Sebut sahaja Suria Cinta mesti terbayangkan celoteh penyampai radio Suria FM, iaitu Roslinda Abdul Majid atau lebih dikenali sebagai DJ Lin.
Terbaharu, sebaik sahaja pulang dari menunaikan ibadah umrah kali ketiga, DJ Lin memaklumkan bahawa dirinya kini sudah berhijab sepenuhnya.
Ketika ditanya apakah titik tolak dan kayu ukur untuk melakukan penghijrahan, ini respon yang diberikan empunya diri.
“Sebenarnya sudah beberapa kali saya berniat memakai hijab, tetapi tidak tahu apa yang membuatkan saya lambat berbuat demikian.
“Namun, apa yang terjadi dalam hidup saya, terutamanya selepas ibu meninggal dunia, disusuli abang.
“Sekarang saya rasa lebih tenang, mungkin inilah patut saya lakukan sejak dahulu,” ujarnya.
Jelas DJ Lin lagi, perkara yang berlaku inj benar-benar membuatkan dirinya terpukul dan menyedari bahawa semakin lama usia semakin meningkat. Jadi sudah tiba masanya untuk kembali ke pangkal jalan, memandangkan dirinya juga sudah berusia 48 tahun.
Artikel berkaitan: DJ Lin Zahir Rasa Syukur, Allah Jemput Jadi ‘Tetamu’ Tanah Suci Di Bulan Ramadan, Pernah..
“Jadi, saya rasa mungkin ini cara Allah nak bagi saya kesedaran agar saya kembali,” katanya lagi.
Sekadar info, DJ Lin telah kehilangan ibu tercinta pada tahun lalu, sebelum abang kandungnya pula menyusul pada 27 Mac tahun ini.
Justeru, kata DJ Lin, dia memutuskan memakai hijab ketika berangkat menunaikan umrah pada penghujung bulan lalu.
Sumber: Instagram DJ Lin
Artikel berkaitan: Hijabi Yang Bersaiz XS Boleh Ikuti #OOTD Stailo DJ Zayan FM, Lin Ariffin. Always On Point!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.