Apakah teknik dan gaya solekan menarik pada tahun 2022 ini? Semuanya tentang go bold or go home! Tahun ini, gaya solekan yang bakal menjadi ikutan ramai ialah olesan ‘lip gloss’ pada bibir anda. Nampaknya, kekuatan pada produk ‘lip gloss’ kembali lagi!
Mampu untuk menaikkan gaya yang mahal namun ringkas, teknik yang betul saat mengenakan ‘lip gloss’ amat penting untuk menghasilkan solekan yang sempurna! Jom lakukan tip ini untuk olesan ‘lip gloss’ yang sempurna.
1. Hindari area sudut bibir
Efek ‘lip gloss’ mampu membuatkan bibir nampak lebih segar. Namun, ramai yang risau untuk mengenakan ‘lip gloss’ sebagai produk tambahan menyempurnakan solekan. Disebabkan teskturnya yang pekat dan berbentuk cecair, ia akan membuatkan keseluruhan solekan tampak comot jika tidak betul teknik yang digunakan.
Jadi, untuk menjadikan solekan lebih kemas, hindari pemakaian lip gloss di sekitar sudut bibir supaya ia tidak mudah keluar dari bibir anda. Cuba oleskan dengan kuantiti yang sedikit dan minimal.
2. Kemaskan dengan ‘foundation’
Untuk menjadikan solekan anda nampak lebih rapi, pastikan anda menggunakan ‘foundation’. Ia dapat memastikan kawasan di sekitar bibir lebih kemas dan dapat mengelakkan sebarang kesan comot.
Caranya, aplikasikan sedikit ‘foundation’ sebelum memakai ‘lip gloss’ dengan menggunakan hujung hari anda sahaja. Selepas seluruh permukaan bibir sudah dikenakan ‘foundation’, barulah anda mengoles bibir dengan menyapukan ‘lip gloss’ pilihan anda.
Baca juga: Sukar Untuk Dapatkan Solekan Gaya ‘No-Makeup’? Lakukan 5 Trik Solekan Yang Mudah Ini!
3. Kuasa bedak asas
Selain dari ‘foundation’, bedak asas juga mampu dijadikan sebagai bahan untuk mengemaskan solekan di bahagian bibir apabila anda menggunakan ‘lip gloss’. Sama juga caranya dengan ‘foundation’, sapukan dahulu bedak asas pada keseluruhan area bibir. Kemudian, selepas satu minit, barulah anda mengoleskan ‘lip gloss’ pada bibir anda.
4. Tambahan ‘Lip Liner’
Bukan hanya saat memakai lipstik sahaja anda harus menggunakan ‘lip liner’, malah apabila anda bersolek dengan menggunakan ‘lip gloss’, tambahan ‘lip liner’ juga mampu menjadikan bibir anda lebih mungil dan juga ‘lip gloss’ tahan lebih lama.
5. Gunakan hanya di tengah bibir
Jika anda bosan memakai lipstik jenis matte dan risau ia akan menyebabkan bibir anda kering, tambahkan olesan ‘lip gloss’ hanya di tengah-tengah bibir anda supaya ia tampak lebih segar dan tidak kering. Selain itu, solekan di bibir juga tampak lebih menarik apabila tambahan ‘lip gloss’ itu memberi dimensi berlainan pada bibir dan tidak menyebabkan ia ‘mati’. Cubalah!
Baca juga: Susahnya Bersolek Bila Wajah Berminyak! Atasi Masalah Ini Dengan 7 Trik Solekan Yang Bernas Ini!
Produk ‘Lip Gloss’ Terbaik Yang Harus Anda Miliki:
- PUPA Miss Pupa Gloss
- L’Oreal Infaillible Mega Gloss
- Max Factor Color Elixir Gloss
- Clarins Natural Lip Perfector
- CLARINS Eclat Minute Lip Gloss Oil
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI