Setelah sekian lama pemakaian pelitup muka tidak diwajibkan pada beberapa tempat mengikut syarat yang tertentu. Ramai juga yang tidak lagi menggunakan pelitup muka dan hanya memakainya jika perlu.
Kini penguatkuasaan semula akan berlaku mulai Januari 2023 di Selangor hanya pada pengendali makanan serta minuman. Makluman ini di buat oleh Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari semalam.
Artikel berkaitan: ‘Ganjaran’ Menanti Individu Berjaya Berkas Amah, Larikan Barang Kemas Besan Bonda Rozita
Menurut laporan dari Berita Harian, penguatkuasaan penggunaan pelitup muka hanya berkuatkuasa dalam kalangan penyedia dan pengendali makanan serta minuman di Selangor secara berperingkat.
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, dalam tempoh satu hingga tiga bulan pertama, pemakaian itu menjurus kepada proses pendidikan sebelum ia diwajibkan secara menyeluruh.
“(Belum dikuatkuasakan) ..sebab kita perlu melakukan beberapa pertambahan dalam Undang-undang Kecil (UUK) sebab ia membabitkan UUK di peringkat PBT…jadi kalau hendak laksanakan, kena ada pelarasan,
“Sekarang, kita melihat ada kepentingan kesihatan awam jika (penyedia dan pengendali makanan) memakai pelitup muka,
“Jadi pihak PBT cuba untuk (laksana) pendekatan secara perlahan-lahan ..mungkin pendekatan ini dibuat sebelum melaksanakan undang-undang supaya kompaun atau peraturan tertentu boleh dibuat kelak,” katanya.
Datuk Seri Amirudin Shari juga mengulas kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Selayang dan Majlis Perbandaran Kajang yang ingin melaksanakan peraturan ini bermula 1 Januari. Ianya atas usaha untuk menjaga dan meningkatkan tahap kebersihan dalam pengendalian makanan.
“Dengan melihat mereka yang menghidang dan menyediakan makanan memakai pelitup muka.. keyakinan serta kebersihan terhadap makanan lebih tinggi.” ujarnya.
Tambahan lagi, pendekatan yang dilakukan oleh PBT ini juga dalam usaha menangani pendemik COvid-19 serta ingin menyakinkan pelanggan dalam proses menyedia dan menghidang makanan yang dilakukan.
“Pandemik Covid-19 adalah salah satu contohnya tetapi benda-benda lain juga boleh tersebar, sebab tu kita galakkan pemakaian pelitup muka perlahan-lahan diterapkan,
Artikel berkaitan: Netizen ‘Kemurungan’ Lihat Aksi Mesra Influencer Berhijab Ini, Bersama Tunangnya!
“Kita juga hendak elak bukan sahaja pandemik Covid-19 tetapi isu keracunan, juga faktor lain yang melibatkan kesihatan awam,” jelas beliau lagi.
Sumber: Berita Harian
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.