Bukan mudah untuk melalui detik pahit dalam hidup apabila kita kehilangan orang kita sayang. Menangung perasaan dan tanggungjawab yang baru juga perkara yang perlu ditempuh untuk menjalani hidup seharian.
Bagi anda yang mempunyai keluarga yang faham dan dapat rasa pasti akan mengerti. Isu harta ini tidak akan timbul apabila kita ada persefahaman antara kesemua pihak. Bukan semua orang bersedia untuk meninggalkan wasiat ataupun perjanjian sebelum meninggal dunia. Pastinya ajal maut semua di tanganNya.
Hal berkaitan harta pusaka dan perwarisan adalah hal yang sensitif dan seringkali diselubungi emosi seperti sedih, marah, gembira, kecewa dan kerapkali menyebabkan wujudnya perasaan benci dan dendam. Sedangkan ia boleh diuruskan secara rasional dan logik.
Ikuti pengalaman perasaan Puan Norsa’adah Ahmad, dalam menguruskan harta pusaka ayahnya berada di dalam bilik pusaka kecil untuk membicarakan mpembahagian harta. Sesi bicara Pusaka Kecil bertujuan mengesahkan beberapa perkara penting tentang pusaka si mati. Ia tidak membincangkan tentang orang yang didakwa atau dibela. Jadi, tidak perlu takut. Seorang pegawai bicara dilantik sebagai pemudah cara. Beliau bertindak seperti seorang hakim. Tugasnya bukan meletak hukum dalam bilik bicara.
Perkara yang saya belajar dalam Bilik Bicara Pusaka Kecil:
1. Berusaha untuk hadir jika anda adalah waris Faraid
Bagi keluarga besar seperti saya, perkongsian maklumat sangat penting. Pejabat pusaka menghubungi saya melalui telefon dan tidak menghantar surat. Kemudian, saya terus memaklumkan tarikh berkenaan kepada semua waris. Semua waris yang terlibat juga berada di Malaysia. Jadi lebih mudah untuk mereka hadir. Namun begitu, seorang kakak saya tidak dapat hadir kerana beliau ada urusan yang tidak dapat dielakkan.
Sekurang-kurangnya dua orang mesti hadir iaitu pemohon dan seorang lagi waris untuk mengesahkan hasil perbicaraan. Pemohon ialah orang yang menghantar permohonan pentadbiran harta pusaka kecil.
Sekiranya ada waris yang tidak dapat hadir, pastikan beliau tahu maklumat harta pusaka si mati dan hak beliau dalam tuntutan pusaka berkenaan. Waris yang tidak hadir perlu mengisi Borang DDA (Persetujuan Pembahagian). Borang ini boleh dihantar semasa sesi bicara atau dihantar kemudian.
2. Berbaik sangka dengan pegawai bicara
Tugas pegawai bicara adalah sebagai pemudah cara dan beliau yang akan mengeluarkan keputusan hasil perbicaraan. Pegawai bicara seorang yang berpengalaman. Semasa sesi kami, pegawai yang ditugaskan ialah Ketua Penolong Pengarah. Beliau sendiri sudah mengendalikan begitu banyak sesi yang serupa.
Dengar dengan teliti perkara yang disampaikan oleh pegawai bicara. Mungkin ada maklumat dalam permohonan yang tidak diketahui oleh waris lain atau salah seorang waris. Oleh sebab itu, berikan perhatian kepada perbincangan.
Ads
Sebagai pegawai bicara beliau berhak meneruskan atau menangguhkan sesi jika ada hal yang tidak dapat diselesaikan dalam sesi berkenaan. Sesi dimulakan dengan mengesahkan kehadiran waris. Kemudian kami diminta mengangkat sumpah bahawa pengakuan kami adalah benar.
3. Mengetahui susur galur ibu bapa dan moyang
Pegawai bicara seterusnya bertanya kepada pemohon tentang si mati dan susur galurnya. Adakah ibu dan bapa si mati masih ada. Adakah datuk dan nenek si mati masih ada. Beliau ingin memastikan bahawa tiada waris yang tertinggal.
Dalam kes kami, ibu juga sudah meninggal dunia sebelum harta pusaka bapa dibahagikan. Jadi, pegawai bicara turut mengesahkan susur galur ibu. Mengikut Faraid, ibu, bapa dan isteri si mati adalah waris Faraid jika mereka masih hidup selepas kematian si mati.
Memandangkan ibu kami sudah meninggal dunia, maka bahagian Faraid beliau dipersetujui bersama untuk dibahagikan terus kepada semua waris lain. Ini adalah kes kami sendiri. Pegawai bicara memutuskan demikian kerana waris ibu juga adalah sama.
Sekiranya berlaku hal serupa dalam keluarga lain iaitu kematian waris sebelum sempat harta pusaka dibahagikan, maka prosesnya mungkin berbeza apabila senarai waris bagi kedua-dua si mati berlainan. Ia akan menjadi pembahagian pusaka berlapis.
Ads
4. Berlapang dada dalam kalangan waris
Seterusnya pegawai bicara menyebutkan senarai harta pusaka tak alih dan harta pusaka alih. Harta pusaka tak alih adalah tanah dan rumah. Harta pusaka alih ialah tunai seperti wang simpanan dan pelaburan serta kenderaan. Harta tak alih ini sudah diberikan penilaian oleh Jabatan Penilaian. Manakala, harta alih pula dinilai mengikut jumlah semasa dalam penyata bank atau buku simpanan.
Semua dokumen asal mesti dibawa semasa perbicaraan untuk pengesahan. Dokumen ini akan dipulangkan semula selepas bicara. Pejabat Pusaka Kecil hanya mengendalikan kes tuntutan harta pusaka bernilai kurang RM2 juta. Jika nilai harta pusaka melebihi RM2 juta, ia akan ditolak dan perlu ditadbir melalui Mahkamah.
Dalam sesi ini, semua waris yang hadir akan mengetahui nilai pusaka si mati. Pegawai bicara juga akan mengira bahagian setiap waris mengikut Faraid bagi orang Islam. Jika bukan Islam, hak pembahagian adalah mengikut Akta Pembahagian 1958.
Setelah mengetahui hak masing-masing mengikut Faraid, pegawai akan bertanya tentang persetujuan pembahagian. Tuan Pegawai kami mengingatkan tentang hak Faraid dan dalam Islam tidak menghalang keputusan muafakat dan tolak ansur.
5. Tidak menafikan hak waris Faraid
Secara asasnya, kami faham hak masing-masing mengikut Faraid. Namun, bagi memudahkan urusan pindah milik aset pegawai bicara meminta kami memutuskan nama waris yang akan diletakkan dalam geran. Geran rumah khususnya, tidak boleh menyenaraikan semua waris sebagai pemilik. Namun, nama semua waris boleh dimasukkan dalam geran tanah.
Ketika ini keputusan muafakat diperlukan. Jika tiada muafakat, sesi bicara akan ditangguhkan kerana tiada keputusan boleh dibuat. Akibatnya, urusan pembahagian pusaka akan berpanjangan. Dalam masa yang sama, jika ada dalam kalangan waris yang tidak mahu mengambil bahagian mereka, waris berkenaan boleh menyatakan demikian semasa sesi bicara.
Begitu juga dengan pemilikan kenderaan. Seorang waris perlu dinamakan untuk menerima kenderaan pusaka bagi menguruskan hal pentadbiran aset ini. Bagi kami, orang yang dinamakan adalah pemilik seterusnya.
Ads
Bagi urusan tunai pula, pegawai bicara boleh mengeluarkan arahan supaya wang tunai dikeluarkan kepada setiap waris atau kepada wakil waris. Sekiranya waris melantik wakil, pegawai mengingatkan ia adalah atas dasar PERCAYA. Wakil ini bertanggungjawab mengagihkan kepada semua waris mengikut persetujuan dan hak masing-masing.
Semua yang hadir berhak menyatakan pendapat mereka sama ada bersetuju atau tidak dengan pembahagian dan keputusan yang dibuat. Semakin banyak konflik dan pertentangan, maka proses perbicaraan semakin rumit dan meletihkan.
Waris yang hadir juga perlu menyedari hak waris yang tidak hadir serta berlaku adil kepada beliau. Waris yang tidak hadir akan menyerahkan Borang DDA yang sudah diisi. Kandungan borang ini mesti sama dengan keputusan semasa perbicaraan. Sekiranya, ada perbezaan perbicaraan akan diulang semula.
6. Tenang dan cuba bersikap rasional
Menurut pengalaman peribadi, saya berpendapat sesi bicara kami berjalan lancar. Mungkin orang lain mempunyai pengalaman berbeza. Seperti yang saya nyatakan di bahagian awal artikel ini. Ia suatu proses yang melibatkan hal sensitif dan menyentuh emosi.
Namun, kita kembali kepada tujuan asal iaitu ingin menguruskan harta pusaka si mati dengan cepat, lancar dan mudah. Selain daripada itu, kita tidak mahu nilai ekonomi harta pusaka beku atau tidak boleh dimanfaatkan ke jalan yang baik.
Cuba bersikap rasional dan fokus kepada perkara yang dibincangkan dalam Bilik Bicara. Hal lain yang tidak berkaitan boleh dibincangkan di luar sesi.
Bangun pagi bagi sesetengah orang adalah satu nikmat untuk memulakan hari yang baru demi kehidupan yang produktif. Tidak bagi mereka yang terpaksa set alarm dengan begitu banyak kerana susah untuk bangun pagi.
Sudah tentu sis semua juga set alarm bukan sekadar untuk satu masa sahaja malah kalau boleh setiap 15 minit kita nak tetapkan supaya dapat bangun pagi. Walaupun dapat bangun pagi, mood pasti dah swing disebabkan oleh deringan yang begitu kuat dan bertubi-tubi.
Tolong…tak mahu lagi terpaksa bangun setiap 5 minit
Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian, jadi terlebih dahulu sis kena fahami mengenai Ritma Sirkadian. Apa itu? Sebenarnya badan manusia mempunyai sistem kitaran masa yang dipanggil Ritma Sirkadian, di mana perjalanan masa yang sesuai bagi fungsi badan.
15. Badan manusia berfungsi mengikut waktu malam dan siang yang dipanggil RITMA SIRKADIAN pic.twitter.com/DGNp1ZFrb7
Melalui perkongsian Kompas.com, Ritma Sirkadian ini juga berkerjasama dengan otak kerana ia berfungsi untuk menghantar isyarat di persekitaran, terutama sekali cahaya. Faktor pengcahayaan sangat penting kerana tindak balas yang ditangkap melalui mata akan di hantar mengikut sel-sel badan sebagai isyarat tiba waktunya untuk bangun.
Mengikut rajah di atas, sis boleh lihat bahawa badan kita akan mula aktif sekitar jam 6 pagi sehingga jam 5 petang. Jika kitaran ini terganggu, masalah kesihatan akan muncul samada dalam jangka masa pendek dan panjang.
Ada cara untuk bangun mengikut cara yang betul?
Bagi memastikan Ritma Sirkadian atau lebih mudah kita kenali sebagai kitaran masa badan yang betul, kita perlu pastikan penjagaan tubuh yang betul. Sis jangan khuatir kerana kami ada juga kaedah untuk memastikan kitaran masa badan terjaga dengan betul.
1. Tenangkan diri di kala malam
Sis perlu pastikan badan sis dalam keadaan yang tenang dari sebarang gangguan. Setibanya jam 7 malam, sis dah boleh cuba untuk kurangkan penggunaan gajet eletronik , seperti telefon bimbit, dan mula rehatkan diri sehingga pukul 8 malam dan bersiap sedia untuk tidur.
2. Teknik ‘Sleep Compression’
Bagi mereka yang mempunyai masalah masa tidur yang tidak mencukupi atau kitaran masa tidur yang agak ‘huru-hara’, teknik sleep compression boleh membantu. Kaedahnya sangat mudah di mana perlu ubah waktu tidur secara beransur-ansuran sehingga mencapai target waktu tidur yang normal.
Sis boleh cuba untuk tidur lebih awal selama satu minggu dan cuba untuk kurangkan hingga 30 minit pada setiap hari. Sebagai contoh, sis mahu tidur jam 10 malam dan bukan 11 malam, maka cuba kurangkan 15 minit setiap hari untuk capai waktu yang di ingini.
3. Bagi ruang cahaya masuk!
Cahaya pagi di katakan lebih kuat daripada cahaya petang. Jadi untuk bangun tanpa alarm, cahaya pagi boleh menjadi alarm semula jadi. Maka, sis boleh buka langsir untuk memberi cahaya masuk ke dalam bilik demi memenuhi ruang dengan cahaya pagi.
4. Jangan termenung lagi segera bangkit
Bila kita bangun tidur, kita sering menyesuaikan diri untuk termenung buat seketika waktu dan itu sangat membuang masa! Setiap kali bangun dari tidur, jangan tunggu lama-lama atau duduk, segera bangun dan keluar dari bilik untuk memulakan hari.
Pada peringkat permulaan, ia tidak dinafikan bahawa susah untuk kita kawal cara kitaran masa tidur yang sudah sesuai dengan diri kita. Tapi sis, untuk menjadi insan yang lebih baik dan produktif, kita perlu ada azam yang kuat dan percayakan diri untuk berubah.
Kadangkala bila hidup terlihat serba sempurna, itulah waktu dimana kita sering alpa dan semakin menjauh dari yang maha esa! Itulah juga apa yang dialami oleh usahawanita yang juga pengasas Mutyara, Tya Arifin.
Menurutnya, meski dikurniakan segalanya dalam kehidupan, namun dia tetap mempunyai ruang kosong dalam diri yang sering meminta untuk diisi.
Justeru, tidak mahu menjadi hambaNya yang kufur nikmat, ibu kepada dua anak ini mendedahkan, dia mula memikirkan secara mendalam soal rohani selepas melihat perubahan suami yang kian mendalami ilmu agama Islam.
Tak Mahu Kufur Nikmat
“Sebab terbesar saya memutuskan untuk menutup aurat ialah saya mahu berhijrah. Alhamdulillah Allah telah berikan saya pelbagai nikmat, keluarga, anak-anak dan perniagaan yang berjaya walau berhijrah dari Palembang ke Malaysia.
“Apa lagi yang Allah tidak kurniakan? Saya tidak mahu jadi wanita dan hamba yang kufur nikmat.
“Allah telah berikan lebih daripada apa yang saya minta, tapi sentiasa ada satu yang kurang. Saya berjaya menolong orang melalui perniagaan namun saya tidak mampu menolong diri sendiri.
“Dalam rumah tangga ada masa kita diuji dan ia menguatkan saya untuk berubah. Suami pula semakin dekat dengan ajaran Islam dan berubah menjadi lebih baik. Jadi tidak adil jika saya tidak mahu berubah.
“Allah sentiasa ada bersama saya di saat saya memerlukan pertolongan dan Allah berikan yang terbaik untuk saya. Sampai satu masa saya terfikir, Allah begitu baik dengan saya.
“Bila difikirkan ada satu titik yang belum dibuat iaitu saya tidak menjadi seorang Muslimah yang sempurna. Saya tidak menjadi hamba Allah yang baik,” ulasnya panjang lebar.
Jangan Lengahkan ‘Niat’ Untuk Buat Sesuatu Kebaikan
Tegasnya, jika terbit niat untuk berbuat baik dan memakai tudung, cuba segerakan niat.
“Sebelum ini saya fikirkan manusia yang bertudung dan menutup aurat ialah perkara biasa. Saya fikirkan untuk berhijab, nanti dahulu, akan datang hidayah.
“Saya mahu baikkan hati dahulu. Tapi sekarang saya fikirkan, alangkah baiknya andai saya cepatkan keputusan ini dahulu.
“Saya juga sedar saya tidak mahu suami menanggung dosa dan Prof Muhaya juga banyak menasihati saya mengenainya.
“Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada orang sekeliling. Hijrah ini kerana saya dan Allah, Allah terlalu baik dengan saya. Saya tidak mahu menjadi contoh yang tidak baik kepada pengikut.
“Saya mahu menjadi ibu yang baik kepada anak-anak, isteri yang baik untuk suami dan contoh yang baik buat peminat kerana sebaik-baik manusia adalah yang memberikan manfaat kepada orang lain,” katanya lagi.
Tiga Tips Untuk Wanita Yang Mahu Berubah
Akur akan trend selebriti membuka hijab, jelasnya dia perlu mengawal diri sendiri agar dapat terus istiqamah dengan perubahan.
“Dalam dunia ini ada dua, perkara yang boleh dikawal dan tidak boleh dikawal. Kita boleh mengawal diri sendiri dan tidak mampu mengawal orang lain.
“Jadi sangat penting untuk saya tahu, saya mampu mengawal diri sendiri. Jika kita mahu fikir mengenai orang tidak sukakan kita, kita akan penat.
“Penghijrahan saya satu proses yang sangat panjang, selama 25 tahun baru saya mendapat hidayah dan tidak semudah itu untuk terus berubah.
Dia turut berkongsi tiga tips kepada wanita lain yang turut punyai rasa untuk berubah ke arah yang lebih baik.
“Pertama berubah kerana Allah, kedua kena cepat membuat tindakan, jika mahu memakai tudung, terus segerakan. Dan ketiga, yakin kepada rezeki yang Allah tetapkan,” titip Tya.
Untuk rekod, tatkala berkongsi kisah hijrahnya, pelakon dan usahawan Tya Arifin merasa sebak kerana pada mulanya dia langsung tiada perancangan untuk berhijab, namun Februari 2020 merupakan titik perubahan terindah dalam kehidupanya!
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan
Sejak mengenakan hijab, penampilan aktres terkenal iaitu Lisa Surihani sering menjadi tumpuan ramai kerana dia kelihatan bertambah ayu dan berseri-seri apabila memakainya.
Simple dan tidak berlebihan dalam berfesyen, penampilannya yang berstokin juga memberi inspirasi buat kebanyakan hijabi di luar sana untuk sama-sama menutup aurat dengan lebih baik. Mungkin belum sempurna, tetapi setidak-tidaknya kita mencuba bukan?
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...