menu makanan laut seringkali menjadi dambaan mereka yang sukakan rasa kemanisan isi ikan mahupun rasa segar isi ketam. Pun begitu, masih ramai yang tercari-cari restoran yang benar-benar memberi kepuasan dalam menghidangkan menu hidangan makanan laut.
Usah buntu mencari solusi. Ketam Viral, pakar dalam penyediaan sajian hidangan makanan laut yang merangkumi 10 hidangan ketam istimewa bakal memberi kepuasan pada lidah anda!
Terkenal dengan pilihan hidangan laut yang segar dan rasa yang memikat jiwa, Ketam Viral menghidangkan pelbagai jenis resipi dari seluruh Malaysia termasuklah Ketam Masak Iban, Ketam Masak Lomak Nogori (Ketam Masak Lemak Cili Api), Chilli Crab, Ketam Buttermilk Lurpak, Ketam Berlado, Ketam Kam Heong, Ketam Kari 21 Hari, dan juga sesuatu yang unik iaitu Ketam Juseyo (inspirasi masakan Korea), Ketam Manickam (hidangan Ketam Bunga istimewa) dan Ketam Portuguese, serta pelbagai pilihan juadah yang pasti memikat selera.
Tidak bernokhtah di situ sahaja, Ketam Viral juga turut menghidangkan menu hidangan lain yang memberi kesempurnaan gastronomi kepada anda dalam resipi Siakap Laksa Siam, Chef Rathnor’s Flower Tofu, dan Nasi Lemak Alai yang dibungkus rapi dengan daun pisang. Harga pada kesemua hidangan ini benar-benar berpatutan dan mampu milik!
Bagi penulis sendiri yang sudah merasai kelazatan hidangan Ketam Viral, penulis suka akan rasa pedas dalam menu Ketam Masak Cili, Ketam Buttermilk Lurpak, Ketam Masak Iban, Chef Rathnor’s Flower Tofu, dan Nasi Lemak Alai. Ia bagaikan sebuah hidangan yang sempurna menggabungkan kesinambungan rasa manis, pedas, masam dan masin dalam satu hidangan. Anda sendiri harus mencubanya!
Setiap masakan yang dihidangkan penuh dengan rasa magis dan kesempurnaan. Jadi tidak hairanlah setiap satu resipinya menjadi pilihan hati pelanggan yang berkunjung tiba. Menggalas tanggungjawab dalam memastikan setiap masakan memiliki rasa yang mewah, Chef Rathnor yang merupakan Naib Presiden Persatuan Chef Kedah serta mendapat pengiktirafan Pingat Kehormatan pada tahun 2019, sentiasa meletakkan mutu kualiti masakannya sebagai aspek utama.
Apa yang menariknya, Ketam Viral juga turut menyediakan khidmat Ketam Valet atau Ketam ‘Bae’ iaitu sebuah bentuk servis istimewa bagi membantu mengupas ketam tanpa merumitkan para pelanggan dan menjadikan santapan lebih mudah dan tidak dapat dilupakan!
Berlokasi di Sunway Gandaria, Seksyen 9 Bangi, Ketam Viral menawarkan ruang makan yang luas dan menarik untuk menikmati hidangan makanan laut dengan selesa. Hubungi 03-8912 2868 atau 012-580 5113 untuk maklumat lanjut layari www.ketamviral.restaurant untuk menu www.ketamviral.menu. Tempahan boleh dibuat di https://letsumai.com/widget/Ketam_Viral
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Kematian pemandu Grab, Aiman Nosri baru-baru ini sangat mengejutkan rakyat Malaysia. Rata-rata tidak menyangka arwah dibunuh oleh penumpang Grab dengan jerutan di lehernya. Apatah lagi di bulan Syawal yang mulia ini. Arwah juga dikatakan menjadi pemandu Grab untuk menolong keluarganya yang susah.
Arwah yang masih bujang dan berumur 27 tahun, tidak dapat dihubungi keluarganya selepas mengatakan ingin menghantar penumpang dari KLIA ke Puncak Alam.
Dalam lamam twitter, rakan-rakannya juga turut tidak menyangka kejadian yang cukup menyayat hati ini berlaku kepada arwah. Malah tidak menyangka dia dibunuh oleh mereka yang tidak dikenali.
Menurut seorang temannya menggunakan nama akaun @Zoragon IV memberitahu dunia sekarang sudah gila. Ini kerana manusia sebaik Aiman juga turut dibunuh. Dia turut mendoakan syurga tempat untuk arwah.
Menurutnya juga sebaik tahu temannya itu meninggal dunia, dia tidak boleh tidur, tangan sejuk dan perasaan berdebar. Rakannya itu juga turut memohon rakan di alam maya menyedekahkan surah Al-Fatihah kepada arwah dan semoga urusan di sana dipermudahkan.
Salah seorang temannya yang lain juga turut melahirkan rasa simpati dengan kematian sahabat mereka itu.
Selebriti terkenal, Fizo Omar juga turut tidak ketinggalan memberikan ucapan takziah dan simpati kepada mangsa dan keluarga. Dia juga turut mempersoalkan sifat kemanusiaan yang semakin hilang dalam diri sekarang ini.
Hijabista turut terkesan dengan berita ini. Didoakan agar rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan keluarganya terus tabah dengan situasi ini.
Turut mengharapkan juga pembunuh itu dapat ditangkap dengan segera dan dikenakan hukuman yang setimpal.
SUMBER: TWITTER
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Ramadan bukan sahaja bulan paling suci dalam kalendar Islam, tetapi ia juga merupakan bulan berpuasa, muhasabah diri, dan peningkatan diri untuk umat Islam.
Sepanjang tempoh bulan Ramadan, umat Islam menahan diri dari makan dan minum dari subuh hingga ke senja dan berbuka puasa bersama orang tersayang dengan menikmati hidangan istimewa Ramadan, juadah bazar, atau hidangan bufet.
Menguruskan aktiviti fizikal dan melakukan senaman sepanjang Ramadan bukanlah mudah – lebih-lebih lagi apabila seseorang itu berpuasa dan tidak makan dan minum. Menurut tinjauan pendapat yang dijalankan oleh BMC Public Health, 50% umat Islam yang berpuasa bersetuju bahawa aktiviti fizikal mereka menurun dengan ketara sepanjang empat minggu Ramadan.
Tetapi dengan langkah-langkah yang betul, ianya tidak mustahil untuk memasukkan senaman ke dalam jadual anda, dalam masa yang sama berhati-hati untuk tidak membebankan badan anda. Mereka yang berpuasa boleh menggunakan aplikasi mudah alih seperti Muslim Pro bukan sahaja untuk memantau solat dan waktu berpuasa, tetapi juga mengakses kandungan gaya hidup yang relevan seperti rutin senaman dan resipi Ramadan.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Senaman ketika berpuasa
Kami bercakap dengan usahawan kecergasan, Nawal Alhaddad, tentang cara memasukkan senaman ke dalam rutin Ramadan anda. Selain itu, pembaca boleh melihat siri senaman mesra Ramadan di aplikasi Muslim Pro!
Mulakan dengan perlahan dan tenang
Bagi sesiapa sahaja yang berminat dengan aktiviti senaman, matlamat yang biasa kita dengar adalah untuk ‘melakukan senaman dengan lebih gigih’; berlari satu pusingan lagi, angkat yang lebih berat, atau bersenam selama 30 minit lagi.
Walaupun badan anda secara amnya mampu mengekalkan aktiviti seperti senaman, namun pada bulan Ramadan (terutamanya minggu pertama), anda harus mengurangkan intensiti senaman dan hanya melakukan senaman yang ringan selama satu atau dua minggu untuk membolehkan badan beradaptasi dengan rutin puasa. Ini boleh dilaksanakan melalui pengurangan jumlah hari bersenam, menggunakan pemberat yang agak ringan atau senaman yang lebih pendek. Menyesuaikan badan ke dalam rutin barunya akan menjadikan senaman harian satu kebiasaan pada bulan Ramadan.
Pilih masa anda
Pada bulan Ramadan, masa senaman anda mungkin memerlukan beberapa pengubahsuaian, terutamanya sekitar tempoh berpuasa dan ketika berbuka puasa. Nawal berkata masa kegemaran peribadinya untuk bersenam pada bulan Ramadan adalah pada waktu petang, kira-kira sejam sebelum berbuka puasa. Jadi anda tidak perlu menunggu terlalu lama sebelum makan. Selain itu, senaman adalah cara terbaik untuk meningkatkan selera makan!
Jika anda tidak mampu bersenam dengan perut yang kosong, pertimbangkan untuk bersenam pada waktu malam selepas anda berbuka puasa. Sebagai alternatif, jika anda sering bangun pada awal pagi, cuba bersenam sebelum atau selepas sahur, ia akan menjadi cara yang baik untuk membuatkan anda rasa lebih bertenaga dan bersemangat untuk memulakan hari anda!
Diet yang sihat
Semasa Ramadan kita dikelilingi dengan bermacam-macam makanan yang lazat, walaupun sudah tentu anda dapat menikmatinya, ia juga penting untuk mengamalkan kesederhanaan dan memastikan anda mendapat nutrien yang diperlukan oleh badan.
Sekiranya ingin bersenam sepanjang Ramadan, anda harus mengutamakan makanan yang kaya dengan protein untuk membantu tubuh pulih dari aktiviti fizikal dan juga puasa anda. Walaupun ayam dan daging lembu sering menjadi pilihan apabila kita bercakap tentang sumber protein, namun kita juga boleh mempertimbangkan pelbagai jenis ikan seperti tuna atau salmon, serta tumbuh-tumbuhan seperti kacang hitam dan lentil. Elakkan makanan berminyak juga akan membantu anda untuk tidak berasa lesu ketika berpuasa; sebaliknya, ambil buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan serat untuk memastikan anda kenyang dan bertenaga. Betik, bayam dan kubis bunga antara beberapa makanan yang menjadi pilihan dalam senarai teratas kami!
Cuba gaya senaman baru
Aktiviti dan senaman intensiti tinggi mungkin tidak dapat dilakukan pada bulan Ramadan, bergantung pada tahap tenaga anda. Sama ada bermain bola sepak dengan rakan-rakan atau memaksimumkan pemberat anda setiap minggu di gim, perkara-perkara ini boleh menjadi sukar apabila anda berpuasa.
Ramadan adalah peluang yang ideal untuk bereksperimen dengan sesuatu yang baru yang membolehkan badan dan otot anda terus bergerak, walaupun pada kadar yang lebih perlahan. Yoga adalah amalan yang sangat baik untuk meningkatkan kekuatan otot dalam masa yang sama anda juga akan berasa lebih relaks. Berbasikal dan berenang juga adalah dua latihan berimpak rendah yang boleh anda lakukan pada kelajuan anda sendiri.
Fahami badan anda
Akhir sekali, badan anda akan memberitahu apa yang anda perlukan, yang perlu anda lakukan ialah berhenti dan fahaminya. Walaupun senaman akan membawa kepada kesihatan keseluruhan yang lebih baik, penting untuk anda fahami bahawa badan anda memerlukan masa untuk beradaptasi dengan situasi baru.
Jangan risau jika anda tidak berada di tahap kecergasan terbaik anda pada bulan Ramadan ini. Terdapat banyak kaedah lain untuk kekal cergas tanpa melebihi keupayaan badan anda. Adalah penting bahawa anda menghormati badan dan menjaganya dengan baik dan sepatutnya sepanjang bulan Suci ini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Selebriti hijabi kelahiran Indonesia, Rahmalia Aufa Yazid berjaya menarik perhatian pencinta fesyen dengan gayanya yang tersendiri.Aufa yang dibesarkan di Tokyo ini merupakan seorang Muslim...