Pemain Bola Sepak Pun Tak Bawa Handphone Masuk Padang, Kenapa Depan Kaabah Kita Bawa, Jagalah Adab Dengan Allah

Share

Telefon pintar sudah menjadi ‘barang’ keperluan penting dalam kalangan masyarakat kita hari ini. Ia banyak memudahkan urusan harian seperti pekerjaan, pembelajaran, kewangan, membeli-belah dan sebagainya.

Dengan kelajuan capaian internet terutama di bandar besar, ia meningkatkan penggunaan telefon pintar bagi segenap lapisan masyarakat tanpa mengira batasan umur, pekerjaan mahupun taraf sosial.

Photo by tracy-le-blanc from Pexels.

Kemunculan pelbagai aplikasi dalam talian, laman media sosial, portal jual beli dan perkhidmatan penstriman mula mempengaruhi gaya hidup masyarakat. Keadaan ini menyebabkan masyarakat terlalu ‘taksub’ dengan telefon pintar.

Namun persoalannya, perlukah kita berkepit dengan telefon pintar 24 jam sehingga beramal ibadah pun telefon pintar enggan ditinggalkan. Ini perkongsian Ummi Zakiah yang nyata realiti dalam kehidupan harian masyarakat kita hari ini.

Photo by mohi-syed from Pexels.

HANDPHONE DAN KAABAH 

Syeikh Nuruddin Albanjari dalam satu ceramahnya pernah memberi soalan kepada para jemaahnya.

“Kenapa tidak ada seorang pun pemain bola sepak yang membawa handphone mereka masuk padang ketika bertanding?” Jemaah terdiam, tidak ada satu pun yang menjawab.

Photo by deyvi-romero from Pexels.

Kemudian Syeikh melanjutkan.

“Sebab tidak ada kepentingan. Mereka hanya perlu fokus pada permainan mereka. ”

Jadi kenapa kita perlu membawa handphone ketika masuk ke rumah Allah atau masjid? Adakah padang bola itu lebih mulia daripada masjid? Adakah bermain bola itu perlu lebih fokus atau khusyuk daripada solat?

Mulai sekarang, belajarlah. Belajarlah untuk tidak menyibukkan diri dengan handphone, netbook, dan laptop dalam rumah Allah, kerana tiada urusan yang lebih penting daripada urusan kita dengan Allah.

“Jaga adab kita dengan Allah.”

Syeikh Abdurrahman assudais, Imam Masjidil Haram, di suatu masa ketika mengimamkan solat di depan Kaabah, beliau mendengar suara alunan muzik dari salah satu handphone milik seorang jemaah yang turut bersolat di belakangnya.

Setelah selesai solat beliau bangkit sambil menangis, ia berkata kepada jemaah solat,

Photo by ali-arapoğlu from Pexels.

“Saya belum pernah mendengar muzik di rumah saya, tetapi hari ini saya mendengar muzik di rumah Allah.”

HIJABISTA: Tinggalkan seketika handphone kesayangan masing-masing. Di rumah Allah, kita tumpukan perhatian untuk melakukan amal ibadah. Janganlah kita ‘biadab’ di hadapan Allah. Allahuakbar…

Sumber kredit: Ummi Zakiah Top image: Photo by haidan from Unsplash

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Norhasliza