Selawat ke atas Rasulullah SAW merupakan satu tuntutan yang amat digalakkan. Hal ini kerana, terdapat banyak kelebihan bagi orang yang sentiasa berselawat ke atas Nabi SAW. Ada banyak keuntungan dan keutamaan apabila kita rajin berselawat.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW), wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” (Surah al-Ahzaab, ayat 56)
SELAWAT MELAPANGKAN JIWA MUSLIM
1.Menurut al-Imam Ibn al-Jauzi, amalan memperbanyakkan selawat berupaya menerangkan hati, mengampunkan dosa, melapangkan dada dan dipermudahkan urusan.
2. Selawat yang bersungguh adalah manifestasi kecintaan seseorang kepada Rasulullah dan kecintaan kepada Rasulullah membawa kepada kecintaan manusia kepada Allah.
3. Mereka yang tenggelam dengan kecintaan pada Allah dan Rasul akan menjadikan hatinya menjauhi kekotoran dosa dan meningkatkan ketaqwaan. Jiwa yang bertaqwa akan dekat dengan Allah dan Allah mempermudahkan urusan hamba yang bertakwa.
4. Pada hari Jumaat yang mulia ini, marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah.
DEKAT DENGAN RASULULLAH
- Mari bersama perbanyakkan selawat pada hari Jumaat. Mereka yang banyak berselawat ke atas Rasulullah SAW berpeluang menjadi orang yang paling dekat dengan Rasulullah pada hari kiamat.
Sabda Rasulullah SAW:
فَمَنْ كَانَ أَكْثَرَهُمْ عَلَيَّ صَلَاةً كَانَ أَقْرَبَهُمْ مِنِّي مَنْزِلَةً
“Dan barangsiapa yang paling banyak mengucapkan selawat ke atas ku, maka dia akan berada di kedudukan yang paling dekat denganku (di hari akhirat kelak).” (HR al-Baihaqi)
2. Menurut al-Imam Ibn al-Jauzi, amalan memperbanyakkan selawat berupaya menerangkan hati, mengampunkan dosa, melapangkan dada dan dipermudahkan urusan. Ini kerana selawat yang bersungguh adalah manifestasi kecintaan seseorang kepada Rasulullah SAWdan kecintaan kepada Rasulullah SAW membawa kepada kecintaan manusia kepada Allah.
3. Jiwa yang dilimpahi rasa kasih kepada Rasulullah SAW menyebabkan seseorang itu berupaya menikmati kelazatan dan kemanisan iman.
Inilah yang diungkapkan oleh Rasulullah dalam hadis:
ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ ، وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ ؛ أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ ، أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا
“Tiga perkara yang barangsiapa memilikinya akan merasai kemanisan iman, (yang pertama) menjadikan Allah dan Rasul perkara yang paling dicintai buat dirinya melebih segala-galanya… (HR al-Bukhari dan Muslim)
Semoga Allah membimbing kita.
Sumber kredit: Dr.Ahmad Sanusi Azmi Top image: Photo by michael-burrows from Pexels.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
https://youtu.be/oNhFqV_vqVs
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI