Pemain Ragbi New Zealand, Ofa Tu’ungafasi Peluk Islam Lepas Tersentuh Hati Lawat Mangsa Serangan

Share

Pemain ragbi New Zealand, Ofa Tu’ungafasi telah terbuka hati memeluk islam selepas melawat mangsa serangan masjid di Christchurch bersama rakannya Sonny Bill Williams.

“Allahu Akhbar, hari ini ibu Sony dan juga Ofa telah bergelar muslim. Moga Allah permudahkan buat mereka dan kurniakan syurga Firdausi. Amin. Podcast akan datang insyaAllah,” tulis John Fontain di laman Facebooknya.

Ofa yang berasal dari Tonga bersama Sony telah meluangkan masa di Hospital Christchurch bagi memberi sokongan pada mangsa  serangan.

Ofa menyifatkan mangsa-mangsa serangan yang terselemat sebagai sumber inspirasi buat semua dan mendoakan mereka agar cepat sembuh.

Sesungguhnya dengan setiap kesulitan adanya kesenangan. Saya dapat pengalaman paling bermakna apabila melawat saudara sesama muslim di hospital pada hujung minggu. Sangat terinspirasi dan dapat menerima kekuatan. Moga Allah berikan kesembuhan segera pada kamu,” tulisnya.

Buat makluman semua, Sonny telah memeluk Islam pada tahun 2008 di masjid di Sydney.

Di New Zealand, Islam adalah agama minoriti selepas sebuah kumpul kecil imigran Muslim dari Asia Selan dan juga Timur Eropah datang ke situ pada awal 1900 hingga 1960-an.

kredit: about islam

Published by
Qistina